Part 3 : Am I wrong?

3.1K 191 9
                                    

Sebulan yang lalu:

Dua tanakwagu sedang duduk menghadap seorang lelaki setengahbaya dari seberang meja. Ada tanda nama tertulis Dr Chang Heng Ken tertulis pada papan yang terukir indah itu. Bagaimanapun lelaki berkacamata itu sibuk memerhati dua tanakwagu yang kelihatan beralasan di hadapannya.

Ethan : One month?! No no and no. I won't be go.

George : This is emergency case dude, you have to go no matter how.

George berdiri sambil menyeluk saku, tangan kirinya dikeluarkan dan menunjuk kearah Dr Chang yang memerhatikan kedua lelaki itu dari balik sepek dia yang tebal. Dari tadi matanya macam menonton perlawanan badminton saja kedua tanakwagu didepannya ini saling tolak menolak tawaran.

Dr Chang : As your boss I assume that both of you understand and I'll give my disaccociation to choose Dr Ethan to go. End of discussion.

Lelaki separuh baya itu berdiri, menarik seluarnya naik ke keatas sambil membetulkan sepeknya. Dia memandang Ethan.

Dr Chang : Ko pigi jumpa Farah eh. Saya sula suluh dia prepared your ticket and your hotel during there lor.

Ethan tidak mampu menolak bila atasannya sudah memutuskan. Dia pergi berseorangan. Tinggal sana pun saturang juga. Tiada bah yang best, siang dia perlu ke College dan selepas itu boleh berjalan-jalan.

Ethan mengambil kursus jangka pendek berkaitan pembedahan kosmetik yang dia dan George pertikaikan. Sedikit ilmu perubatan untuk menyembunyikan parut, membetulkan struktur kulit yang mengalami kerosakan tisu luar, misalnya luka terbakar, kemalangan yang mengubah tisu-tisu kulit. Nah itu ba, bukannya pembedahan plastic macam korea-korea tu.

Dan pada hari yang memenatkan itulah dia melihat dua orang sumandak sibuk berurusan di kaunter receptionist hotel. Dua sumandak muda yang yang cantik dan sengaja disusahkan oleh receptionist lelaki yang bertugas. Dan Ethan menawarkan pertolongan.

Semasa dalam lif salah seorang sumandak itu seperti tidak bersemangat, ada berjuta rasiah yang cuba disembunyikan oleh mata sumandak yang satu ini. Sedangkan yang satu lagi seolah pemangsa yang melihat Ethan sebagai sasaran mudah. Bagaimanapun si pemangsa itu terkejut apabila Ethan menyedari pandangan seolah menelanjangi itu.

Tiga hari kemudian, pada malam yang sejuk Ethan menemukan sumandak yang bermata sayu itu sedang diganggu seorang tanakwagu yang mabuk. Ethan tanpa dipinta menahan lelaki itu dari terus menyakiti si sumandak. Nah apa lagi keluar aksi Ip Man nya yang lama tidak teruji apa lagi berhadapan dengan lelaki samseng yang mabuk. Sikit saja dan lelaki jahat itu boleh tidur satu minggu.

Ethan terpaksa memikul sumandak itu yang boleh-boleh juga beratnya ke hotel dan menyerahkan kepada si pemangsa yang cemas melihat wajah si sumandak. Ethan meninggalkan mereka dan bergesa ke biliknya untuk mempacking barang-barangnya kembali ke Tanah Air Tercinta setelah bertapa di Paris.

Masa sekarang:

Entahlah kenapa dia balik-balik juga ditemukan dengan sumandak ini. Sekarang sumandak itu seperti dibuli oleh pegawai imigresen pula. Secara impulsif Ethan menghampiri kaunter dan ternyata gadis itu bermasalah dengan passportnya.

Pegawai : We have to stop you until your can prove this passport is not fake. Unless...

Ethan rasa dia boleh membantu sumandak itu, tanpa berfikir panjang Ethan menghampiri kaunter imigresen menghulur passportnya dan melingkarkan tangan kanannya pada belakang ke pinggang si sumandak.

Ethan : Oh she's my wife.

Pegawai imigresen di hadapannya saling berpandangan.

Ethan : We are just married.

The LiarWhere stories live. Discover now