03

90 10 0
                                    

Aku berjalan di kawasan koridor dengan langkah longlai. Aku mesti jadi kuat juga hari ni. Aku memandang ke arah meja aku dan ternampak susuk tubuh yang sangat aku kenali duduk di sebelah meja aku. Siapa lagi kalau bukan Kim Taehyung.

Aku lalu dengan perlahan menapak masuk ke kelas dengan wajah tanpa senyuman. Dia yang sedar akan kewujudan aku mula tersenyum lebar dan melambai macam budak lima tahun.

Aku tidak menunjukkan sebarang reaksi tetapi hanya duduk tanpa menegurnya. Dia tersenyum saja dan menurunkan tangannya.

"Awak sihat?"

Soalnya sopan. Aku memandang ke arahnya dan senyumannya itu masih lagi tidak lekang dari bibirnya. Kenapa dia betul2 buat aku teringat akan diri aku yang dulu.

Bolehkah aku tersenyum dan tertawa seperti dulu sebab kini aku dah hilang punca untuk bahagia semula. Kalaulah... lelaki di hadapan aku ni betul2 ikhlas nak berkawan.. adakah patut aku menerimanya sebagai kawan? Aku hanya mengangguk dan segera berpaling ke tingkap memandang langit.

"Saya ada satu soalan..."
"Hmm apa dia?"

Soalku yang masih lagi membelakanginya.

"Awak asyik pandang ke luar tingkap saja. Ada apa ya kat luar tu? Ada namja yang lagi hensem dari saya ke? Sebab saya rasa saya dah cukup hensem sampai ramai orang perempuan yang dah cair..."
"Berhenti lah berloya buruk tu... bukanlah macam tu... aku pandang ke langit pun sebab itulah hobi aku sejak.. ah tak ada apa2 lah."

Ucapku. Aku tak mahu nak kongsi masalah aku kat orang lain.

Taehyung hanya mengangguk. Dahlah hari ini dia datang awal. Memang tak ada orang pun lagi. Tapi tidak disangkanya pula boleh jumpa dengan si Sara.

"Awak.."

Suara Taehyung memecahkan kesunyian. Dan aku segera berpaling ke arahnya.

"Awak... kenapa muka awak pucat?"

Soalnya. Dan aku menggeleng perlahan.

"Aku ok.. mungkin sebab penat je kot."
"Penat?"

Soalnya lagi. Aduish asal banyak sangat soalan ko ni!? Aku mengetap bibir.

"Ah... mind your own business!"

Balasku dingin. Dia mengeluh perlahan. Dia segera menukar pandangan ke hadapan. Aku memerhatikannya. Adakah dia betul2 risaukan aku?

Malas ah! Nak layan sangat perasaan nih! Lalu muncullah susuk2 tubuh pelajar lain. Kelas bermula tepat pukul 8. Aku mengerling sekilas ke arah manusia di sebelah aku yang khusyuk menulis nota.

Kau betul2 ingatkan aku pada kenangan manis aku yang dulu hilang. Terima kasih Taehyung sebab muncul dalam hidup aku. Sedikit sebanyak kau buat aku tersentuh sebenarnya.

Aku lalu berpaling semula ke arah papan hitam dan sambung menulis nota.

Selepas beberapa jam, loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba.

"Ok murid2.. kita sambung topik addmath kita ni lusa ya!"

Semua murid mula bersiap2 untuk ke kantin. Tetapi hanya aku saja yang tidak mahu berganjak dari kerusi. Aku tak nak jejak keluar dari kelas sebab aku malas nak lihat dunia kantin tu. Tak menarik pun.

Bahu aku dicuit oleh Taehyung. Aku lalu berpaling ke arahnya.

"Hmm asal?"
"Tak nak rehat ke? Tak lapar?"
"Tak."

Balas ku dingin. Dan tiba2 tangan ku ditariknya berjalan keluar ke kelas. Oi! Dah berani ko! Aku meretap kasar dan menjeling nya tajam.

"Kau ni dah kenapa!?"
"Awak tu dahlah muka pucat. Makan lah sikit."
"Tak nak!"
"Degil! Saya kiss awak baru tau! Dah tak ada apa2 alasan. Jom makan!"

Ujarnya lalu menarik tanganku dan berjalan ke arah kantin. Muka aku yang pucat ni mula bertukar merah. Aku terkejut dengan ayat dia tu. Aik! Dah kenapa aku nak blushing pula!? Ah tidak! Aku tak patut rasa macam ni. Ucapku sambil menggeleng kepala.

Dia mula beratur untuk membeli sandwich ayam. Aku hanya ikut saja. Siap membeli, dia mula menarik aku ke sebuah tempat. Iaitu taman sekolah. Dia mengambil tempat di bangku dan aku turut melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Nah.."

Aku memandangnya pelik. Sejak bila aku kata aku nak sandwich juga ni?

"Kenapa?"
"Ambillah... awak kan lapar?"
"Hmm..."

Sandwich itu mula bertukar tangan. Dia makan dengan girang nya. Aku hanya mampu makan dengan penuh pasrah sebab dipaksa untuk makan.

"Sedap tak?"
"Kalau sedap pun bukan kau yang buat."
"But still saya yang belikannya untuk awak."

Ujarnya sambil mengenyitkan matanya. Aku memandangnya kosong tak ada masa aku nak bersuka ria kat sini dengan dia. Habis saja aku makan, aku lantas bangun dan membuang bungkusan tadi ke dalam tong sampah. Aku baru hendak melangkah pergi tapi tanganku ditariknya lagi. Aku menjeling tajam ke arahnya.

"Kau nak apa lagi?"
"Tunggulah... takkanlah secepat tu awak nak pergi."
"Cepatlah makan!"

Dia mengangguk sambil tersenyum. Aku melabuhkan punggung di sebelahnya semula. Aku mencuri2 pandang ke arahnya sekilas. Terima kasih Taehyung. Dia yang sedar akan pandangan aku itu mula tersenyum memandang aku. Aku cepat2 menukar pandangan ke arah lain.

"Terima kasih."

Ucapku pendek lalu bangun setelah tahu yang dia dah habis makan. Taehyung terkejut mendengar kata2 aku. Panggilannya aku tak endahkan malah mempercepatkan langkah aku menuju ke kelas.

Dia tiba2 muncul di hadapan aku dengan tercungap2. Aku hanya memandangnya kosong.

"Amboi.. cepatnya... hah... penatnya.. ok.. sama2."

Ucap nya dan tersenyum lebar mempamerkan senyuman empat seginya itu. Aku memandang ke arah lain. Patut ke aku beritahu dia yang aku akan mati tak lama lagi? Lagipun tiga bulan je lagi... maaf Kim Taehyung. Aku memandangnya sepi dan mula berjalan melepasi nya. Dia cepat2 mengikut langkah aku semula dan kami berdua akhirnya sampai di hadapan pintu kelas.

"Taehyung... tolonglah jangan layan aku baik sangat."

Ucapku lalu melangkah masuk dan duduk di tempatku. Aku merenung ke arah langit semula. I know that I can never fly.

TAEHYUNG POV

Aku masih lagi terpinga2 dengan kata2nya. Apa maksud dia? Kenapa aku tak boleh layan dia dengan baik pula? Tak salah pun kan? Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Lagipun dia ucapkan terima kasih kat aku. Gembiranya! Sebab kau dingin sangat kan? Aku nak juga hancurkan dinding yang kau bina walaupun setinggi gunung. Makin kau dingin makin aku ingin selami tentang perasaan kau, Sara.

Aku mengeluh perlahan dan menapak masuk. Melihatkan Sara yang asyik pandang ke luar tingkap. Aku pun nak tahu juga apa benda yang menarik kat luar sana. Setahu aku kat luar tu boleh tengok padang. Takkanlah sebab padang, dia tak nak layan aku kot.

Aku mendekatinya lalu melihat ke luar tingkap juga. Dia terkejut sedikit sehingga bahunya terangkat sedikit. Aku tersenyum.

"Sara... balik nanti saya nak bawa awak ke satu tempat boleh?"
"Ke mana?"

Soalnya sambil melihat ke luar tingkap membelakangi aku. Aku tersenyum lebar.

"Kena ikut dulu barulah tahu..."
"Suka hati kaulah... kalau aku tolak pun kau akan paksa aku."
"Bagus!"

Ucapku dan tersenyum lebar. Aku nak tahu kenapa kau terlalu dingin dengan aku. Dan aku nak tahu kenapa kau bina dinding di sekeliling kau tu Sara. Aku betul2 nak tahu... maaflah kalau aku menyibuk tapi aku rasa ingin tahu tentang kau. Aku pun tak tahu kenapa aku nak tahu sangat tentang semua tu. Aku sendiri pun keliru.

Bersambung....











[√] I'M SORRY | K.T.H Where stories live. Discover now