Aku berjalan di Pekan Kajang tanpa hala tuju. Aku tak tahu nak kemana lagi, aku buntu sekarang. Ayah sudah bencikan diri ini, sekarang dia tak mahu terima aku kerana kisah silam aku yang pahit. Dia anggap aku umpama orang asing dari keluarga itu. Aku sedar kesilapan yang aku dah lakukan, kenapa aku langsung tak terfikir dahulu?. Sekarang aku terima kifarahnya sendiri, aku menyesal sangat.
Aku berhenti di sebuah lorong gelap dan aku terus melabuhkan diri sambil meratapi masalah yang aku hadapi kini. Kepalaku semakin serabut memikirkan tentangnya. Tiba tiba ada sekumpulan lelaki India datang kepada aku, dalam keadaan mabuk dengan satu pekat serbuk putih ditangan. Aku dah Agak itu mesti dadah. Mereka sekumpulan berhenti di hadapan aku, aku seolah olah dikepung.
"Heyy you kenapa sedih sedih ni? "Kata salah seorang dari mereka.
"Saya ada masalah""Haiiyahh lu jangan banyak fikir masalah, mari kita enjoy enjoy sama wa punya kawan. Kita relax relax, kita ada ubat untuk hilangkan stress you "katanya lagi sambil mengeluarkan satu paket dadah dari poket seluarnya
"Errkk tak apa, saya tak nak. Saya boleh handle sendiri"aku menolak pelawaan mereka
Mereka menjadi berang dan memaksa aku untuk makan serbuk dadah itu juga.
"Kalau you tak mau i kasi potong you punya kepala"
Aku semakin takut dan aku bingkas bangun dan cuba untuk mengambil serbuk paket dadah tersebut. Mereka senyum sahaja dengan keadaan mabuk. Kini paket tersebut berada di tangan aku, tanpa mereka jangka aku telah melemparkan paket tersebut ke muka ketua mereka lantas terus berlari.
"Tak guna punya budak, you semua kejar dia!! "Dia mengarahkan ahlinya
Aku berlari tanpa menghiraukan apa yang terjadi, aksi parkour semua aku lakukan untuk mengelakkan diri ditangkap oleh mereka. Aku tak mahu rosak lagi, cukup sekali aku telah memalukan keluarga aku dan aku tak mahu mencalarkan imej keluarga kembali. Aku juga tak mahu masuk ke pusat pemulihan semula kerana aku tidak tahan dibuli lagi. Ya Allah, bantu aku untuk bebas daripada dugaan ini.
Mereka tetap mengejar aku tanpa henti, mereka juga berlari dengan sangat pantas. Mungkin kerana kesan daripada pengambilan dadah tersebut yang membuatkan mereka sangat pantas. Aku semakin penat, aku sudah mengah dan tidak tahan lagi mahu berlari. Tiba tiba datang satu kereta Proton Saga berhenti dihadapan aku lalu dia membuka tingkap keretanya.
"Masuk cepat! "Katanya dengan emosi yang Agak cemas
Aku tanpa berlengah-lengah lagi terus masuk ke dalam kereta tersebut. Kereta itu memecut laju meninggalkan mereka yang mengejar aku seketika tadi. Aku menarik nafas panjang kerana baru sahaja puas berlari.
"Terima kasih bang sebab selamatkan saya"aku mengucapkan terima kasih kepadanya.
"Sama sama dik"dia membalas ringkas
"Errmm kenapa abang selamatkan saya? "Aku bertanyakan soalan kepadanya kerana aku hairan kenapa dia menyelamatkan ku
"Abang perhatikan kamu dari jauh tadi, abang tengok kamu ada masalah. "
Dia seakan akan faham situasi aku, aku menarik nafas panjang lagi dan menghembus perlahan.
"Ye bang, saya ada masalah sekarang ni. Saya pun tak tahu nak buat apa sekarang. "
Dia memandang aku seketika dan kembali menumpukan kepada pemanduannya
"Boleh kamu cerita apa masalah kamu? Oh ye sebelum itu apa nama kamu? Dan masih bersekolah lagi ke? "
"Nama saya Fahmi, dan umur saya 17.tapi,saya dah tak bersekolah" aku kembali menundukkan kepala aku.
"Tak sekolah? Kamu ada masalah keluarga ke? " dia hairan kerana aku mengatakan yang aku sudah tidak bersekolah.
"Erkk, ye bang. Saya ada masalah keluarga"
"Boleh kamu cerita sikit apa masalah kamu? " dia meminta pendapat daripada aku untuk menceritakan masalah yang aku hadapi.
"Sebenarnya begini abang, saya ada kisah silam yang pahit. Abang tahu, saya pernah buat benda tak elok pada guru saya dan secara tak langsung ia sudah mencalarkan imej keluarga saya dan sekarang bapa saya dah buang saya dari keluarga dan dia tak mahu saya balik ke rumah dia lagi. Dan sebenarnya saya baru sahaja tamat tempoh pemulihan akhlak. Saya rasa pasti abang pun rasa jijik dengan apa yang saya buat dan saya rasa abang pun tak sukakan saya"
Dia diam dan buat muka selamba.
"Abang tak rasa jijik pun dengan kamu"dia balas selamba
Aku terkejut, apa? Tak mungkin dia tak rasa apa apa. Atau dia ni hati kering?
"Takkan abang tak rasa apa apa kut? "Aku bertanyakan kepadanya dengan perasaan hairan
"Apa? Kamu nak suruh abang rasa macam mana? Rasa geli dengan perbuatan kamu tu? Banyak lagi orang dekat luar sana yang lebih teruk dugaannya selain kamu. Apa kamu rasa kamu putus asa? "
Aku tersentak dengan jawapannya seketika tadi. Dia berkata ikhlas dari hatinya, aku tidak tahu. Kata katanya menusuk ke dalam qalbu.
Dia meneruskan percakapannya
"Kamu masih muda Fahmi, dugaan sebegini adalah permulaan bagi kamu. Sepatutnya memang kamu tak patut pun lalui dugaan yang macam ini, tetapi Allah nak uji kamu di umur yang tak sepatutnya kamu lalui benda ini. Allah sayangkan kamu"Aku diam kaku membisu, aku sudah tidak berdaya lagi untuk berkata kata. Memang benar semua yang dia katakan.
"Jadi kamu tidak ada tempat tinggallah ye? "
"Ye bang, saya dah tak tahu kemana nak pergi dan saya nak tanya kenapa abang selamatkan saya? "Aku mengajukan soalan yang dari tadi lagi berlegar-legar di ruang fikiran.
"Heh, kamu akan tahu nanti kenapa abang selamatkan kamu. Jadi buat sementara waktu ini kamu duduk sahaja dengan abang"dia mempelawa aku untuk tinggal bersamanya.
Aku menganggukkan kepala tanda setuju. Dia memecut laju keretanya menghala ke Hulu Langat.
YOU ARE READING
Berikan Aku Peluang Kedua
Action"Pelajar tak sedar diri! "itulah tajuk yang digunakan untuk penyeri muka hadapan akhbar terkemuka pada tahun 2014. Aku Fahmi berumur 17tahun dan pada tahun ini aku akan menduduki peperiksaan SPM. Tapi pada tahun ini jugalah aku baru sahaja tamat tem...