Langit malam itu indah sekali. Mal dan Orked bermalasan di atas bumbung tangga Kolej Mawar itu. memang student di situ, suka lepak di bumbung tangga, malah ada yang study di situ lagi kerana aircond natural yang menyamankan. Masing-masing berbaring mengadap langit. Orked bangun sebentar lalu menepuk tangan Mal.
"Mal, bila aku nak start buat kerja ni?" soal Orked, tiba-tiba. Fasih dalam bahasa isyarat.
"Sekarang?" balas Mal, tersengih.
"Sekaranglah sangat. Malasnya. Aku tak sukalah lecturer aku tu," ujar Orked.
"Hmmmm... Kalau kau tak suka dia, kau still kena tengok muka dia sampai habis semester kan? Maybe dia akan ajar kau sampai kau graduate?"
"Kalau dia ajar aku next semester, aku quit. Aku pindah study tempat lain," balas Orked, serius.
"Hmmm... then aku tinggal sorang sini. Sampai hati," Mal terus memuncungkan mulutnya.
"Hahahah! doa-doalah, dia tak ajar aku lagi lepas ni,"
"Ya Allah, janganlah bagi lecturer tu ajar Orked lagi," ucap Mal, terus menadah tangan.
"Doa setiap hari tau," balas Orked, tersengih.
"InshaAllah, my Orked," balas Mal, tersengih.
Mal kembali terbaring memandang langit. Tiba-tiba pahanya terasa gegaran telefon bimbitnya. Dengan malas dia mengambil Nokia 3310 itu dari kocek seluar.
[salam.. amir ni... esok jom discuss? I free after 3]
[ookaay. My class finish at 4.. meet at faculty at 4.10pm then?]
[okay..see you tomorrow.]
"Mesej with boyfriend?" soal Orked, tersengih.
"No lah. Groupmate. Ada group assignment nak siapkan,"
"Okay..eh! since when you active in doing group assignment? It is a he?" soal Orked, teruja.
Mal hanya menjuihkan bibirnya. Telefonnya itu diletakkan di tepi. Kembali berbaring dan melihat langit malam. Orked hanya tersenyum melihat wajah Mal yang kemerahan itu.
Mengenali Mal ketika berada di kolej matrikulasi yang sama, sejak dua tahun lalu, dua orang gadis itu menjadi semakin rapat dan baik. Dan Mal sering membawa Orked balik ke kampungnya, memandangkan Orked sudah tidak mempunyai mak dan ayah. Dan satu-satunya ahli keluarganya yang tinggal, tidak berada di Malaysia ketika itu.
Orked kembali bangun dan memberikan isyarat ingin masuk ke dalam bilik. Mood untuk buat kerja sudah datang katanya. Melihatkan Orked sudah turun dari bumbung tangga itu, Mal mengikut sekali. Masuk ke dalam bilik, bukannya terus ke meja study, tetapi Orked terus terbaring atas katil.
"Apakah? Kata nak buat kerja?" soal Mal.
"Mengantuk.." rengek Orked, dengan muka melekat pada bantal.
"Huh?"
Orked bangun dan terus memandang Mal. tangannya segera memberi isyarat yang bermaksud 'Mengantuk'. Mal hanya menganggukan kepala. bersyukur menjumpai seorang kawan seperti Orked yang sudah tahu bahasa isyarat dan sabar dengan kekurangan dirinya.
"Aku bancuhkan kau kopi?"
"Thank you Mal! I love you. siap bancuh kopi, kejut,"
Mal hanya ketawa perlahan melihat Orked kembali menhumbankan tubuhnya ke atas katil. Mal segera mengambil cerek miliknya dan mengisi air untuk dimasak. Tidak seperti orang lain yang hanya guna air dari bilik air untuk dimasak, dia menggunakan air mineral untuk diminum. Siap ada water dispenser dalam bilik mereka.
YOU ARE READING
Suara yang Sepi (slow update)
RandomDua insan yang saling memenuhi diri masing-masing... Mal, seorang gadis yang kurang pendengaran, tidak dihiraukan oleh ibubapanya dan membesar dengan kasih sayang tok abah, opah dan paksunya. Dan Amir, dari kecil diajar untuk berdikari, kerana ayahn...