thirteen

194 43 1
                                    

Sepucuk surat, bersama globe salji abang temui di dalam almari yang adik maksudkan.

Abang,

Adik tahu, adik selalu susahkan abang selama hayat adik. Adik selalu buat abang risau, selalu buat abang gelabah dengan keadaan adik ni yang sakit ni. Adik selalu buat abang menangis dan sedih. Adik faham, abang kerja keras selaman ini demi adik. Demi untuk membesarkan adik, dan lengkapi semua keperluan adik. Adik faham, bila abang abang selalu sibuk dengan kerja abang sehingga kadang kala, adik rasa terabai. Namun selepas itu, adik sedar, abang cuma utamakan adik. Maafkan adik sebab itu. Maafkan adik sebab menjadi alasan kenapa abang sentiasa sibuk bekerja sehingga tiada waktu untuk berehat.

Adik ada hadiahkan abang sesuatu. Adik harap abang sukakannya. Agak lucu juga sebab, adik mengambil masa yang lama dengan hanya memikirkan apa yang sesuai untuk hadiahkan pada abang. Globe ni akan ingatkan abang pada adik, sebab kita berkongsi minat yang sama. Salji. Adik agak, abang pun tak ingatkan harijadi abang sendiri. SELAMAT HARI JADI ABANG ! Semoga abang sihat selalu, dan bahagia selalu.

Adik sayangkan abang, sangat-sangat. Semoga, dikelahiran akan datang kita tetap menjadi adik beradik. Sebab, abang adalah insan yang tak akan pernah dapat digantikan oleh sesiapa pun. Adik, tak akan susahkan abang lagi masatu. Adik janji.

Kim Taemin.

Abang cukup terharu adik.

•kth•

UNFAIR ✔Where stories live. Discover now