Amzar yang sedari tadi bermain telefon bimbitnya di tenung oleh razak ...khusyuk berbalas mesaj sampai tak layan orang yang duduk dihadapannya, mula la dia rasa dipinggirkan.. " kau dari tadi aku tengok melekat dengan handfon tu ,kau chat dengan sape ha?? " muka amzar direnung tajam "sibuk lah kau nak tau..takde kene mengena dengan kau pun " panas hati razak melihatnya.. bercakap dengan dia tapi mata tetap dekat skrin telefon , perangai macam haramjadah ..
Nafas dihembus perlahan, naik fedup dia melihat amzar.. dia perasan sejak akhir-akhir ini amzar selalu keluar malam, bila balik ke rumah mesti lewat , menghadap telefon 24jam dan yang paling di ketara sekali dia rasakan amzar seperti menjauhkan diri daripada mereka semua.. apakah??
"Kalau kau setakat duduk sini nak hadap handfon je baik balik lah am ..aku boleh jaga adam dengan ikram ni sendiri .." tanpa melihat amzar dia berkata ,tangan ligat memotong buah epal yang diberi oleh raffal dan ilyas tadi semasa melawat adam dan ikram
Niat dia bukan hendak menghalau tapi dirasakan ada baiknya kalau dia saja yang menjaga ..dia rasakan ada sesuatu yang disorokkan oleh amzar daripada mereka semua
"Kau halau aku ? "Amzar yang sedari tadi khusyuk dengan telefonnya terus meletakkan di dalam kocek seluar ,badan terus ditegak kan dan mata tajam memerhatikan gerak geri razak..
"Bukan halau tapi aku rasa baik kau balik aje ,lagi-lagi kau baru balik dari jaga erin tu mesti penatkan ? Balik la berehat dekat rumah .." tanpa menunjukkan sebarang syak , razak menjawab dengan yakin padahal otak ligat memikir alasan yang harus diberi ..tangan tak henti mengupas epal dari tadi .
"Takpe ..aku tak penat ,kalau kau nak balik pergi lah, aku rasa kau yang penat "kot"..aku boleh jaga dorang berdua dekat sini ..aku "rasa" aku "tak perlukan kau" untuk jaga dorang sekali ...opss ..."bukan rasa lagi ..tapi memang tak perlukan khidmat bantuan kau tu" mendatar saja mendengar nada suara nya ..saja amzar menekan setiap ayat yang dilontarkan kepada razak ,panas hati amzar bila dirasakan dirinya dihalau tadi seolah dirinya tidak berguna ..matanya sakit melihat wajah tenang milik razak ..makin berbulu matanya melihat razak yang berada di situ tanpa ada tanda-tanda untuk dia beredar
Razak tiba-tiba menghulurkan pinggan berisi buah epal yang dikupasnya tadi kepada amzar ...amzar hanya merenung tajam tanpa menyambut huluran pinggan yang berisi buah tersebut..dan terus bangun dari kerusi ..tujuannya hanya satu ,untuk keluar dari bilik yang menempatkan adam dan ikram ,panas hatinya melihat reaksi razak yang terlampau tenang itu dan seperti tidak terkesan dengan kata-kataya
Pintu di hempas sedikit kuat oleh amzar dan terus dia menuju ke lif ..
Setibanya di parking kereta cepat-cepat dia melangkah masuk dan menutup pintu kereta dengan kasar sehingga menyebabkan dentuman yang kuat ..
DUMMM !!
enjin dihidupkan , sedari tadi kereta tidak bergerak tapi selepas beberapa saat ..........
"ARRGHHHHHH !!!!!!" stering kereta dipukul ? berkali-kali bagi melepaskan geram ,rasa hendak ditumbuk saja wajah razak yang tidak menunjukkan bahawa tanda-tanda lelaki itu marah terhadap nya ..tapi nasib juga dia sempat mengawal emosi daripada melakukan perkara tersebut
Niat dihati hendak menyakitkan hati rakannya itu tapi yang dia dapat ? Dia pulak yang sakit hati adalah...dia mengambil sesuatu iaitu beberapa keping gambar dikerusi sebelah pemandu ,ditenungnya 7keping gambar itu dengan muka bengis.." Takpe ...tenang lah kau selagi boleh tenang ......sebab lepas ni aku akan pastikan korang semua merana ..menderitaaa .....rasa apa yang aku rasa sekarang HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHA !!!!! "
Muka yang tadinya bengis tetiba ketawa bagai nak rak.. tapi tak sampai beberapa saat dia tiba-tiba menangis ..sekali tengok macam tak betul pun ada ..gambar seorang perempuan antara 7 keping gambar tadi diambil dan di renungnya dalam-dalam macam nak tembus ditengoknya
YOU ARE READING
CIK BODYGUARD I LOVE YOU
RomansDisebabkan tugas yang digalasnya DIA menjadi mangsa kerana dendam lama SI DIA ..gadis yang tidak bersalah perlu menanggung segala derita atas perbuatan orang lain. dipukul , di maki , dijadikan seperti hamba abdi.. DIA sanggup demi menjaga keselam...