BAB 4

402 9 3
                                    

Setelah Dina selesai membersihkan badan dan menunaikan kewajipan sebagai orang islam. Dina turun ke bawah untuk makan malam. Seperti biasa Dina akan mengambil tempat duduk di sebelah Dato' Danish dan di hadapan Datin Salsabila. Setelah selesai makan, Dina pergi ke ruang tamu untuk menonton tv. Apabila Dina membuka siaran astro Maya. Betapa terkejutnya Dina apabila melihat muka bakal suaminya yang di jemput untuk menyertai rancangan  apa entah. Setahu Dina , hanya orang yang terkenal di jemput untuk sertai rancangan tersebut. Dina masih lagi tidak tahu pekerjaan Tengku Ielham. Tetapi di dalam rancangan tersebut, orang lain memanggilnya sebagai  KAPTEN IELHAM. Mummy nya juga ada di sebelah Dina.

“ Mummy, sebenarnya kan Ielham kerja apa ? ” Tanya Dina

“ Hahah tanya la tuan empunya sendiri ” jawab Datin Salsabila sambil ketawa kecil

“ Ishh nak tanya macam mana kalau contact pun tak pernah” Rengek Dina

Datin Salsabila hanya ketawa melihat anaknya. Dina terus mengalih siaran lain supaya tidak nampak lagi wajah bakal suaminya. Ielham begitu rapat dengan perempuan bukan muhrim. Serapat - rapat Ielham dengan perempuan lain taklah sampai sentuh - sentuh. Dina sudah cemburu walaupun belum kahwin. Apa perasaan Dina terhadap Ielham ? . Dina sendiri pun tak tahu apa perasaan dia.

Sudah lama Dina tidak berjumpa dengan Ielham. Last jumpa pun masa sesi perkenalan mereka. Pada hari ini Dina akan berjumpa dengan Ielham buat kali keduanya. Dina akan bertemu dengan Ielham di butik pengantin kawan Datin Salsabila. Mereka berjumpa pun hanya untuk memilih tema baju je. Dina memilih warna Hitam tetapi Ielham tak setuju. Ielham memilih warna kuning , Dina pulak yang tak setuju. Susah la kalau sama² setuju. Akhirnya , kawan Datin Salsabila yang memberi cadangan iaitu pada hari akad nikah mereka akan memakai baju warna kuning dan pada hari persandingan mereka akan memakai baju warna hitam. Dina dan Ielham hanya setuju kerana mereka sudah lewat. Masing ² ada hal nak di buat.

Seperti biasa , Dina akan berada di rumah jika Dina tidak keluar dengan Farah. Dina tidak mempunyai ramai kawan kerana yang lain cemburu dengan Dina akan kecantikannya. Maklumlah anak kacukan Korea dengan Malaysia kan. Dina tak ada kawan lelaki. Kawan lelaki ni macam liar sikit. So , Datin Salsabila tak benarkan Dina kawan dengan lelaki. Min Ho pun tanpa pengetahuan Datin Salsabila. Hidup Dina ni ibarat anak raja lah sebab semua benda yang Dina mahukan akan dapat. Dina bosan duduk rumah. So , Dina selalu chat dengan Farah. Dina masih lagi tidak tahu akan pekerjaan Ielham. So , Dina nak try chat Ielham.

From : Miss Captain
To : P.O.Y.O

Assalamualaikum, sorry ganggu. Aku just nak tanya kau , kau kerja apa ?

From : Mr. Captain
To : E.V.I.L

Waalaikumussalam, kenapa nak tahu hal aku ? Busy body ke ?

From : Miss Captain
To : P.O.Y.O

Haha... Kenapa lawak sangat soalan kau ni ? Tak la , aku ada nampak kau kat television . Orang lain panggil kau Kapten. Kapten apa ?

From : Mr. Captain
To : E.V.I.L

Ohh yang tu je ke ? Aku kerja pengutip sampah tepi jalan

From : Miss Captain
To : P.O.Y.O

Hahah lawak sangat !!! Okey la aku nak tidur dulu ! Good Night

Dina  terus tidur. Tanpa mendengar lagu Dina boleh terlena. Sebelum ini Dina perlu dengar lagu sebelum tidur. Kenapa dengan Dina ? . Mungkin happy kot sebab dapat gurau dengan future malam ni.

Pada keesokkannya , Dina bangun awal sebab tidur awal semalam. Dina gosok matanya lalu ambil tuala untuk mandi. Setelah siap pakai baju dan pakai krim , Dina turun ke bawah. Semasa di atas tangga Dina melihat macam ada orang yang sedang menonton tv. Dina dengan laju mendekati tv dan kelihatan seorang lelaki berusia 40 an. Dina mengangkat kening apabila melihat Dato' Danish yang sedang menonton tv.

“ Awal bangun hari ni ? ” Kata Dato' Danish

“ Perli ke ? ” Dina tidak menjawab malah menanyakan soalan pula.

“ Eh tak la , mana ada Daddy perli! Daddy kan sayang kan anak Daddy sorang ni ” jawab Dato' Danish

“ Okeylah kalau macam tu , Mummy mana ? ” Dina menjawab dan menanya Dato' Danish semula

“ Entahlah ” jawab Dato' Danish

Dina terus menuju ke dapur sebab ada bau yang menarik perhatian Dina. Terkejut Dina bila tengok bukan orang gaji yang masak.

“ Mummy , buat apa ni ? ” tanya Dina

“ Basuh kain ni , kenapa ya ?. Boleh tanya lagi ” jawab Datin Salsabila terus menjawab dalam nada menyindir Dina

“ Hahah apa Mummy ni ? Masak apa ni ? ” jawab Dina sambil ketawa kecil

“ Masak ikan siakap 3 rasa dan siakap stim ” jawab Datin Salsabila

“ Ouh , nampaknya menu kita hari ni ikan siakap je ” kata Dina sambil membuat mimik muka yang cute.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 09, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SUAMIKU PILOT KOREAWhere stories live. Discover now