BAB 2

336 2 0
                                    

“ Yoeungju, cuti sem dah dekat. Kau balik tak? ” tanya Soo He kepada Dina.

“ Balik kot ” jawab Dina kerana malas nak melayan Soo He. Dina mendengar lagu sambil main games piano tales. Dina asyik mendengar lagu sampai terlena atas sofa ruang tamu bilik mereka. Soo He hanya mengeluh melihat Yoeungju yang terlena.“ Letih sangat campur sedih sebab kena halau dengan teacher Youngyo ” kata Soo He dalam hatinya. Soo He membiarkan Dina tidur di atas sofa dan Soo He masuk bilik untuk tidur.

Keesokkannya, Dina terbangun sebab dia tidak selesa tidur di atas sofa. Apabila dia bangun, dia terus melihat jam Iphone  nya yang mengatakan sudah pukul 6:30 a.m. Dina terus menuju ke biliknya untuk mengambil tuala merah jambu dan menuju ke bilik air untuk mandi. Setelah dia selesai mandi, dia memilih baju untuk pergi ke kelas. Dia memakai make up yang halus dan lipstik yang mengikut warna darah. Dia melihat jamnya baru pukul 7 a.m.

“ kelas hari ini bermula pukuk 8:30 a.m ” katanya dalam hati.

“ Apakata aku masak untuk sarapan ” Dina bercakap seorang diri sambil tersenyum.

Dina memasak dan sarapan seorang diri kerana Soo He tiada kelas hari ni, so dia bangun lewat. Setelah selesai makan , dia terus menuju ke kereta di luar rumah dan masuk ke dalam perut kereta. Keretanya memecut laju di atas jalan raya. Dina selamat tiba di university. Min Ho yang sedang menunggu Dina bangun apabila kereta Dina parking di hadapannya.

“ Awal hari ni Yoeungju ” kata  Min Ho.“ Ye la, takkan nak kena halau sekali lagi ” jawab Dina sambil ketawa kecil.

“ Yoeungju, nanti cuti sem awak pergi mana? ” tanya Min Ho.

“ Malaysia kot ” jawabnya sambil blur.“ Min Ho pergi mana nanti?” tanya Dina.

“ Min Ho balik kampung kat China ” jawab Min Ho sambil mengeluh. Dina yang asyik berbual dengan Min Ho tak sedar yang mereka sudah lambat 4 minit.

“ Ehh dah lambat ni . Jomm ” kata Dina kepada Min ho. Min Ho mengikut Dina yang sedang berlari.

S
K
I
P
Cuti sem sudah tiba, Dina yang sedang mengemas barang dan bergegas ke kereta takut dia terlepas flight. Dina memecut keretanya. Di airport, Dina asyik berbalas mesej dengan Min Ho sambil mendengar lagu. Dia langsung tidak memandang di hadapan kerana leka dengan Iphone . Tiba - tiba , dia terlanggar dengan seorang pilot yang handsome. Tanpa teragap - agap Dina marah pilot tersebut.

“ This is not my false but your false ” marah pilot tersebut.

Keadaan yang bising menjadi sunyi apabila mendengar pergaduhan antara pilot dan penumpang. Dina beredar dari tempat tersebut dengan muka yang malu. Muka Dina menjadi kemerahan apabila di marah. Di atas kapal terbang ,“ Handsome jugak mamat tu, nasib baik aku sempat baca namanya  Kim Joon Myun” kata Dina dalam hatinya.

Dina selamat sampai di Malaysia. Tetapi Dina tidak nampak kelibat orang suruhan ayahnya pun. Dina sibuk mencari teksi untuk pulang ke rumahnya. Tiba² ada orang panggil namanya
NUR DINA BT DATO' DANISH ”
Semasa Dina berpaling, Dina agak terkejut kerana di belakang orang yang memanggilnya itu ada sesuatu yang berlaku yang menyebabkan perempuan berkumpul.

“Oh Pak Hashim, tunggu jap Dina nak pergi tengok apa yang sedang berlaku” jawab Dina .

Tanpa melengahkan masa Dina terus menuju ke tempat tersebut. Apabila Dina sampai, Dina terkejut kerana melihat lelaki yang sama berada di hadapannya.

“Kapten boleh saya ambil gambar dengan awak” kata perempuan² yang berkumpul itu.

“ Boleh saya minta autograf awak tak ” kata perempuan² itu lagi.

“ Boleh je ” jawab kapten itu.

Semua perempuan yang berkumpul itu beratur untuk menunggu giliran. Dina masih lagi kaku. Tiba² ada seseorang tanya Dina.

“ Kamu nak gambar jugak ke ?” tanya lelaki tersebut

Dina terus sedar daripada lamunannya itu. Dina melihat muka yang menanya dia sebentar tadi.

“ Tak hingin aku nak ambik gambar dengan kau ” jawab Dina lalu berlalu pergi.

Kapten tersebut terkejut apabila melihat Dina marah terhadapnya.

“ Perempuan ni siapa ehh? Rasa macam pernah jumpa je ? Oh baru aku ingat, perempuan ini lah yang gaduh nga aku kat airport korea.” kata kapten dalam hatinya.

Apabila Dina berlalu dari situ, Dina menuju ke kereta ayahnya dan masuk ke dalam perut kereta.

“ Kenapa lama sangat Cik Dina ” tanya Pak Hashim.

“ Ada hal kat situ tadi” jawab Dina.

“ Oh ye ke. Ni nak pergi mana pejabat daddy ke rumah terus?”tanya Pak Hashim lagi.

“Rumah je lah, lagi pun Dina penat ni” jawab Dina.

Pak Hashim hanya mengangguk. Kereta mereka meluncur laju di atas jalan. Setelah tiba di rumah, Dina berlari pantas menuju ke dalam rumah untuk memeluk Datin Salsabila.

“ Mummy, Dina dah balik ” kata Dina sambil mata liar mencari kelibat Datin Salsabila.

“ Ye sayang ” jawab Datin Salsabila yang berada di dapur. Tanpa Dina melengah, Dina menuju ke dapur dan memeluk Datin Salsabila yang sedang memasak.

“ Mak kau meletop ” latahan Datin Salsabila sambil muka terkejut. Dina hanya menahan tawanya.

“ Dina rindu sangat kat Mummy & Daddy. Rasa macam 100 tahun tak jumpa.” Datin hanya ketawa mendengar kata - kata anaknya.

“ Dina naik atas dulunya Mummy, penat sangat ni nak tidur ” kata Dina dengan perasaan letih.

Datin Salsabila hanya mengangguk. Lalu, Dina terus berlari anak menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas. Dina merebahkan tubuh badan nya ke atas katil lalu terlena. Dina terlalu letih sampai mengigau dan Dina sedar dari tidurnya. Dina melihat jam di Iphonenya yang menunjukkan sudah pukul 5:15 petang. Dina segera mengambil tualanya dan bersihkan diri sebelum makan malam. Dina selesai bersihkan diri, Dina hanya memakai baju tidur dan pakai bedak sedikit. Dina melangkah ke luar bilik untuk makan malam. Tetapi tiada sorang pun kat bawah. Dina terus menanyakan bibik dan bibik hanya mengangkat bahunya. Dina begitu takut dan Dina menjerit nama Mummy & Daddy namun tiada jawapan. Dina cuba menelefon tetapi tidak di angkat. Tiba² lampu rumah terpadam dan Dina menangis kerana ketakutan. Dan

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Nur Dina
Happy birthday to you. Ujar Dato' dan Datin sambil membawa kek di tangan. Lampu terus nyala. Dina menangis kerana gembira kerana ibu bapa nya masih ingat hari lahirnya walaupun Dina sendiri tidak ingat akan hari lahirnya. Mereka menikmati waktu bersama.

“ Ini kali terakhir dah Mummy & Daddy yang wish ” kata Datin Salsabila.

“ Kenapa pulak ” tanya Dina

“ Sebab lagi 2 bulan Dina akan di kahwinkan dengan anak kawan Mummy & Daddy ” jawab Datin Salsabila.

“ What ? Kenapa Dina tak tahu pun?” Dina hanya melihat Mummynya dan mata Dina terus berair. Dina berlari ke bilik dan menghempas pintu bilik. Dina hanya mampu membuat begitu buat seketika untuk lepaskan perasaan marah + sedih + kecewa.

2 hari 1 malam

Dina tidak keluar bilik selepas kejadian baru ini. Dina masih lagi marah + sedih + kecewa. Dina telah membuatkan Dato' Danish & Datin Salsabila risau akan anak tunggalnya yang tidak makan selama 2 hari.

SUAMIKU PILOT KOREAWhere stories live. Discover now