Part 1: Day After

7.1K 246 14
                                    

Ahraaakk thui...

Silaka, ni beliou suka-suka ja meludah. Sudahlah hampir mengena kaki buat endak peduli pula. Masih lagi dia cucuk giginya dengan tu kayu balak.

Beliou : Kau pulang sia, si David tiada sini.

Mitchell : Angkol, si David tidak datang masa kami kahwin...

Beliou : Nah kuroyon po, kosian. Pologoson nopo endak suda tu kusai mau sama kau. Endak payah pajal.

Nah betul-betul beliou ni tidak mengindahkan hatinya. Tanpa belas kasihan dia diminta melupakan si David. David pula langsung tidak muncul macam saja mati.

Beliou : Balik la kau. Engga guno magandad di David. Liuhai no yau. Porget him...

Mitchell berdiri malas dia mau tingu atau bersalam sama ni beliou. Dia turun berjalan lebih laju dari biasa ke arah kereta. Sengaja lagi menghentak kaki ke lantai mozaik rumah di orang si David.

Pintu kereta di buka, dua kali dia gunut barulah terbuka tu pintu kerita kancil, kana pinjam dari Daddynya. Silaka bilangnya dalam hati.

Hubungan bersama David yang bertahun-tahun dibina macam hilang begitu sahaja. Macam endak bersyukur ba si David dapat dia sebagai tunang setelah tiga tahun berkenalan. Diurang berjumpa sana masa si Hallen kahwin sama Thomas.

Mitchell berkerja sebagai nurse sana Hospital di KK. Gaji boleh tahan bah walaupun endak sebesar gaji doktor. Endak kurang sama gaji sebagai Cikgu si David. Boleh pakai kereta Toyota Vios kalau saja dia endak simpan duit untuk kahwin.

Mitchell menghidupkan engine, mau dua kali kasi start baru hidup. Dia tekan minyak lagi kasi panas tu engine, siap ada asap tu Kancil kasi keluar. Mitchell sempat duntung tu hon kereta sebelum meluncur ke jalan raya.

David merupakan hal malang baginya. Mitchell menggeleng kepalanya mengingat perkenalan mereka. David bukan banyak bercakap dan sering berkata "dari kau saja". Bermula dengan date hujung minggu di pantai Teluk Likas sama menonton wayang di 1B atau Imago, balik-balik dirancang oleh Mitchell. Duit makan minum sama tingu wayang pun macam empat kali saja si David belanja. Itu pun ada dua kali Mitchell bayar balik kerana David selalu mengatakan tanggungjawabnya kepada adik beradiknya masih diperlukan. Mitchell tidak kisah kerana dia merasa harus belajar jadi bini si David yang terbaik.

Arghhh...

Mitchell berteriak, dia pijak pedal minyak kasi race laju. Meter kelajuan menunjukkan 85km/j. Nah! bilangnya setelah berjaya memintas sebuah motosikal yang ditunggang seorang penjual karpet berbangsa Pakistan. Mitchell nampak ada karpet berlipat pada tempat duduk belakang motosikal itu.

Sampai di rumah dia masuk saja tanpa tengok kiri kanan. Palingpun yang ada disana hanya daddy, mummy dan Rachael adiknya. Langkah laju sambil dihentak bikin bunyi lantai mosaic ada kuat sikit. Dia menuju bilik menarik beg pakaian yang sudah siap packing. Satu laci lagi ditarik, mengeluarkan satu buku kecil warna merah dan dua ticket didalamnya. Mitchell memegang buku merah dan mengeluarkan dua keping ticket. Dia limpang di atas katil, separuh kakinya menyentuh lantai. Dia mengipas-ngipas ticket itu ke udara dengan tangan kanan.

Arghhh....

Mitchell berteriak dengan suara tertahan. Dia tidak mahu kalau keluarganya mendengar dan berusaha memujuk seperti kemarin. Dua tangannya memegang ticket itu, bersedia mengoyak dan merenyukkannya sehingga hancur. Tapi ticket itu tiba-tiba melayang ke udara terlepas dari tangan dan niat pemusnahnya.

Racheal ketawa, tangannya mengenggam ticket. Mulut besarnya terbuka dengan muka ala-ala penjahat.

Rachael : Jangan sia-siakan ticket ini sis, David...

The LiarWhere stories live. Discover now