Bab 20

8K 161 9
                                    

Flasback still on~

Raf berjalan tak tentu arah. Ya dia baru sahaja pergi dari rumah keluarganya dan sekarang tidak tahu harus pergi ke mana.

Banyak kali Raf mengeluh atas nasib yang menimpanya.

Kenapa!! Kenapa nasib malang selalu menyebelahinya?? Memang salah dia apa sampai semua yang dia banggakan hilang serta merta.

Papa selalu ada di sisinya ketika dia senang atau sedih tapi sekarang papa sudah tidak ada lagi. Papa lebih sayangkan abangnya daripadanya.

Raf menangis seumur hidupnya dia menangis kali yang kedua setelah kematian mama.

'Ma. Kenapa nasib Raf selalu seperti ini? Salah Raf apa ma? Raf rindu mama. Raf sayang mama. Raf sayang semua orang yang selalu ada dengan Raf tapi sekarang semua orang yang Raf sayang pergi satu demi satu.

















Raf bekerja di sebuah restoran bagi menampung kehidupannya. Sekarang dia menetap di sebuah rumah yang sederhana kecil sangat muat untuk dirinya.

Raf belajar bersungguh sungguh sehingga berjaya. Dan membuka sebuah syarikat yang sangat gah.

Ya semua hasil titik peluhnya dan papa juga membagi sedikit sahamnya yang memang untuk Raf.

Papa sudah tidak mampu untuk uruskan syarikat jadi dia serahkan kepada Izwan.

Papa pada mulanya mahu serahkan kepada Raf tapi Raf menolak kerana dia sudah memiliki sebuah syarikat yang sangat berkembang maju.

End flashback~~~

"Kau nak apa lagi Izwan. Kau dah dapat apa yang kau nak. Sekarang kau nak apa lagi."

"Heh!! Ya aku dapat apa yang aku nak semua! Papa, syarikat, kemewahan dan kehancuran hidup kau tapi sekarang tak!! Kau tak hancur aku tengok sebab tu aku culik dia. Aku rasa hidup kau lagi hancur kalau dia tak ada. Betul tak??"Izwan tersenyum sinis ke arah Raf yang merenungnya tajam.

"Kau!! Aku tak akan biarkan kau hancurkan hidup aku lagi Izwan!! Cukup lah kau hancurkan hidup aku dulu tanpa papa tapi sekarang tak!! Aku tak akan berdiam diri sama macam dulu. Aku bukan Raf yang dulu yang selalu ikut telunjuk kau!"

"Wow!! Ya aku tahu tu. Aku nak tengok sejauh mana kau boleh pertahankan dia."dia tersenyum senget.

Raf berlalu ke arah pintu yang bertutup rapat.

Masuk sahaja ke dalam matanya terbeliak melihat apa yang terpampang di hadapan matanya.

Keadaan Khai yang lebam sana sini. Luka, calar dan darah yang banyak. Dan yang paling dia terkejut mulut Khai yang terkeluar buih buih putih.

Cepat cepat dia mencempung tubuh ringan Khai dan membawanya keluar dari rumah itu dan meluncur laju menuju ke hospital yang terdekat.

Raf menarik narik rambutnya sehingga menjadi kusut masai.

Sekarang dia tengah menunggu keadaan Khai daripada doktor yang merawatnya.

'Tak guna kau Izwan!! Kau racunkan dia!! Nasib aku datang cepat kalau tak memang aku tak sempat nak selamatkan Khai.'

"Encik Rafael!"panggil doktor tersebut.

"Ya saya! Dok macam mana keadaan dia! Dia selamat kan doktor!"tertubi tubi Raf bertanya kerana risaunya menguasai dirinya.

"Ikut saya ke bilik saya."doktor tersebut berkata dan Raf hanya menurut untuk mengetahui perkembangan Khai.

"Alhamdulillah dia dah stabil. Tapi badan dia sangat lemah dan banyak kesan luka luka yang masih baru. Saya rasa dia dipukul setiap hari dan dia langsung tak diberi makan apatah lagi minum. Jadi saya sarankan Encik perlu lebih berhati hati supaya tidak menjadi lebih teruk."Raf hanya mengangguk mendengar ucapan doktor tersebut.

"Kalau dia tersedar nanti Encik harus bagi dia minum air yang secukupnya kerana badannya kekurangan air saya sudah masukkan air ke dalam badannya tapi hanya untuk sementara jadi Encik perlu bagi dia minum air yang cukup supaya badan dia tak jadi lebih lemah."

"Baik doktor. Bila dia akan sedar dok?"tanya Raf.

"Sehari atau dua hari lagi mungkin dia akan sedar itu bergantung pada stamina badan seseorang."

"Ouh sebelum saya terlupa. Ni pasal racun yang ada dalam badan dia. Nasib baik Encik cepat bertindak kerana racun yang disuntik ke dalam badannya sudah mengalir di dalam darahnya hanya sedikit sahaja mahu ke arah jantungnya kalau tidak dia akan meninggal secepat mungkin."

Raf bernafas lega kerana kesihatan Khai sudah semakin pulih hanya menunggu masa untukya sedar sahaja.

Soal Izwan dia sudah ditahan oleh pihak polis kerana banyak melakukan kesalahan jenayah.

Nasib menyebelahinya. Kalau tidak Khai ke mana Izwan ke mana.

Raf juga sangat berpuas hati dengan hasil kerja orang suruhannya.

Sekarang semua sudah kembali pulih dan semakin membaik.

Raf sangat senang dan gembira. Hanya risau akan kesihatan Khai.

Dia perlu bersabar untuk menunggu Khai sedar.

Raf sedang duduk di sisi Khai yang sudah dipindahkan ke bilik VVIP. Ini semua arahan dari Raf. Jadi jururawat hanya menurut kehendaknya sebagai ahli keluarga pesakit.

Raf setiap hari menunggu Khai di biliknya agar dia orang yang pertama Khai nampak ketika dia sedar.

























How??^.^
Hope you guys like it~.~
Tq for comment,vote and read it guys^.<
Sis akan selalu update kalau ade yang sudi mengoment ye^.^
Sis tak harap pon korang semua komen cukup sorang dua sis pon ok
So enjoy it guys^.<

Okay first of all citer sis ni celaru dan lari sikit dari asalnya harap korg boleh trime la yee maaf sangat

HOT'S GUY (bXb) ✓Where stories live. Discover now