🎭×13: He Want to Know

2K 318 112
                                    

Chapter 13:He want to know everything!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter 13:
He want to know everything!

××פ×××

Tell me all of this and don't hide anything!

Tell me all of this and don't hide anything!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

××פ×××

Author's pov

Lepas sahaja kejadian yg tidak disangka itu terjadi, terus sahaja Taehyung bergegas untuk berjumpa Namjoon. Akhirnya tiang egonya runtuh juga. Dia terpaksa menebalkan mukanya. Dia sungguh terkejut dengan kejadian itu.

Manakala Dawoo pula telah dikurung di tingkat bawah tanah. Taehyung mahu dia dikawal mulai sekarang. Baginya, gadis itu agak bahaya. Tindakan gadis itu sungguh melulu dan berada di luar batasan untuk dirinya. Itulah Dawoo, si gadis yg suka bertindak melulu.

Taehyung pergi ke istana Namjoon berseorangan. Kenapa seorang? Sebab dia teleport je. Pejam mata, buka mata je dah sampai kat depan tangga istana Namjoon. Dia segera menyusun langkah satu-persatu menyusuri tangga.

Pengawal yg menjaga tingkat kedua istana itu terkejut melihat Taehyung yg ingin melangkah lagi satu anak tangga untuk sampai ke tingkat itu. Segera dia menyilangkan tombak yg dipegangnya ke dada Taehyung agar langkah lelaki itu berhenti.

"Siapa kau? Macam mana kau boleh tiba ke sini?!"

Soalnya terkejut. Mana taknya, ada puluhan penjaga pintu pagar istana. Macam man boleh terlepas sampai ke tingkat kedua pula ni?! Taehyung tergelak. Sinis saja bunyinya.

"Kau nak mati ke?"

Kata Taehyung angkuh sambil melawan renungan tajam mata pengawal itu. Pengawal itu kelihatan keliru. Malas mahu berlama di situ, segera dia menyelak lengan bajunya sedikit dan tangannya diangkat betul-betul depan mata pengawal itu. Terserlah seutas gelang permata yg terlilit cantik di lengan kekarnya. Hanya Raja sahaja yg layak pakai gelang itu.

Kali ini pengawal itu cepat-cepat menarik semula tombaknya. Dia terus menunduk sembilan puluh darjah. Tak berani dia memandang wajah Raja sebenar itu. Menggigil badannya takut. Manik-manik peluh mula timbul di dahinya.

[DIBUKUKAN] The Mask Man: The Hidden Face | 김태형《C》Where stories live. Discover now