AKU masih lagi menyayangi bekas tunangku , walaupun sudah tiada di dunia tetapi aku boleh merasakan bahawa dia seakan-akan masih lagi disisi aku.Mungkin aku mencintainya sehinggakan aku tidak merelakan dia pergi dari hidup aku.
Astagfirullah Trisya , kau kena terima qada' dan qadar tuhan....kita hanya merancang , Allah yang akan menentukannya.
Sedikit demi sedikit tiupan angin bertiup lembut seolah-olah menemani kesayuan diriku , aku melihat di luar jendela untuk menyenangkan hati yang sedang bergelora . Perasaan aku yang sedang yang bercampur baur, aku sudah buntu untuk memikirkan hal-hal yang lain.
Walaubagaimanapun, aku harus tetap hadapinya dengan tahap kesungguhan,keihklasan dan kesabaran seorang hamba .Aku, perlu menjadi seorang yang kuat untuk menempuhi segala masalah dan dijadikan contoh kepada kaum wanita.Bak kata pepatah melayu hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Betul tak?
Alhamdulillah, dengan melihat ciptaan Allah di luar jendela ini dapat juga menyejukkan hati dan mata aku.Well kampung biasalah, pemandangan yang hanya kau boleh nampak hanyalah rumput dan pokok-pokok yang bergoyang kerana ditiup angin seperti sepoi-sepoi bahasa .
Burung-burung berkicauan di pagi hari dengan melodi yang indah .
Ketukan pintu yang tiba-tiba saja menghentikan aku daripada terus mengelamun , aku dengan perlahan menuju ke pintu kayu dan memulas tombol pintu dengan pegangan yang begitu keras.
Menjawab salam daripada seorang adik yang sedang memberikan senyuman yang manja sambil memegang anak patung yang aku baru sahaja kubelikan untuknya. Lembut dia menyapa dan mengajakku untuk aku mengikutnya ke dapur untuk sarapan pagi .Aku tak boleh menolak tawaran yang paling manja adikku berikan.Tanpa berlengah lagi, aku mengikutnya ke dapur dan memberikan senyuman yang ikhlas kepada mak angkat aku itu lalu aku memberikan kucupan yang cukup manis untuknya."Kak long makanlah , mak masak nasi lemak dan kuih lepat pisang ni..."
"Terima kasih mak.... sayang mak . Adik makan , mak makan"
"Tak pelahhhh mak nak pergi gerai nak hantar nasi lemak ni"
"okey"
Aku lebih suka duduk di kampung bersama mak angkat aku kerana , aku diberi layanan yang cukup baik , kaya dengan kasih sayang. Kaya dengan kesabaran yang mampu menempuhi segala dugaan rezeki seperti wang yang kurang dan tidak cukup untuk menampung keluarga.Ayah hanya kerja sebagai pekebun biasa di rumah orang atasan. Walaupun gajinya tidak mencukupi tetapi mereka masih boleh menghadapinya dengan begitu sahaja.
Aku membelai rambut adikku yang bongsu , dan aku lah yang harus menjaga mereka disini.Aku sahaja yang diharapkan, kalau nak harapkan abang dorang ni memang hampeh lah sebab abang dia tu macam biskut kejap ada kejap takda.
YOU ARE READING
Dia
RandomTENGKU TRISYA YUHANI Seorang gadis yang tidak terlalu suka akan pilihan emaknya yang suka memilih bakal menantunya yang setaraf dengan mereka,iaitu TENGKU AZMEL lelaki yang pernah melukakan hatinya pada zaman universiti lagi.Tetapi bukan hanya menya...