🎭×1: Knowing Me

3.5K 450 147
                                    

Chapter 1:I hate my past

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter 1:
I hate my past

'It's hurt to know about myself'
'Could I find my happiness?'

¤¤¤×¤¤¤

¤¤¤×¤¤¤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

¤¤¤×¤¤¤

×Lee Dawoo×

×××🎭×××

Tiupan angin menyapa kulit wajah yang bersih serta mulus si gadis .

Kulit yang tidak terlalu
putih mahupun terlalu gelap tanpa cacat cela milik gadis itu mampu menimbulkan kecemburuan golongan para gadis .

Rambutnya yang ikal rancak menari-nari mengikut tiupan angin yang tidak terlalu kencang,tidak terlalu perlahan .

Salji akan turun tak lama lagi...

Senyuman terukir tatkala angin dingin menyapa kulitnya . Dia yakin , pasti salji pertama akan turun di waktu malam mendatang .

Suana nyaman itu dihiasi pula dengan aluan bunyi merdu yang keluar dari paruh kecil burung-burung di luar tingkap sebuah rumah usang tempat di mana dia tinggal .

Mata dipejam memikirkan masa hadapannya,nasibnya dengan kisah hidup yang penuh dengan dugaan .

Sekali terdengar keluhan kecil dari mulut kecil gadis tersebut.
Matanya dibuka semula .
Jelas kelihatan anak mata berwarna hitam pekat pada iris matanya .

Potongan matanya bundar.
Matanya dihiasi pula dengan bulu mata yang panjang yang tidak terlalu melentik menambahkan lagi tarikan pada matanya .

Namun,walaupun mata dibuka tetap warna hitam sahaja yang dilihatnya .

Tiada sebarang imej pun yang dapat terbentuk pada retina mata .

Ya .

Gadis ini buta .

Sudah 16 tahun dia tidak dapat melihat dunia .

16 tahun juga adalah jumlah umurnya sekarang .

Dia ditakdirkan oleh tuhan menjadi buta sejak lahir lagi .

Tersenyum dia apabila terdengar bunyi seperti seorang kanak-kanak perempuan sedang bergelak ketawa di sekitar kawasan perumahannya .

Kedengaran seperti dia sedang berlari .

Tetapi senyuman manis itu luntur perlahan-lahan selepas suara ibu bapa kanak2 perempuan tersebut
kedengaran .

Mutiara jernih menyusur turun dari mata gadis tersebut .
Dia sedih dengan nasibnya .

Terngiang-ngiang memori pahitnya dahulu semasa dia mendapat tahu yang dia dibuang oleh keluarga kandungnya sendiri diusia setengah tahun.

' Kenapa hidupku malang ?
Kenapa aku ditakdirkan kehidupan sebegini rupa ?
Oh tuhan , jika ini adalah ujian buat diriku , aku yakin , kau pasti akan berikan yang terbaik buatku '

×××🍃×××

×V Man×

Buaian yang diduduki diayun ke depan dan ke belakang . Sungguh santai gayanya sekarang .

Lolipop dimulut dipusing-pusing agar dapat mengeluarkan
perasa . Suara2 orang yang berbisik-bisik tentang dirinya di abaikan.

Topeng yang menutup matanya dibetulkan sebelum berdiri untuk beredar .

Batang gula-gula berperisa anggur tadi dicampak ke tanah dan berjalan keluar dari taman permainan tersebut . Tangannya disorokkan ke dalam jaket tebalnya .

Salji pertama..

Senyuman senget diukir semasa dia meredah butir-butir halus salji pertama yang dikatakan .

Sampai sahaja di hadapan pintu keluar taman ,'dia' memajamkan mata sebelum mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu .

Badan yang tinggi dan tegap bentuknya tadi hilang dari pandangan mata pengunjung taman permainan tersebut .

Kali ini mereka kecoh setelah lelaki tadi hilang .

Bukannya mereka tak tahu , sudah maklum satu negara Korea Selatan tentang kuasa luar biasa lelaki itu .

V Man

Mata yang dipejam tadi dicelikkan semula .

Keluhan kecil dilepaskan bersama-sama senyuman sinis .

'Lembab' itulah perkataan yang disebutkan apabila melihat orang-orang yg berada di taman itu kecoh kerana melihat dirinya yg hilang sekelip mata .

Dia tidak hilang .

Dia hanya menjadi halimunan .

Dia masih berada di tempat yg sama cuma dirinya tidak boleh dilihat mahupun disentuh .

Topeng dimata ditanggalkan .

Kepalanya didongakkan ke atas .
Salji yang turun ditatap sunyi .

Umur aku sudah genap 130 tahun..

Mata dipejam beberapa
ketika sebelum kaki diatur
meninggalkan kawasan tersebut untuk ke destinasi seterusnya .

🎭🎭🎭🎭🎭

¤×Tbcפ

Ok pengenalan dulu hoho.
Kita tau ramai yg sedang dilanda peperangan peperiksaan..Samalah kita hoho.Pape pon fighting there!
Kepada sesiapa yg sekarang dilanda bencana,saya nak ucapkan takziah.
Tabah ye..saya harap semuanya akan baik seperti sedia kala😊

[DIBUKUKAN] The Mask Man: The Hidden Face | 김태형《C》Where stories live. Discover now