w9

44 5 0
                                    

Sebaik sahaja aku sampai dirumah, aku menuju kebilik dan merebahkan badan aku diatas katil yang empuk.

Kejadian tadi mula bermain difikiran aku.

"Jimin kenapa kau tak makan dengan kitorang"

Jin hyung bertanya.

"Chim ada hal"

"Kau dengan tae gaduh ke?"

"Tak lah. Kenapa?"

"Korang tak selalu sama-sama sekarang ni"

"Tak bermakna kitorang gaduh"

Tiba-tiba aku terlihat taehyung lalu dihadapan aku dengan namjoon hyung.

Dia memandang kearah aku dan menjeling. Badan aku terus menggeletar. Aku tak suka kalau taehyung pandang aku macam tu. Dia dah benci aku ke.

Aku berlalu ketandas. Suara jin hyung yang memanggil nama aku, aku abaikan.

Aku menangis sepuas-puasnya didalam tandas.

Aku mengesat air mata aku. Aku nangis lagi. Aku bangun dan menuju ke bilik air untuk membasuh muka.

Sebaik sahaja aku membasuh muka. Aku melihat kearah tangan aku. Kenapa ada warna merah? Aku nangis air mata darah ke?

Aku melihat kearah cermin. Mata aku membuntang. Ada darah mengalir keluar dari hidung aku.

Cepat-cepat aku bersihkan darah tu. Nanti omma nampak, bertambah risau pulak dia.

Sebaik sahaja aku bersihkan diri, aku merebahkan diri aku diatas katil. Dan akhirnya terlelap bersama air mata yang mengalir di pipi.

🔸🔸🔸

why▶ⓥⓜⓘⓝ◀Where stories live. Discover now