R | sensitive

198 29 16
                                    

Bahan bahan untuk memasak nasi goreng kimchi aku sediakan. Disebabkan Seul Rin ada jadi lagi elok kalau aku buat nasi goreng kimchi berbanding hanya makan cereal sahaja.

"Oh Sehunnnnnn" kata Seul Rin sambil menuju ke arah dapur. Pagi pagi dah buat aku lemah ish dia ni.

Aku rasa dia tak sempat lagi nak sampai dapur, jadi aku terus cakap "pergi mandi dul--"

Tak sempat. Dia dah sampai dan peluk pinggang aku dari belakang. Dia punya rapat tu, iman aku jahanam em sabar Oh Sehun.

"Busuk ah Seul Rin. Pergi mandi"

Dia geleng kepala. Mulut dia cebik. Kalau aku gigit bibir dia tu oh ok dah melampau.

Aku uraikan pelukan dia daripada pinggang aku. Ish dia ni, pendek paras ketiak aku je tapi tah kenapa comel sangat tah. Aku sabar je.

Aku pusingkan badan aku. Pipi dia aku tekup ke depan. "Pergi mandi lah busuk. Nanti dah busuk semua orang lagi. Hun pun nak lari"

Dan lepas tu aku dapat rasa libasan tuala dekat muka aku dan lepastu aku dengar Seul Rin berlari naik atas sambil jerit "Oh Sehun mana pernah sayang Park Seul Rin!"

Haih lah sayang, mana pernah saya tak sayang awak kalau awak perangai macam ni.

Aku sambung buat kerja aku. Bila dah siap, aku panggil Seul Rin turun makan. Dengan muka tebalnya dia datang sebelah aku sambil hidu makanan. Sambil tu dia cakap "sedapnya bau!" dan itu melayakkan dirinya untuk mendapat satu jentikan di dahi.

"Jangan hidu makanan lah! Adab kat mana?" kata aku sambil menghulurkan pinggan kepada Seul Rin. Wai-- "Seul, apa Seul Rin buat masa Hun tidur?"

Aku pandang dia dengan kening sebelah aku naikkan. "Nothing. Cuma.. tukar set pinggan mangkuk Hun?"

"Yah Park Seul Rin! Mahal tau set pinggan mangkuk tu! Nanti omma Hun marah!"

Aku cuma cakap dengan Seul Rin, hanya untuk bergurau. Tapi tiba tiba dia nangis.

Ok apa ni? Kenapa Seul Rin nangis? Aku keliru ni. Ya tuhan kenapa otak aku slow sangat ni? Dia terasa dengan gurauan aku ke? Sebelum ni ok je?

[KJDISS #2] Crush | OSHWhere stories live. Discover now