Prolog II

19 0 0
                                    

Deras sekali bunyi tapak kaki yang berlari dari tingkat atas ke tingkat bawah rumah teres dua tingkat itu. Budak lelaki berusia sepuluh tahun itu, tergamam melihat pinggan mangkuk berkecai di atas lantai. Kedengaran suara adiknya di atas menangis ketakutan.

"Kalau itu yang kau nak, aku lepaskan kau! Tapi, kau keluar dari rumah ni, seorang. Anak-anak tinggal,"

"Kau ingat aku suka sangat tinggal kat rumah ni?! Sudahlah lama, buruk pulak tu. Janji nak pindah, tapi tak pindah-pindah. Aku dah penat dengan janji kosong kau tu. Kau nak sangat budak-budak tu, kau jagalah! Aku nak balik rumah parents aku!"

"Fine! Aku ceraikan kau dengan talak tiga!"

Lelaki yang berusia 30an itu menoleh ke arah tangga. Matanya sayu melihat kedua-dua anak lelakinya menyaksikan pergaduhan itu. lantas dia memberikan isyarat agar anak-anaknya itu naik ke bilik. Dia sendiri naik ke bilik atas, mendengar tangisan anak bongsunya yang baru berusia 8 bulan itu.

Pada masa yang sama, 'isteri'nya, Sara mengemas baju-bajunya. Dia sudah tidak tahan lagi hidup sebagai isteri Husairi. Yang perlu menjaga anak-anak, mengemas rumah, dan memasak. Tidak boleh shopping, holiday. Dia sudah penat nak hidup susah bersama Husairi, sedangkan dia sejak kecil sudah biasa mewah.

"Mama, nak pergi mana kemas beg semua ni?" soal Amir (10 tahun), perlahan, berdiri di sebalik pintu.

"Jangan panggil aku mama. Aku bukan mama kau lagi," marah Sara.

Amir hanya mendiamkan diri melihat mamanya itu mengemas semua barangnya. Abangnya, Azwan, hanya setahun tua hanya bermain gameboy di atas katil. Langsung tidak mengendahkan apa yang sedang berlaku saat itu.

Sebuah kereta Mercedez Benz berwarna hitam berhenti di depan rumah mereka. tidak sampai beberapa minit, bunyi hon dua kali kedengaran. Sara terus membawa beg-begnya, turun ke bawah dan masuk ke dalam kereta hitam itu. langsung tidak mengucapkan selamat tinggal pada anak-anaknya. Husairi hanya mengelengkan kepala, namun bersikap tenang. Sudah lama juga, dia bersabar dengan bekas isterinya itu.

"Abah, mama pergi mana?" soal Amir.

"Angah, kau dah tak ada mama. Sekarang ni, tinggal kita berempat je dalam rumah ni. Faham?" balas Husairi.

"Hmm..."

"After this, angah kena buat semua sendiri. Tolong abah jadi adik sekali. Masakpun, kena tolong menolong,"

"Baiklah abah,"

Amir hanya menganggukan kepala perlahan-lahan. Walaupun, sebenarnya otaknya masih ligat berfikir. Dia melihat wajah abahnya yang kelihatan sayu mendukung adiknya itu. Dia terus mendapatkan alongnya.

"Along, mama pergi mana?"

"Kau ni, bengap sangat kenapa? Kau tak dengar tadi? Abah dah ceraikan mama, so mama balik rumah atok. Mama tak suka duduk sini," jawab Azwan.

"Kenapa mama tak suka duduk sini?" soal Amir lagi.

"Aduh kau ni. Cuba kau bandingkan rumah atok dengan rumah kita ni. Mana lagi cantik? Mana lagi lawa?"

Amir hanya menganggukan kepala. kepalanya lihat membayangkan rumah atoknya yang besar tersergam indah. Rumah yang mempunyai laman sekeliling, garaj yang besar, rumah lebih tinggi dari rumah mereka. atoknya juga mempunyai beberapa buah kereta di garajnya, berbanding abahnya yang hanya mempunyai sebuah kereta saga berwarna merah dan sebuah motor kapcai.

Selang beberapa hari selepas itu, Husairi naik turun mahkamah untuk menyelesaikan urusan penceraiannya itu. Sara turut menyerahkan 100% hak penjagaan anak-anak kepada Husairi termasuklah Amni yang baru berusia 8 bulan itu. Sara langsung tidak menjenguk anak kecilnya itu, walau sekejap. Jadi, Husairi terpaksa bergantung pada susu tepung sahaja untuk Amni.

Husairi turut membawa anak-anaknya berpindah ke tempat baru untuk membina hidup baru. Kebetulan, dia mendapat kerja baru di Senai, jadi dia mengambil tawaran kerja itu. company barunya itu turut menyediakan tempat tinggal, jadi dia tidak perlu berfikir untuk mencari rumah dan sebagainya. Rumah lamanya itu disewa kepada orang lain. Kereta dan motornya dijual, dan dia beli sebuah kereta baru untuk keselesaan keluarganya.

"Along, angah. Abah minta tolong sangat. After this, abah mungkin sibuk bekerja untuk anak-anak abah. Jadi, abah nak along and angah behave, and berdikari sendiri. Selain, tolong jaga adik. Abah dah cari pengasuh, tapi pengasuh boleh jaga adik from 8am to 5pm only. So, abah maybe balik lagi lambat. Jadi after 5pm, abah harap along and angah boleh jaga adik and rumah,"

"Baik abah. Along akan tolong and jaga adik-adik," ujar Azwan.

"Terima kasih, along. Angah?"

"Angah okay je,"

"Terima kasih,"

Suara yang Sepi (slow update)Where stories live. Discover now