09

64 8 0
                                    

Apabila aku terdengar nama aku dipanggil, aku terus berpaling ke belakang. Taehyung? Apa yang dia buat kat sini!?

"Sara.. tak sangka boleh jumpa awak kat sini.."
"Aku pun... apa yang kau buat kat sini?"

Dia tersenyum petak lalu melabuhkan punggungnya di atas buaian yang bersebelahan dengan aku.

"Saja nak ambil ketenangan sekejap."
"Oh.. samalah.."
"Sara.. saya sukakan awak.."

Aku terkejut lantas berpaling ke arahnya. Dia juga memandang wajah aku bersama dengan senyuman yang masih lagi lekang di bibirnya.

"Tak.. saya cintakan awak. Sudi tak awak jadi kekasih saya?"
"Tae.. tapi aku.."
"Kenapa? Ke awak dah ada kekasih!?"
"Tak bukan macam tu.."
"Tak mengapa saya akan sentiasa menunggu awak Sara. I'll wait for your answer. Lagipun... saya.."

Kata2 nya terhenti. Dia mendongak memandang langit malam.

"Saya dipaksa untuk mencintai orang yang saya tak pernah cinta pun.. saya tak nak dipaksa... jadi saya harap awak terima saya Sara."
"Bolehkah kau tunggu? Selama mana pun?"
"Boleh.. selama mana pun..."
"Hari ni hari last kau akan dapat jumpa aku."

Dia memandang wajah aku. Kening nya bertaut rapat.

"Awak nak pergi mana?"
"Ke london.."
"Untuk?"
"Ada.. saudara saya dari jauh. Dia kata dialah yang akan jaga saya buat seketika waktu."
"Jauhnya.."
"Taehyung janji.. awak tunggu saya.. ya? Janji.. tau?"

Taehyung tersenyum pendek. Jari kelingking aku hulurkan kepadanya. Dia mengangguk perlahan.

"Ya aku janji.."

Katanya seraya bertaut kan jari kelingking nya pada jariku. Ikatan janji sudah pun dibuat. Jangan risau Kim Taehyung... selagi saya percaya yang awak akan sentiasa menunggu selama itulah saya akan bertahan demi awak. Sebab saya rasa saya dah mula sayangkan awak.

Aku teringat kata2 doktor. Aku mesti juga menerima rawatan. Tak kira macam mana pun. Walaupun peluang nya tipis tapi aku tetap.. mahu.. aku mahu hidup.

"Cik Sara.. mesti terima rawatannya. Kalau tidak... semuanya akan terlambat."
"Saya nak doktor tapi bagaimana?"
"Saya... terima panggilan yang awak ada saudara.. dia tinggal kat London. Jadi.. berangkat lah ke London. Teruskan lah hidup Sara."
"Panggilan tapi macam mana?"
"Cik pernah kata yang ayah cik meninggal. Saya ada maklumat pasal awak sebab awak adalah pesakit saya.. jadi.. pergilah ke London ya?"
"Baiklah... tapi..."
"Jangan risau keluarga saudara awak tu yang akan uruskan flight awak."

Saudara? Aku tak pernah terfikir pun.. yang aku ada saudara. Malam tu jugalah.. malam terakhir aku memandang wajah kacaknya. Senyum petaknya. Telatah manjanya. Aku pasti aku akan sentiasa merindui kau Taehyung. Tak kira selama mana pun tunggu lah aku.. jangan pernah berubah hati sebab aku janji aku akan setia.

Esoknya aku mula berjalan keluar dari apartment aku bersama2 beg2 di dalam pegangan. Aku mahu hidup. Itu yang aku inginkan. Hajat terakhir aku cuma satu. Aku nak luahkan perasaan aku kepada Kim Taehyung. Aku lantas bergegas keluar dari kawasan apartment aku. Aku mula memasuki ke dalam perut kereta teksi. Dengan perasaan penuh gemuruh aku mula menulis coretan ringkas dalam sebuah buku diari.

Aku takkan pernah berputus asa. Aku tersenyum ke arah pak cik teksi itu lalu mengeluarkan dua keping wang kertas sebagai bayaran tambang. Aku menapak keluar dari perut kereta. Beg2 dari dalam bonet, aku keluarkan. Aku sudah bersedia. Aku lalu bergerak masuk ke dalam Incheon Airport. Selamat tinggal Seoul Korea.

TAEHYUNG

"Omma.. Tae tetap tak nak berkahwin dengan dia.. Tae cuma cintakan Sara.."
"Kim Taehyung! Omma tak pernah didik kau sebegini! Kau sudah pandai mahu memberontak keputusan omma!?"

Begitu utuh keputusan omma ku. Aku menundukkan wajahku kesal. Aku takkan pernah setuju pun. Aku tak mahu!

"Kenapa omma.. tetap nak Tae kahwin dengan dia?"
"Sebab keluarga dia tu akan bantu syarikat kita Tae!"
"Kalau omma masih lagi paksa Tae.. Tae akan lari dari rumah ni Omma!"

Aku terus menapak keluar dari ruang bilik pejabat omma ku. Aku terlalu kesal. Kesal dengan omma aku. Aku lantas menekan butang lif untuk ke tingkat bawah. Aku berdiri di situ dengan penuh rasa kesal. Seminggu sudah pun berlalu setelah Sara berangkat ke London. Aku tak dapat pun menjemput dia untuk ke Airport disebabkan omma.

Aku terasa ada satu figura sedang berdiri rapat di sebelah aku. Aku lantas berpaling ke arahnya.

"Apa yang kau buat kat sini?"

Soalku dingin. Kerana dia.. aku dipaksa.

"Oppa.. Maafkan Yura.. tapi Yura tetap mahu kahwin dengan oppa."
"Dengar sini Yura.. aku kahwin dengan kau sekali pun... aku takkan pernah bagi apa yang kau nak.. kebahagiaan!? Maaf aku takkan bagi semua tu."

Pintu lif dibuka luas. Aku lalu melangkah masuk. Sesaat pintu itu mahu tertutup. Yura menahannya dengan tangan. Dia memandang wajah aku dengan air mata yang masih lagi tersisa. Tak.. aku sangka kata2 aku sebentar tadi begitu mengusik hatinya. Aku hanya memandangnya dingin.

"Kenapa? Sebab oppa masih cintakan Sara?"
"Ya.."
"Jangan pernah lupa.. bermula minggu depan adalah hari pernikahan kita."

Selepas dia berbicara. Dia lantas menjauhkan dirinya dari pintu lif. Kemudian aku dapat melihat tubuhnya berlalu pergi sebelum pintu lif ditutup. Semestinya aku telah mengguris hati nya. Tapi itu takkan pernah mengubah apa2 pun. Selagi nyawa aku dikandung badan selagi tu aku akan tetap cintakan Sara. Aku takkan berputus asa.

TBC




[√] I'M SORRY | K.T.H Where stories live. Discover now