S | secret

342 46 34
                                    

Tau lah busy tapi takkan sampai lupa nak amik anak? Ish bosan betul lah macam ni. Tak pasal pasal aku kena menapak balik rumah. 5 kilometer pulak tu. Ni baru 2 kilometer, lencun habis baju aku dengan peluh. Suhu pulak jenis takboleh bawak bincang, kemain tinggi.

"Sehun! Kenapa sorang je harini? Jalan kaki pulak tu" kata Suho hyung, salah seorang senior aku. Dulu aku selalu jalan kaki sama sama dengan dia tapi sejak dia ada geng baru dia yang aku takberkenan, aku dengan dia dah tak rapat sangat.

"Ah, biasalah hyung. Omma dengan appa busy kerja, lupa saya masih sekolah lagi" kata aku lalu tersenyum.

"Hyung suruh kau ambil lesen motosikal taknak! Kan dah penat menapak!"

Aku baru nak balas ayat dia tiba tiba ada bunyi hon dekat belakang kitaorang.

Uish seram sis.

Suho hyung terus ucap selamat tinggal dekat aku. Rumah dia dah dekat dah. Aku ni yang rasa lemah sendi semua muncul. Dalam kepala terbayang ada orang nak culik aku ke rompak aku. Ampun, gue enggak punya uang mas.

"Sehun! Naik lah!"

Huh?

Seul Rin?

"Yah! Buat takut Hun je!" kata aku lalu pergi ke arah Seul Rin yang dah keluar dari kereta. Aku peluk dia dan dia pelawa aku masuk dan hantar aku pulang. Rezeki Hun, rezeki jangan ditolak.

"Kenapa Sehun balik sorang sorang? Omma dengan appa lupa lagi eh?Kesian Sehun" Seul Rin menghulurkan sekotak tisu pada aku. Ah segan pula tiba-tiba. Aku terus ambil kotak tisu tu dan selepas mengucapkan terima kasih, aku terus lap peluh yang menitik dari tadi.

Aku perhatikan Seul Rin. Muka dia berseri. Dah kenapa? Apa jadi?

"Seul.. ada simpan rahsia daripada Hun ke?"

Aku kecilkan mata aku. Heh budak ni, mesti ada something. Jarang Park Seul Rin ni nak senyum macam kerang busuk. Tersangatlah jarang. Aku abaikan dia yang masih tengah tersengih tu lalu pandang pakcik driver ni. Jangan jadi kunyit Hun..

"Sehun, kenal tak Jongin? Kim Jongin?" aku terus pandang Seul Rin. Huh J-J-Jongin? That dancing boy? Mulut aku ternganga besar. Biasanya kalau Seul Rin tanya macam ni mesti orang yang dia sebut tu ajak dia dating or what.

"Kenal. Dia lah yang buat Hun jadi tak rapat dengan Suho Hyung" aku terus tarik muka, buat muka merajuk. Kenapa mesti dengan Kim Jongin?

Aku nampak reaksi muka dia berubah, senyuman dibibir dia hilang. Muka dia terus jadi monyok. "Oh ok"

[KJDISS #2] Crush | OSHWhere stories live. Discover now