Aku mengikut abang Naim ke sebuah bilik pelajar yang terletak berhampiran sungai. Waktu itu angin bertiup sepoi sepoi bahasa dan ditambah dengan bunyi air sungai mengalir serta pokok pokok yang redup menutupi kawasan itu, hanya samar samar cahaya yang menembusi setiap ruang pada daun daun pokok. Allahuakbar,indahnya suasana itu tanpa dapat aku ungkapkan.
"ini bilik kamu, kamu akan duduk dengan pelajar pelajar 17 tahun. Abang Aim harap kamu akan selesa duduk disini, maaflah sebab sini bukan macam rumah orang kaya. Apa apa nak buat boleh buat sendiri, abang tak tanggung kecuali makan minum dan pakaian kamu"kata Abang Naim sambil membuka lampu di dalam bilik tersebut dan menunjukkan katilku
"tak apa lah abang Aim, saya rasa ini pun dah cukup. Sekurang kurangnya ada yang masih membuka peluang untuk saya mengubah diri saya. Lagipun sewaktu di dalam pusat pemulihan pun saya dah diajar untuk berdikari" aku meletakkan beg ku di dalam locker sambil duduk di atas katil.
"baguslah macam itu, apa pun tak lama lagi waktu makan dan solat zohor. Pergi mandi dulu dan siap, datang tepat pukul 12:30 ye. Jangan lambat, kalau kamu nak mandi sungai pun boleh tapi hati hati ye. Semua alatan mandi ada di dalam locker dan pakai jubah putih yang dah disediakan. Jangan lupa juga serban yang abang Aim dah sediakan. "kata abang Naim dengan panjang lebar
Aku menganggukkan kepala, abang Naim keluar dari bilik itu dan aku segera mengambil alatan mandi dan juga tuala menuju ke tandas yang ada di dalam bilik tersebut.
************************************
Aku siap dengan jubah putih aku dan juga kopiah berwarna putih juga. Wah, aku rasa diri aku nampak menarik sebegini tapi bagaimana aku nak pakai serban? Aku dah penat lilit lilit tetapi tidak jadi juga. Haishhh peningnya aku, aku tak pernah pakai serban selama aku hidup. Tengok orang pakai serban ada lah. Tiba tiba seseorang budak yang sebaya dengan ku masuk ke dalam bilik dan menuju ke locker miliknya, seraya dengan itu tiba tiba dia memandangku tajam. Aku terkejut dengan pandangannya tetapi aku berpura pura seperti tiada apa apa sambil cuba untuk melilit kain serban aku. Dia datang menghampiri dan sekarang betul betul ada depan aku, dengan mukanya yang ada parut siapa tak takut.
"Assalamualaikum,budak baru eh dekat sini? " dia melemparkan senyuman kepadaku dan menghulurkan tangan
Terkejut juga aku dengan senyumannya lantas aku membalas salamnya dan menyambut tangannya untuk bersalaman
"saya tengok awak ni bagai ada masalah sahaja, tak pandai pakai serban ye? "katanya dengan muka tak lekang dari senyuman
"haah, saya dah penat dah lipat lipat tapi tak jadi juga"kataku dengan menghembuskan nafas yang panjang
"hehe awak silap ni,mari sini saya tunjuk cara"dia mempelawa dirinya untuk menunjukkan cara cara melilit dan melipat serban dengan betul
Aku memerhatikan dengan penuh khusyuk sekali, sebab ini adalah kali pertama aku memakai serban jadi inilah masa untuk aku belajar serba sedikit tentang orang orang yang memakai serban ini. Selepas siap dia melilit serban ku di kopiah yang dipakai olehku. Akhirnya siap dan kemas juga serban yang dia lilit,memang cantik dan kemas lilitannya.
"hah kan dah nampak cantik,baru betul serban ni"dia kelihatan berpuas hati
"hehe, saya memang tak pernah pakai serban seumur hidup saya jadi inilah kali pertama saya pakai"kataku sambil menundukkan mukaku. Terasa diri ini kerdil sangat
"awak tak perlu risau, saya dulu pun sama macam awak. Mula mula memang begini tapi lama kelamaan kita akan biasa. Sebab nasib kita di sini sama sahaja"katanya sambil memejamkan mata
"nasib kita sama? Maksud awak? "aku merasa hairan kerana ayatnya tergantung disitu
Dia menggelengkan kepala sambil tergelak sinis dan menjawab"tak ada apalah, dah jom siap ke dewan makan. Nanti lambat kena marah pula. Lepasni selepas makan dan sebelum solat kita ada slot bersama ustaz Nawawi."
Aku hanya diam sahaja dan terus bangun mengikutnya keluar dan menuju ke dewan makan. Sewaktu hendak menutup pintu dia bertanya kepadaku
"sebelum saya terlupa, apa nama awak? "
"nama saya Fahmi, nak panggil Amy pun boleh"kataku sambil memperkenalkan diri
"nama saya Azrul, boleh panggil Rul kalau nak"katanya juga sambil memperkenalkan diri
Aku dan dia berjalan menuju ke dewan makan, banyak benda kami bualkan. Tentang keadaan disini, tentang guru guru disini dan juga tentang masa silam tetapi dia enggan menceritakan jadi aku juga diam sahaja. Setibanya kami di dewan makan aku berasa amat teruja, keadaan disini tidak seperti di sekolah biasa. Disini mereka di didik untuk diam semasa mengambil makanan, memang penuh disiplin pelajar disini. Teringat akan diriku sewaktu zaman nakalku, membuat kecoh dan kacau di kantin sekolah bersama geng geng aku yang dahulu. Sekarang geng geng itu entah bagaimanalah jadinya. Selesai makan aku dan Azrul bergerak menuju ke surau, seperti yang Azrul katakan sebelum solat ada slot tazkirah daripada Ustaz Nawawi.
Aku duduk di barisan hadapan bersama sama dengan pelajar lain, yang membuat diriku amat terkejut orang yang duduk sebelah aku bukannya budak budak tetapi seperti lelaki yang berumur 20 tahun keatas. Tetapi fikiran ku positif sahaja, mungkin dia ialah seorang guru tapi guru takkanlah seramai 30 orang.
"assalamualaikum wbt, semua boleh dengar? "ustaz Nawawi memulakan biacaranya melalui mic yang disediakan
Semua serentak menjawab salam dan 'ya' termasuk pelajar pelajar perempuan yang dibelakang.
"harini slot ceramah kita ialah tentang impian. Saya nak buat harini sempoi sempoi sahaja dan saya nak awak semua memperkenalkan diri dan impian kamu, boleh? "kata ustaz Nawawi lagi
Semua serentak lagi menjawab 'ya ustaz' dan ustaz mengarahkan yang dibahagian hujung untuk bangun dan memperkenalkan diri. Sebenarnya aku malu, kerana aku tidak mempunyai impian dan matlamat dalam hidup sejak dari kecil lagi.
"nama saya Abdul Hussien berumur 29 tahun dari Sabak Bernam Selangir dan impian saya ialah ingin menjadi orang yang berguna untuk ibu dan bapa saya"kata orang yang pertama bangun.
Betulkah apa yang aku dengar? 29 tahun? Dia merupakan pelajar disini? Aku bagaikan tidak percaya, adakah disini adalah tempat menuntut ilmu tanpa mengira lapisan umur? Aku terdiam sendiri. Patutlah mereka kelihatan matang dan besar, rupanya sudah lanjut usia.
Setelah 5orang memperkenalkan diri kini tibalah giliran aku, aku ini sudah tidak pandai berkata kata di khalayak ramai dan aku tidak mempunyai impian aku sendiri tetapi aku gagahkan diri juga untuk bangun dan berkata dengan nada tersekat sekat
"errmn saa... Saaa..erkk yaaa Fah fahh fahh...mi. uuumuur 17 tatatatatahun dannn erkk dan erkk berasal dadadari Kajang. Ermmn"
Muka ustaz Nawawi nampak tenang dan semua yang berada disitu juga tenang, kalau di sekolah biasa mahu aku digelak oleh pelajar. Aku berhenti bercakap, aku tidak tahu apa nak dikatakan.
"jadi apa impian kamu? "kata ustaz Nawawi.
"sa.. Saya tak ada impian sejak kecil"aku memandang kebawah sambil mengenggam tanganku
"kenapa pula? "kata ustaz Nawawi sambil menongkatkan tangannya di meja.
"saya, tak tahu ta ta tapi memememang saya tak ada impian"
Ustaz Nawawi faham lantas dia menyuruh aku duduk.aku malu, malu dengan diri aku. Kenapa aku tidak memikirkan tentang impian aku selama ini. Disebabkan aku tidak mempunyai impianlah aku rosak dan akhirnya aku dah musnahkan seluruh kehidupanku, adai kata aku dapat mengubah semula masa silam aku ingin memperbetulkan silap aku yang dahulu.
YOU ARE READING
Berikan Aku Peluang Kedua
Action"Pelajar tak sedar diri! "itulah tajuk yang digunakan untuk penyeri muka hadapan akhbar terkemuka pada tahun 2014. Aku Fahmi berumur 17tahun dan pada tahun ini aku akan menduduki peperiksaan SPM. Tapi pada tahun ini jugalah aku baru sahaja tamat tem...