Chapter 3

15 1 0
                                    

Amir memandang Mal lagi. Ada soalan masih bermain di fikirannya terhadap gadis di depannya itu. Mal yang sedang merangka pelan menara terapungnya menjadi terganggu. Dia mengangkat kepala dan melihat Amir yang sedang memandangnya. 

"Apa lagi?" soal Mal. 

"Sorry for asking lagi. Hmmm... Kau tak boleh mendengar sejak kecil?" soal Amir.

"Yes," 

"Ookay.. sorry," ucap Amir. 

"Tak payahlah nak sorry sangat. Bukan kau yang buat aku pekak," balas Mal, tersengih. 

"Lagi satu. I always saw you walked alone. Tak ada kawan lain ke?" 

"Well.... Aku tak suka orang layan aku macam aku ni alien," jawab Mal kembali memandang bukunya. 

"Ookaay.. so, back to our discussion. Aku rasa kita kena tambah berat kat bahagian ni, supaya menara kita ni stabil," ujar Amir, menconteng lakaran pelan menara di depan Mal. 

"Kau pasti? Kenapa bukan kat bahagian ni?" soal Mal, menconteng bahagian selain yang ditunjuk oleh Amir tadi. 

"Trust me, I'm an engineer," 

"Ceh, engineer lah sangat," 

Amir hanya ketawa kecil. Mereka berdua menyambung lakaran pelan menara mereka yang perlu dihantar bersama model menara kepada Prof Din dalam masa seminggu lagi. 

"Mal, kau ada boyfriend?"

"Tak ada. Aku gay," selamba jawab Mal. 

"Pergh.. awesome,"

"Awesome? Why?" soal Mal. 

"You're my 1st special friend. Aku tak pernah ada kawan gay macam kau," 

Mal menunjuk riak bosan. Tetapi dalam hatinya hanya ketawa sahaja. Pelik melihat Amir yang sedaya upaya cuba melayannya seperti orang biasa. Bukannya si pekak. 


Boleh dikatakan, setiap petang mereka berdua akan mengghabiskan masa bersama di fakulti. Selepas satu, satu lagi projek dan assignment yang diberikan oleh pensyarah mereka. Dan kebanyakannya projek berkumpulan dan terpaksalah mereka berdua asyik bertemu untuk menyelesaikannya. 

"Aku rasa Tokdin memang nak suruh kita dating 24/7. Mengarut-ngarut assignment dia bagi ni. Tak larat dah wei," ujar Amir terus melentokkan kepalanya ke atas meja.

"Aku pon dah bosan tengok muka kau. Girlfriend akupun dah marah asyik keluar jer," balas Mal.

"Girlfriend kau lawa tak? Kenalkan la kat aku," soal Amir, tersengih.

"Sekeh nak?"

Amir hanya tersengih lalu ketawa kecil. Tiba-tiba telefonnya berlagu riang. Dia mencapai telefonnya dan  nama 'ADIK' naik ke skrin. Pelik dan hairan. Adiknya jarang telefon pada waktu petang sebegitu.

"Yes, adik? Hah?! Sakit nk mati?! Bleeding?! Kat mana ni?' soal Amir cemas.

Mal hanya melihat lelaki di depannya itu cemas dan gelabah sambil bercakap di telefonnya. Amir turut bangun dari duduknya sambil mengepit telefon di tengah-tengah telinga dan bahu manakala tangannya menyumbat buku ke dalam beg. Sakit nak mati? Bleeding? Adik? Mal mengerutkan dahi cuba mendengar malah membaca pergerakan bibir Amir. 

"Mal, sorry. Adik aku ada emergency kat rumah. Aku nak kena bali," ujar Amir. 

"Adik kau seorang diri di rumah?"

"Yup. Bapak aku kat Osaka... Adik aku ckp dia sakit perut rasa nak mati.. Bleeding apa entah... Dia tak pernah kena macam ni. Aa.. aku tak boleh fikir dah,"

"Adik kau umur berapa?"

"13,"

"Period kot?"

"Hah? Period? Apakah?" soal Amir.

"Datang bulan? 1st time kenalah tu. Saakit perut tu maybe sengugut," balas Mal, selamba.

"Kau free kan, sekarang? Ikut aku! Aku tak tau nak buat apa. Suara dia memang sakit sangat tu," ujar Amir, masih cemas.

"Ek eleh. Orait. Double cheeseburger set large," balas Mal terus mengemas buku-bukunya.

Amir yang sudah siap mengemas begnya itu terus memakai begnya ke  bahu dan menunggu Mal. Kemudian, mereka berdua menuju ke tempat letak motor.

"Kau nak aku ikut ko naik motor ke?" soal Mal.

"Iyelah,"  balas Amir terus membuka hud motornya dan mengeluarkan helmet spare.

"Nah, pakai ni," ujar Amir. 

"By the way, kena singgah kedai dulu. Beli pad utk adik kau,"ujar Mal. 

"Pad?"

"Pad lah. Tuala wanita,"

Amir hanya menganggukan kepala sambil mengaru kepala. Dia terus menghidupkan enjin motor. Mal pula sebelum memakai helmet, dia menanggalkan hearing aidnya dulu dan disimpan dlm beg.

Setibanya di rumah Amir, lelaki itu terus menerjah masuk ke dalam rumah memanggil adiknya. Dia berlari naik ke atas meninggalkan Mal terpinga-pinga di bawah. Kedengaran esakan tangisan adik Amir dari atas. Mal terus masuk dan menuju ke dapur. Mencari jika ada botol yang sesuai untuk diisi dengan air panas. Seperti buat macam kat rumah sendiri, Mal terus naik ke atas mencari Amir dan juga adiknya itu.

"Mal, apa aku nak buat ni?" soal Amir, ternampak Mal.

"Adik kau sengugut ni. Ni, tuam dengan air panas ni. Letak kat bahagian yang sakit tu," ujar Mal.

Amir menganggukan kepala. Dia mengambil botol yang dihulur oleh Mal itu dan diberikan pada adiknya, Amni yang sedang terbaring sakit atas katil.

"Try tuam dulu baik reda sakitnya tu," ujar Mal, terus pusing untuk keluar dari bilik itu.

"Nak beli painkiller tak?" soal Amir.

Tiada jawapan. Amir menoleh melihat Mal tidak menggunakan hearing aid, padanlah tidak menjawab soalan. Dia kembali menumpukan perhatian pada adiknya. Adiknya sudah tidak menangis, kiranya redalah sikit sakitnya itu.

"Angah turun dulu? Adik nak apa-apa tak?"

"Tak nak,"

Amir mencium kepala Amni sebelum turun semula ke bawah mencari Mal. Kelihatan Mal sedang duduk sambil menonton berita TV1. Hanya menumpukan perhatian pada si pemberi bahasa isyarat di sudut skrin sahaja. 

"Mal, thank you," ucap Amir, sambil berdiri di depan gadis itu.

"Oh? Sudah ke?"

"Thank you," ucap Amir lagi.

"No problem. Tolong hantar aku balik?"

"Hmm.. Tolong ajar adik aku pakai pad tu dulu? Aku.... manalah reti benda-benda ni semua,"

"Okay,"


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suara yang Sepi (slow update)Where stories live. Discover now