Pappp!
Satu tanparan hinggap di pipi gebu si gadis
"Aku warning kau sekali lagi.kalau kau menjawab jugak siap kau aku kenakan"
kata ayah tiriku iaitu Kim TaeminAku tinggal bersama eomma kesayanganku,Kim Yura dan juga Kim Taemin ayah tiriku.Kata eomma appa kandungku bercerai dengannya kerana perselisihan faham antara mereka selepas melahirkanku.Oleh itu,namaku tidak ditukarkan daripada 'Park Chanrin' kepada 'Kim Chanrin'.
Bagiku,ayah tiriku boleh dikategorikan sebagai 'lelaki dayus' kerana dia selalu memaksaku memakai pakaian seksi untuk dibawa ke club malam.Eomma tidak mampu berkata apa2 kerana bimbang takut dilukakan oleh ayah tiriku.Ini semua demi kepentingan dirinya yang boleh membawa hasil untuk melangsaikan hutangnya.Tapi,aku bersyukur kerana sepanjang aku dibawa ke club,aku tidak pernah disentuh oleh mana2 lelaki dan aku bukannya perempuan liar.
Di sekolah pula aku menjadi tumpuan dan ada yang melabelku sebagai musuh mereka kerana akademikku yang melonjak naik walaupun sikap appa tiriku yang tak boleh diubah.
Eomma pernah memberitahuku bahawa aku mempunyai kembar yang kini tinggal bersama appa kandungku.Eomma berharap sangat bahawa dia boleh bertemu dengan kembarku dan appa kerana mereka terpisah semenjak bercerai.
Aku dah janji dengan eomma nak cari semula keluarga kami.Aku harus..harus tunaikan janji aku.Namun, aku telah melarikan diri selepas ayah tiriku ingin menjualku di kelab malam dek ingin melangsaikan hutangnya.Kemudian, aku bertemu dengan seorang lelaki yang menyelamatkanku ketika melarikan diri daripada penghutang appa tiri.Lelaki itu sebenarnya ialah pewaris kepada CEO Syarikat Oh Holdings.Sikap kasar dan panas baran serta tidak melayani perempuan telah bertukar selepas dia bertemu denganku.Kehidupanku berubah dengan kehadiran lelaki tersebut sebagai suamiku walaupun kami harus menghadapi pelbagai masalah serta risiko yang mendatang dan aku harus cari semula keluargaku yang hilang.