Terkongkong

102 4 1
                                    

Ku hadap dinding suram hadapan
Pelik,sungguh pelik
Dari mana datang bersinggahnya rasa
Mereka begitu manis bak gula
Sungguh aku gembira saat itu

Sekali lagi,
Aku dikurung
Bayangan langit malam indah
Mula terpacul
Aku gembira sekali lagi
Oh, rasa itu!
Datang sekali lagi
Perasaan yg tak mahu aku pudarkan senyumanku

Kaki aku mula jejak keluar
Keluar dari angan kosong belaka
Lalu masuk ke dunia baru
Buat kebahagiaan diriku
Rasa itu masih ada sehingga sekarang
Dan aku pasti tidak akan lepaskan ia
Walau sekali.

Langit PelangiWhere stories live. Discover now