01

230 17 0
                                    

Author pasang lagu awake by Jin bts. And I got the feels. Bagi sesiapa yang baca part ni silalah pasang lagu awake kalau nak rasa perasaan yang sama macam author.

Aku menongkat dagu memandang ke luar jendela hospital. Aku mengeluh dengan nasib sendiri. Lagi tiga bulan saja tempoh aku untuk hidup. Cukupkah? Aku menggeleng. Tak cukup.

Aku memandang sepi ke arah awan yang membiru tenang dan burung2 terbang ke udara. Aku lalu berjalan semula masuk ke dalam bilik wad.

Bilalah aku boleh keluar dari sini? Soalku sendiri. Kerana aku kebosanan. Dahlah hidup lagi tiga bulan tapi aku duduk terperuk kat sini tak buat apa2.

Aku terdengar bunyi ketukan di pintu. Aku memandang sepi ke arah pintu.

"Masuk."

Balasku ringkas. Ayah aku dengan perlahan berjalan masuk. Dia lalu menarik kerusi dan duduk di sebelahku.

"SaRa, kamu dah boleh keluar."
"Ok. Sekarang ke?"

Soalku dingin. Dia tersenyum dan mengangguk. Aku lalu bangun dari katilku.

"Jom.."

Dia mengangguk lagi. Kadang2 aku tertanya2 kenapa ayah aku sanggup habiskan masa dia, untuk jaga aku saja? Tak penat ke? Yalah sehari suntuk dia ni tak boleh nak tidur sebab katanya asyik memikirkan aku.

Aku tak pernah pun minta dia fikirkan aku. Aku tak nak dia seksakan diri dia. Cukuplah dengan pemergian arwah mak aku. Dan sekarang lihatlah diri dia,  langsung tak bermaya. Tapi aku bahagia dapat tengok ayah aku ke mari.

Beg2 aku semua ayah aku pegang. Aku mengeluh melihat ayah aku yang bawa semuanya. Dia langsung tak nak aku bawakan. Katanya nanti aku penat lah apalah. Aku pula yang rasa terseksa melihat kan keadaan dia ni.

Selepas beberapa jam perjalanan,  akhirnya aku sampai ke rumah. Aku berjalan keluar dari perut kereta teksi. Ayah ku membayar kepada pak cik teksi itu sebelum dia keluarkan semua beg2 tadi. Keadaan rumah masih lagi sama. Tak pernah berubah.

Malam sudah pun menjelma. Aku dengan langkah longlai hendak menuruni tangga. Ayahku cepat2 mendapatkan aku.

"Jangan turun. Biar ayah hantarkan ke atas ya?"

Aku betul2 tak faham. Berhentilah layan aku macam ni!

"Aku boleh bangun lagi kan? Jangan risau sangat boleh tak?"
"Tapi Sara kan penat?"
"Aku tak penat. Dah jom makan sekali. Tak payah nak seksakan diri kau."

Balasku dingin lalu menepis tangannya. Dia mengangguk akur. Aku lalu mengambil tempat dan memandang sepi ke arah makanan yang terhidang. Baunya seperti masakan arwah mak aku. Aku memandang ke arah ayahku yang masih menanti aku untuk menjamah makanan.

Aku mengeluh lalu menjamah sedikit. Ayahku tersenyum lebar melihat aku menjamah makanan tadi. Dia mula menjamah hidangannya.

"Sedap tak?"
"Hm..sedaplah."

Balasku dingin. Dia tersenyum.

"Esok kamu nak pergi sekolah ke?"
"Kalau aku kata aku nak? Kau benarkan?"
"Ya. Ayah benarkan lagipun kamu mungkin kebosanan kan?"
"Hm.. betul cakap kau tu."

Keesokannya aku bangun dan mula bersiap hendak ke sekolah. Ayah aku menemani aku pergi ke sekolah. Sebelum aku melangkah masuk ke pagar. Dia sempat memeluk aku erat dan mencium dahiku lembut. Aku terasa sedikit sebanyak kasih sayangnya. Dalam diam aku tersentuh.

Dia selepas itu meminta diri untuk ke tempat kerjanya. Aku melangkah masuk ke kelas dengan wajah yang tiada senyuman. Senyuman aku mati sejak mak meninggalkan aku. Bagi aku... senyuman tu dah tak wujud lagi dalam diri aku. Biarpun orang nak kata apapun. Sebab mereka tak pernah tahu cerita hidup aku.

Aku mengambil tempat duduk di sebelah tingkap. Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap,  memandang kosong ke langit biru seperti selalu aku buat. Itulah hobi aku sejak aku tahu kanser aku. Aku lebih suka melihat langit sejak itu.

Seorang guru perempuan menapak masuk bersama dengan seorang pelajar lelaki. Budak baru ke?

"Para pelajar sekalian, kenalkan ni pelajar baru kita. Silakan."

Budak lelaki itu tersenyum lebar hingga mempamerkan senyuman petaknya itu.

"Nama saya Kim Taehyung. Selamat berkenalan semua!"

Ucapnya girang. Semua pelajar mula bertepuk tangan kecuali aku yang hanya duduk menongkat dagu melihatnya.

"Silalah ambil tempat duduk di sebelah Jang Sara."
"Terima kasih cikgu!"

Aku baru sedar. Tempat kat sebelah aku kosong. Dia lalu cepat2 duduk di sebelah aku dan tersenyum lebar.

"Hai! Nama saya Kim Taehyung!"

Ucapnya sambil menghulurkan tangan untuk berjabat. Hulurannya, aku tak sambut dan memandang ke hadapan semula.

"Sara."

Balasku ringkas dan dingin. Dia mengangguk perlahan dan menarik tangannya semula. Dengan perlahan dia memandang ke hadapan.

"Dinginnya..."

Bisiknya tapi aku masih lagi dapat mendengarnya. Aku tak kisahlah apa orang nak kata. Aku sombong ke dingin ke. Tu mulut dia orang. Sebab bagi aku tak ada siapa tahu kenapa aku berubah 90 darjah sejak pemergian arwah mak aku dan sejak aku dapat tahu yang aku menghidap kanser hati.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Semua pelajar berpusu2 keluar. Hanya aku saja yang masih lagi melemparkan pandangan ke luar tingkap. Tiba2 bahu aku dicuit oleh seseorang. Aku memandang ke arahnya kosong.

"Apa kau nak?"

Soalku dingin. Yalah ingatkan dah keluar dengan pelajar lain. Tapi tak pula.

"Jomlah keluar rehat... tak lapar ke?"
"Tak. Dah pergilah rehat tu tak payah nak layan aku sangat."
"Ok..."

Balasnya lalu menapak keluar dari kelas. Selang beberapa minit dia kembali. Buat apa? Aku memandangnya aneh.

Dia berjalan ke arah aku dan menghulurkan sebungkus roti coklat. Aku memandangnya aneh. Kenapa dengan lelaki ni?

"Asal kau bagi aku?"
"Ambil lah. Saya saja beli lebih. Ingatkan nak bagi kat awak. Ambil lah!"

Dia tersenyum lebar. Kenapa dia teringatkan aku kepada seseorang yang aku sangat kenal? Kenapa? Tanpa aku sedar, air mataku mula menitis. Taehyung terkejut dan cepat2 mengeluarkan sehelai kain sapu tangan.

"Maaf.. saya tak-"
"Tak... aku ok."
"Betul?"
"Ya... dah kau ni kenapa risau sangat?"
"Mestilah risau! Kitakan kawan!"
"Sejak bila?"
"Sejak saya mula2 duduk sebelah awak!"

Aku menggeleng kepala. Roti tadi dia letakkan atas meja aku. Aku hanya memandang bungkusan roti itu kosong.  Aku tak faham kenapa lelaki ni asyik cuba nak menarik aku untuk melihat dunia dengan lebih jelas dan lebih memahami tentang kehidupan yang sebenarnya. Ya, dia mengingatkan aku pada diri aku yang dulu, yang dulu bahagia tersenyum melihat mak aku. Tapi kini semua tu hilang.

Aku kehilangan mak aku. Dan aku mungkin juga suatu hari nanti menghilang. Meninggalkan dunia ni.

"Aku akan mati. Jadi berhenti lah layan aku baik2, Kim Taehyung."

Ucapku dingin. Kim Taehyung terkejut apabila mendengar kata2 aku.

"Apa maksud awak?"
"Tak ada apalah."

Kain sapu tangan tadi, aku berikan padanya semula dan mula melemparkan pandangan ke luar jendela semula. Aku tak mahu mencipta memori yang menyebabkan aku berasa berat hati untuk meninggalkan seseorang. Aku tak mahu. Aku tak nak seksakan orang di sekeliling aku. Cukuplah... cukuplah..

Aku memandang ke arah langit dan burung2 yang berterbangan itu.

Maybe I can't... touch the sky.

-TBC-






[√] I'M SORRY | K.T.H Where stories live. Discover now