Selepas 2 hari Dina berkurung di dalam bilik. Dina membuat keputusan untuk keluar dari bilik seperti biasa. Apabila Dina keluar dari bilik, Dina terus ke dapur kerana perutnya sangat lapar dan Dina makan. Dina membuat keputusan untuk menjadi seperti biasa kerana Dina tidak ingin Mummy & Daddy terkena sakit jantung atau penyakit darah tinggi. So Dina buat macam tiada apa berlaku. Seperti biasa , Dina akan bercakap dengan Mummy nya.
“ Sayang, hari ini kamu kena jumpa dengan bakal suami ” kata Datin Salsabila
“ Oh ye ke Mummy, tak sabar rasanya, Jumpa kat mana ? ” jawab Dina sambil tersenyum sinis
“ Jumpa kat Restoren ****** ” kata Datin Salsabila sambil tersenyum lebar kerana akhirnya anak tunggalnya terima juga
“ Pukul berapa Mummy ? ” tanya Dina
“ Pukul 6:30 petang nanti. Kamu dinner dengan dia hari ini ” jawab Datin Salsabila
Dina hanya tersenyum dan berlalu pergi dari ruang tamu ke biliknya. Dina melihat jam Iphonenya
“ Ahhh sudah pukul 5:45, ni yang aku malas nak keluar!!! ” jerit Dina dalam hati nya. Dina terus bersiap. Dina sudah siap dan terus ke tempat yang di beritahu oleh Datin Salsabila.
Dina tiba di restoren tersebut dan mencari tempat duduk tetapi ada pelayan yang tegur Dina
“ Excuse me , Are you Nur Dina binti Dato' Danish ” tanya pelayan
“ Yes , I'm ” jawab Dina
“ Your sit is there ” tunjuk pelayan tersebut ke arah seseorang yang memakai mask di muka
“ Okey , thank you ” jawab Dina kepada pelayan tersebut.
Tanpa melengah masa Dina menuju ke arah lelaki tersebut dan Dina duduk di hadapannya. Dina memberi salam dan lelaki tersebut hanya menjawab salam Dina. Makanan sudah terhidang di hadapan Dina. Dina hanya melihat kerana takut lelaki depan dia ni salah faham pulak kalau tunjuk muka lapar. Mereka hanya main Iphone masing² .
“ My name is Tengku Ielham ” kata lelaki itu untuk memecahkan keadaan sunyi.
“ My name is Nur Dina ” jawab Dina dengan malas melayan
“ So you lah my future wife ? ” tanya Ielham
“ Maybe... ” jawab Dina dengan malas juga
“ Tak nak makan ke ” tanya Ielham
“ Jap sebelum makan, Saya nak tanya sesuatu kat awak , kenapa awak pakai mask ? ” tanya Dina meminta kepastian.
“ Oh tu je ke , sebab saya ni ramai fans. So saya perlu sorok muka kalau tak ramai pulak yang nak minta ambil autograf saya nanti” terang Ielham kepada Dina.
“ Ouh , so macam mana awak nak makan kalau pakai mask tu ?” tanya Dina
“ Mestilah saya buka tapi sorok² la ” jawab Ielham
Tanpa berlengah , Ielham membuka mask nya dan Dina terkejut gila. Dina menjadi kaku. Ielham cuba dekatkan tangannya untuk tampar Dina tetapi Dina pegang tangannya
“ Kita pernah jumpa kan ” tanya Dina meminta kepastian
“ Aik , saya tak kenal pun awak dan saya tak pernah nampak awak ” kata Ielham
“ Oh yeke , hahaha lupakan ya , saya salah orang kot, jom makan ” jawab Dina untuk menutup malunya. Dina makan sambil memikirkan tentang satu perkara. Setelah mereka selesai makan , mereka kira² dah nak balik sebab dah pukul 7:45 malam. Mereka sama² melambai tangan. Dina pulang dulu daripada Ielham.

YOU ARE READING
SUAMIKU PILOT KOREA
RomansaNur Dina anak kepada Dato' Danish & Datin Salsabila. Dina dipaksa berkahwin dengan lelaki yang dia tidak kenal. Dina dipaksa berkahwin dengan anak kawan ibu bapanya. Suami Dina adalah Pilot di Korea. Adakah berputik cinta disana ?