Aku membaling beg galasku ke lantai lalu terjun ke atas katil. Mukaku diterkup dengan bantal. Aku menjerit sepenuh hati. "AKU BENCI DIRI AKU!!!" jeritku. Nama aku Yerin, pelajar tahun tiga Hanlim Hakkyo. Kenapa aku jadi macam ni? Aku tertekan. Tinggal seminggu lagi sebelum Valentine's Day. Semua kawan aku dah ada namchin dengan yeochin. Tinggal aku sorang je. Takkan tahun ni pun aku nak 'spend time' valentine aku sorang diri je.
Sedang sibuk aku melayan diri, satu mesej masuk ke dalam telefonku. "Yerin, kitorang ada dekat 20 Space Cafe ni. Nak join tak?" mesej dari Park Jihoon terpapar di skrin telefonku. "Boleh je. Kau bawa yeochin kau sekali ke?" balasku. Selang beberapa minit, satu lagi mesej masuk. "Yelah.Yang lain pun bawa pasangan masing2" balas Jihoon. Aku mengeluh. "Aku tak ada pasangan, so aku tak nak join." balasku. Telefon aku letak di atas meja. Malas lah nak layan diorang. Saje je nak buat aku cemburu. Bunyi mesej masuk tidak aku hiraukan. Tiba2 Jihoon menelefonku. Aku menjawab panggilan tersebut dengan hati yang berat.
"Woi!!! Rugi kau tak datang... Daniel yang buat coffee kat sini. Datanglah~~" pujuk Jihoon. "Daniel?!" aku tersenyum. "Ok2~ Aku pergi. Kau tunggu~" Aku menamatkan panggilan. Oh, Daniel! Crush aku dari tahun pertama aku belajar di Hanlim Hokkyo. Aku tak pernah berani nak luahkan kat dia sebab dia budak 'famous' di sekolah aku. Aku terus bergegas ke 20 Space Cafe.
Di 20 Space Cafe...
Aku asyik memerhatikan Daniel dari jauh. Senyuman dia memang mencairkan aku. "Kau nak minum apa? Aku nak order ni~~" tanya Jihoon. "Americano..." balas ku. Jihoon mula bangun dari tempat duduknya. "Eh, nanti!!" aku memegang lengan Jihoon. "Biar aku yang order..." Aku memperlawa diriku. Kakiku teruz bergerak laju ke kaunter. "Selamat datang ke 20 Space Cafe. Harassi nak pesan apa?" tutur Daniel. Hatiku cair. Suaranya sungguh sedap didengari. "Panggil saya Yerin je..." tuturku. Daniel tersenyum. "Yerin~ssi, awak nak pesan apa?" tanya Daniel. Dia sebut nama aku!!! Hatiku menjerit.Tiba2 Eunha muncul. "Biar saya yang ambil pesanan. Awak boleh pergi ke dapur..." tutur Eunha pada Daniel. "Ala~macam tak biasa pula saya ambil pesanan..." jawab Daniel.
"Awak dah tak sayang saya ke?" soal Eunha. Daniel akur dengan kata2 Eunha. Dia terus masuk ke dapur. "Nak pesan apa?" soal Eunha dengan kasar. "Americano 4.. Latte 4.. Mocha 2.." pesanku. "Ada apa2 lagi?" soalnya. Aku menggeleng. Dia memberi resit kepadaku. Selang beberapa minit kemudian, air yang dipesan tiba. "Kau jangan cuba rampas namchin aku..." kata Eunha dengan perlahan kepada aku. Aku tunduk. Dulang diangkat ke meja. "Kenapa murung ni?" soal Jihoon.
"Tak ada apa2..." jawabku.BERSAMBUNG...
YOU ARE READING
7 Day With Culin [Complete]
FantasyMengisahlan tentang Yerin(GFriend) yg menyukai CRUSHnya iaitu Daniel(WannaOne). Tetapi apabila dia mengetahui CRUSHnya itu telah mempunyai GF dia hampir berputus asa. Ketika dia berputus asa muncul seseorang datang membantu. Apakah pengakhiran cerit...