Hidup aku bermula dengan sangat baik pada keesokannya. Aku bangun lambat sikit dan terus kejut Yana dan Mia untuk subuh. Kitorang pergi mandi dan solat subuh dekat masjid uni *angkat kening tiga kali . Takdelah ramai sangat kaum hawa yang datang subuh kesurau. Adalah tiga empat kerat. Lepas tazkirah subuh, kitorang pergi jog . Cantiklah juga UTM ni . Tapi still tak leh lawan pemandangan sekolah aku dulu dan rumah . Huhu aku rindu nak jog dengan abang aku . Okeyh cukup mood acah sedih *sambil acah lap air mata gaya Dato' Vida . Then kitorang pergi breakfast dekat kantin hostel kitorang . Kantin ni campur lelaki dan perempuan . So pada awal pagi macam ni boleh nampaklah siapa yang bangun awal kan. Tengah kitorang enjoy breakfast kitorang, aku terperasan satu susuk tubuh asyik tengok kitorang or maybe aku hahaha stop perasan Ilya. Takdelah Yana dengan Mia menghadap aku dan membelakangkan mamat tu dan mamat tu pun menghadap aku . Kawan dia pun membelakangi aku. Ok maybe dia usya telinga kawan dia tu yang kau perasan dia usya kau Ilya . *facepalm . Aku pun usya-usya la jugak mamat tu tapi coverlah . Aku tengok mamat ni open sangat usyanye . Aku try tengok belakang. Ada tiang je. Lawa sangat ke tiang tu yang asyik usya je . Ke dia usya aku sebab ada yang tak kena dengan aku . Aku pegang muka . Jerawat ? Tak de . Masih peloles bak telur dikupas *mata keatas. Air liur basi? Kotlah ada sebab aku tersengguk jugak waktu tazkirah tadi . Tak de pun. Hmmmmmmmmmm. Tetibe aku terdengar suara orang gelak . Gelak slow je. Worghhh . Mamat tu gelak . Kenapa dia gelak ? Aku berfikir lagi. "Ilya...Ilya...",panggil Yana. "Ha kenapa ?",jawabku. "Eiii mengelamun la tuu. Ni kitorang dah habis makan. Jom siap. Nanti kena pergi perhimpunan.",jawab Yana. Aku mengangguk . Kitorang bangun dan letakkan pinggan kotor kedalam besen yang disediakan. Kitorang pun bergerak ke hostel. Serius aku cakap. Aku still boleh rasa mamat tu tengah usya aku sambil tersenyum pulak tu. Aku berfikir . Ke rambut aku terkeluar? *Facepalm
---
Well untuk junior yang baru masuk ni,tak kiralah sekolah menengah atau uni,still akan ada orentasi. Well bagi aku ,orentasi ni best . Ni la waktu terakhir aku nak jadi budak-budak . Ouh Ilya *facepalm lagi guys . Then kitorang pecah kumpulan mengikut tarikh lahir. Aku dan Mia satu kumpulan. Yeahh. Cun . Kelihatan Yana buat muka sebek dia dekat kitorang hahaha. Comel . Then kitorang kena pilih ketua kumpulan dengan penolong ketua kumpulan *cliche . Aku pun mulalah memerhatikan muka semua geng-geng lahir bulan Julai ni. Then aku terperasan something . Mamat ni. Mamat dekat kantin. Jodoh ke apa aku dengan dia ni ? *flip tudung . Aku perasan dia tengok aku dan aku acah macam ikat tali kasut dan tengok lantai. Aku perasanlah mamat ni gelak dekat aku . Dia gelak slow (act comel sebenarnya dia gelak) then senyum. Apalah pulak lawak yang aku buat sampai dia gelak lagi dekat aku . Then tetibe budak lelaki sebelah dia cakap . "Oklah . Kita buat bagi pemilihan ni interesting nak? Kita pilih siapa yang birthday dekat-dekat or sama,nak?".Aku tengok mamat tu. Not bad. Muka macam Iqbal sekolah lama aku guys. Tapi lagi hensem. Semua angguk . Yang perempuan nii sesetengahnya aku tengok cam tahan kencing dah . Tergedik-gedik . Then mamat tu conduct lah game kitorang. Sampai je turn 5 Julai, aku angkat tangan dengan penuh yakin . Act aku nak tayang handsock baru aku lawa hahahaha *gelak syaitan . Tapi satu benda aku terkejut . Mamat kantin tu angkat tangan jugak . Aku tengok dia. Dia tengok aku. *Btw kitorang duduk depan-depan ok. Dia senyum dekat aku . Aku terkejut . Aku rasa macam melayang jap . "Senyuman tu . DUP DAP DUP DAP. Sudah... Bunyi apa pulak ni.. Aku semput ke apa?". "Ilya ... Ilya... Kau ok tak?",tanya Mia. Aku tersedar . "Aku ok",jawabku sambil senyum kelat . Mamat yang conduct tu ambil alih balik. "Oklah. Kalau macam tu,Nizariff dan Ilya terpilih jadi ketua dengan penolong ketua kumpulan lah ok?". Senyum aku mati .
---
Aku tak boleh lah. Kenapa dengan aku ni tetibe je. "Ya Allah. Jagalah hati hambamu ni ya Allah". Aku berdoa . Dan ice breaking pada pagi tu berjalan dengan lancar . Walaupun aku jadi kalut tiba-tiba dan mamat kantin ni gelak je dekat aku . Bukan gelak annoyed guys. Gelak comel. Lepastu senyum dekat aku . Eurghhh . Apa dah jadi dengan aku?!?!
Bila aku nak balik hostel dengan Yana dan Mia,tiba-tiba ada orang panggil aku . Dia . Mamat kantin tu . Dia panggil nama aku . Aku tak pernah dengar orang sebut nama aku sesedap ni lepas mama aku panggil aku macam tu waktu aku baby dan sememangnya aku tak ingat dah . Apepun aku terkejut lah. Tetibe dia panggil aku kan. "Aku cuma nak perkenalkan diri. Yalah tadi tak sempat nak buat introduction sebab nak siapkan logo kumpulan",katanya sambil tersenyum . "Panggil aku Zaff dan ni sepupu aku, Isyraf".
YOU ARE READING
Mr. Prince Charming
RomanceTENGKU DANIEL RYQAL . This name. Kau akan terbayangkan dia masuk melalui pintu utama uni kau dengan aura dimana mata kau akan melekat dekat muka kacak dia. Kalau nak usha,ushalah. Jangan tegur dia. Dia takkan tengok kau pun. NUR ILYA QAIESARA Comel...