Adik suruh abang balik, sebab adik mahu berehat.
Abang faham kalau adik cakap yang adik penat, cuma yang abang tak faham bila adik cakap, yang adik tak perlukan abang lagi. Adik tidak mahu susahkan abang lagi. Adik cakap, adik akan laluinya kali ini sendiri.
Adik cuba mahu kenakan abang ke?
"Jaga diri abang, jaga kesihatan abang, jangan sedih selalu sebab adik bukan selamanya ada dengan abang. Adik sayangkan abang sangat-sangat. Balik nanti, jangan lupa cari benda yang adik bagi tu, ya."
Pesanan adik buat abang selepas paksa abang balik rumah. Senyuman kecil pada bibir pucat adik menjadi pengiring abang semasa keluar dari bilik wad adik. Abang rasa lain. Rasa janggal. Cuma abang susah untuk tafsirkannya. Abang rasa, ada sesuatu yang aneh.
Mungkin... Adik cuma terlalu keletihan, kan?
Jadi, abang akur.
•kth•
YOU ARE READING
UNFAIR ✔
Short StoryUNFAIR / K.TAEHYUNG ❝ aku tidak meminta lebih cukuplah hanya kembalikan dia padaku semula ❞ COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SHORT STORY/SAD