Harini umur adik genap lima tahun, tak sangka pejam celik pejam celik adik abang dah besar rupanya. Padahal dulu masa adik baru sahaja belajar berjalan, adik masih di paras peha abang.
Tetapi,
Maafkan abang dik,
Abang tak mampu nak buatkan adik majlis ulang tahun kelahiran adik secara meriahnya. Abang tahu adik kecewa dengan abang sebab abang tak boleh sediakan majlis yang besar untuk meraikan adik.Abang cuma mampu belikan kek sahaja.
Itupun yang kecil, yang hanya untuk seorang sahaja. Tapi, tak kisahlah kan, yang penting kita sentiasa bersama.Abang janji, suatu hari nanti abang akan anjurkan majlis harijadi adik dengan meriah. Ya?
• kth •
YOU ARE READING
UNFAIR ✔
Short StoryUNFAIR / K.TAEHYUNG ❝ aku tidak meminta lebih cukuplah hanya kembalikan dia padaku semula ❞ COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SHORT STORY/SAD