Nobody asking to be born like this. Yet, you're keep asking why, why and why I'm been born like this. It's not like I asking to be born like this since I'm in your womb....
"What's wrong with you? can't you understand this simple things?!"
"Jangan marah dia! Dia bukan dengarpun kau cakap apa! Salah kau juga lahirkan dia pekak macam tu!"
Budak perempuan itu hanya membiarkan sahaja kedua-dua ibubapanya bertekak di depannya. Tangan kirinya terus menanggalkan sesuatu dari telinga kirinya dan diletakkan di atas meja sebelum dia naik ke biliknya. Masuk sahaja dalam biliknya, dia terus duduk di meja studynya dan mula menulis sesuatu dalam bukunya.
"Mal! Tidur! Tak payah nak buat rajin nak belajar bagai. Swith off the light," garang sahaja Saedah, memarahi anak sulungnya itu.
Budak perempuan yang dipanggil Mal itu tidak menjawab mahupun membalas ayat ibunya. Saedah menjadi lebih bengang dan terus masuk ke dalam bilik itu dan menonjol kepala anaknya itu.
"Dah tau pekak, janganlah tanggal hearing aid kau tu. Tidur, tidur!"
Saedah menarik tangan anak sulungnya itu supaya Mal bangun dari kerusinya itu. akhirnya Mal bangun dan terus menuju ke katilnya. Saedah hanya mengelengkan kepala dan terus menutup lampu bilik itu, lalu menutup pintu bilik itu dengan kuat.
Budak perempuan yang diberi nama Raja Malina Raja Ali, hanya dipanggil Mal tidak bergerak langsung di atas katilnya itu. Dia baru berusia lima tahun, namun apa yang diingatnya di rumah itu, hanyalah wajah ibubapanya yang kemerahan kerana marah. Jarang sekali dia melihat wajah ibubapanya itu mngukirkan senyuman padanya yang sedang mempelajari erti kehidupan.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Saedah sudah masuk ke dalam bilik anak tunggalnya itu dan menarik beg besar. Baju-baju Mal dimasukkan ke dalam beg besar itu. buku-buku, dan mainan Mal pula dimasukkan ke dalam kotak-kotak kecil. Mal yang tidak mengetahui apa-apa itu hanya melihat sahaja ibunya mengemas barangnya seperti ingin berpindah.
"Mal, petang ni, kita balik kampung. You're gonna live with Tok Abah and Opah. And also Paksu. Mama and papa busy after this. Outstation siang malam. We're don't have time for you," ujar Saedah.
"Aa?"
"Ish... budak ni. Ikut jelah nanti. Mama dah cakap slow-slow elok-elok, tak dengar pulak,"
Mal hanya mendiamkan diri. Selepas Saedah mengemas semua barang-barang Mal, Ali terus mengangkat semua beg dan kotak turun ke bawah dan masukkan semua barang dalam kereta. Selepas makan tengah hari, mereka sekeluarga terus menaiki kereta yang dipandu oleh Ali menuju ke Pengkalan Balak di mana keluarga Saedah berada. Perjalanan yang mengambil masa dua jam itu, membawa mereka di rumah keluarga Saedah, yang sememangnya rumah kampung di tepi laut.
"Assalamualaikum, mak! Mak!"
"Waalaikumussalam. Dah sampai dah, kau orang? Meh, masuk-masuk. Husen! Kak long and bang long kau dah sampai ni!" Opah muncul di pintu depan rumah yang sentiasa terbuka luas itu.
Tok Abah yang berada di belakang turut ke depan mendengar suara Saedah dan Ali. Bibirnya mengukirkan senyuman melihat cucu sulungnya itu sudah balik kampung. Husen(sepuluh tahun) yang sedang membaca buku di ruang tamu turut berjalan ke pintu depan untuk menyambut kepulangan kakaknya bersama keluarganya itu.
"Tidur sini ke, Kak?" soal Opah.
"Tak adalah. Malam nanti baliklah. Kerja banyak kat office tu mak. Bang Li pun, kerja banyak," jawab Saedah.
"Kak, kamu tu tengah berbadan dua. Jangan kerja keras sangat. Dah, dah. Masuk. Sen, tolonglah Bang Long kau ni angkat barang-barang Mal ni," ujar Opah.
YOU ARE READING
Suara yang Sepi (slow update)
RandomDua insan yang saling memenuhi diri masing-masing... Mal, seorang gadis yang kurang pendengaran, tidak dihiraukan oleh ibubapanya dan membesar dengan kasih sayang tok abah, opah dan paksunya. Dan Amir, dari kecil diajar untuk berdikari, kerana ayahn...