Chapter 6:
She's become weird and
more weird.¤¤¤×¤¤¤
There has something about her that I don't know..
¤¤¤×¤¤¤
Dia mula membuka matanya apabila terasa sejuk di sekitar tapak tangan. Dikelipkan beberapa kali matanya. Mata kuyu disebalik topeng.
Otak cuba memproses sesuatu. Dengan pantas tangannya ditarik. serentak itu juga badannya terbangun tegak.
Bentuk bulat tanpa acuan terbentuk di mata.
Apa benda tu?!
Sekali lagi dia dikejutkan dengan sesuatu. Dia seperti boleh rasa basah,sejuk serta geli sebentar tadi dan itu lah sebabnya dia terjaga.
Matanya meliar mencari benda basah tu dan berhenti memandang ke arah kucing gemuk berbulu putih bersih serta suci dalam debu.
Kucing tu... dia ke yg jilat tangan aku?
Matanya memerhati sahaja kucing putih yg turut merenungnya itu.
"Lamanya awak pengsan.."
Terus mata dialihkan ke arah suara lembut itu.
Perempuan tadi.. si pelik tu.
Senyuman hambar gadis tu berikan. Dia duduk bersimpuh di sebelah lelaki tadi. Dia kembali menunduk bawah setelah memandang muka bertopeng hitam lelaki tersebut.
Persoalannya, lelaki kah dia?
"Apa aku buat kat sini? Kau juga?"
Tanya si topeng kehairanan. Terus terang, dia lupa apa yg terjadi tadi.
"Saya x tahu. Yg saya ingat tadi saya pengsan dan bila saya sedar, saya nampak awak terbaring sebelah saya. Saya.. dapat melihat."
Makin lama, makin kendur pertuturannya. Dia tidak tahu mahu gembira ke sedih ke. Yg dia tau terkejut saja. Pelik bagaimana dia dapat melihat tanpa melakukan pembedahan? Matanya juga disahkan seratus peratus tidak dapat berpungsi jika dibedah sekali pun. Dia memerlukan mata sumbangan jika hendak melihat melalui cara pembedahan.Tapi apa semua ni?
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] The Mask Man: The Hidden Face | 김태형《C》
Mystery / Thriller⚠TELAH DIBUKUKAN⚠ Guess who am I - Kim Taehyung ↺ the нιdden ғace ⚫Start : 25 / 10 / 2017 ⚪End : 23 / 2 / 2018 Ranking (#mystery) ⤴#92 | 8/12/17 ⤴#83 | 10/12/17 ⤴#69 | 10/12/17 ⤴#67 | 16/12/17 ⤴#16 | 17/12/17 ⤴#50 | 23/12/17 ⤴#26 |...