Dan minggu pertama kelas aku berakhir dengan baik. Well,hari-hari tengok muka Papa dekat uni so rasa lah seronok tu. Rindu pun tak sangatlah kan. Tambah-tambah lagi kelas aku pun banyak sama dengan Mia, Yana and Zaff. Sesungguhnya aku bersyukur Isy tak sekelas dengan aku *sujud syukur. Tapi, satu je benda ni. Satu je. Kenapa semua kelas aku sama dengan mamat beku ni ha *nangis. Nasiblah aku ada Mia atau Yana atau Zaff sekali kelas dengan aku. Takdelah aku lonely. Bukan nak cakap apa. Mamat ni selalu duduk dekat belakang aku. Dia berdendam ke apa pasal pintu haritu. Weyh aku tak buat apa kot dekat dia
*buat mulut itik . Dia yang patut minta maaf dekat aku kot. Huh. Sabar je lah. Nasib aku ingat lagi pesan abang aku waktu last solat maghrib satu family dekat rumah.'Sabar itu separuh daripada iman' . Eleh abang aku ni. Dia tahu tak riak tahap setan tu dosa. Mmmmm *tanduk makin panjang. Apepun conclusionnya hidup uni aku setakat ni seronok aje ok. Aku makin rapat dengan Mia dan Yana. Zaff dengan Isy pun selalu lepak dengan kitorang. Sesungguhnya Zaff dengan Isy sangatlah rapat. Aku tahulah diorang sepupu tapi how can Zaff seorang gentleman yang hensem lagi segak bergaya dan Isy pula macam samseng belakang TF Value Mart dekat kampung aku *thuglife. Isu yang harus difikirkan.Okeyh enough :') . Masa berlalu dengan pantas macam aku makan kfc dan first month aku tamat. Sekarang aku dekat rumah. Aku menanti abang aku balik. Dia dapat cuti seminggu ni so dia balik Malaysia. Bolehlah aku buli dia ajak shopping dekat Sunway *gelak tak behave. Sesungguhnya aku rindu gila dekat monyet sekor ni. Selalu vid call je bila free. Tak pun dia suka nyemak waktu aku buat live dan memalukan aku di comment. Itu biasa. Aku tak kisah. Sebab aku balas balik. HAHAHAHAHAHA. Aku ingat lagi aku post gambar dia baru bangun tido dengan pakai pajama bear kaler biru untuk wish birthday dia. Aku seronok gila sebab abang aku membebel dekat aku menandakan wish aku nak malukan dia berhasil. Tapi tak tahan lama pun. Ada ke followers aku cakap comel. Eurgh. Celah mana lah comelnye aku tak tahu dengan muka tak cuci rambut serabut. Aku rasa baju dia je yang comel . Huh. Oklah.
---
Waktu cuti aku bermula dengan baiknya. Hari ni dah hari kedua aku bercuti. Papa kata nanti next week kitorang gi holiday Mia and Yana ajak aku lepak weekend ni. Oh yeah. Diorang cakap Isy dengan Zaff pun maybe ada sekali. Oklah. Aku pun dah rindu mamat dua ekor tu tambah-tambah Zaff (erkk). Apepun cuti aku ni dapat dimanfaatkan dengan moments bahagia bersama orang tercinta *muahahaha . Ok stop bebel. Aku tekan remote tv aku. Nasib ada hawaii five-o. Boleh aku cuci mata usya McGarret yang always macho macam mmmmm (haha). Tengah aku layan McGarret tengah main tembak-tembak,aku rasa cam ada orang duduk sebelah aku. Mama. Mama tengok aku. Mama senyum . Senyuman paling indah kat dunia aku. Aku usik mama. "Eh mama nii. Seronok je nampak. Ada apa-apa ke", aku senyum gedik . Mama gelak. "Eleh. Dia yang seronok. Mama lak kena.". Mama gelak lagi . Aku buat muka pelik. "Eikk kenapa Ilya lak?". Aku buat muka suspicious. Ada something jadi ke. Mama kerling aku sambil senyum. "Nothinglah.". Mama gelak lagi. Apakah ini? Aku buat don't know je lah sebab aku yakin mama takkan citer apapun kat aku. Baik aku layan McGarret.
---
Malam tu aku gi shopping dengan mama and papa. Mama and papa kata nak beli hadiah for kawan diorang. And aku be like ok. Mama dengan papa stop dekat kedai Nike. Nak beli kasut ke mmm. Aku bermonolog. Tengah aku test satu sportshoes kaler black and white dekat sudut kedai,papa panggil aku. Aku pun dengan gaya seorang anak mithali lagi solehah dan muslimah segera menyahut dan berlari ke arah papa *buat muka toya please. "Yes papa",jawabku. Papa tunjukkan aku sportshoes kaler dark blue kepada aku. "Kamu rasa cantik tak kasut ni?",tanya papa. Aku usya kasut tu. Cantik ahh. Simple but nice. Aku anggukkan kepala comel aku. "Sesuai untuk budak umur cam kamu?",tanya papa lagi. Eikkk. Aku buat muka pelik. Kawan papa and mama ni umur berapa ni. Aku berfikir jap. "Ilya". Papa tegur aku. "Oh sesuai .",aku jawab cepat. "Mmm oklah sebab kamu kata yang ni cantik papa beli ni jelah",kata papa. Aku terkejut. Cepat-cepat aku tahan papa. "Eh Ilya cakap je lawa. Kot ada yang lain lagi lawa ke",aku senyum menampakkan gigi putih kesan nucifera. Papa tengok aku. "Kalau camtu kamu rasa mana lagi lawa?",tanya papa. Erkkk. Mana ha lawa? Adoo. Patutnya biar je papa beli kasut tu. Tetibe aku teringat kasut yang aku try tadi. Ha bolehlah. Kasut tu cun dah. Aku gi ambik kasut tadi. Aku hulurkan pada papa. "Yang ni",kataku dengan senyuman paling manis dekat dunia *mata keatas. Papa tengok kasut tu. Papa senyum. "Oklah papa amik yang ni je lah sebab kamu yang pilih". Aku ternganga. Ayoyoyo. Nak terharu ke nak nangis ni idea aku diterima oleh papa. Selalunya papalah yang paling membangkang idea fashion aku sebab ya lah papa dengan fashion zaman lama dan aku dengan zaman akhir dunia *hahahaha.
Tiba-tiba,mama datang dekat kitorang. "Ha camna? Dah dapat dah?",tanya mama. Papa tengok mama. "Ha dapat dah". Papa dengan mama senyum. "Ha jomlah bayar. Then kita pegi makan",kata mama. Alhamdulillah . Perut aku pun memang dah lapar tahap puasa sebulan ni.Then, tetibe papa bisik dekat mama . Something. Something suspicious. Apa ni . Mama dengan papa senyum. Mama tengok aku. "Ha Ilya . Pegilah test kasut ni. Beli satu untuk kamu jugak",arah mama. Aku terpana bagaikan ternampak jodoh aku berlari ke arah aku *gedik haha. Then aku terus ikut cakap mama. Entahlah. Aku tak boleh berfikir. AKU TENGAH LAPAR. Waktu nak bayar tu aku perasan papa beli dua kasut yang aku pilih. Saiz aku dan saiz yang tak dapat dikesan. Mama and papa senyum je. Bahagia betul mama dengan papa malam ni. Mmmmmm. Ok malas fikir. Pizzahut, i'm coming. *jalan penuh bangga.
YOU ARE READING
Mr. Prince Charming
RomansaTENGKU DANIEL RYQAL . This name. Kau akan terbayangkan dia masuk melalui pintu utama uni kau dengan aura dimana mata kau akan melekat dekat muka kacak dia. Kalau nak usha,ushalah. Jangan tegur dia. Dia takkan tengok kau pun. NUR ILYA QAIESARA Comel...