Dalam perjalanan yang memakan masa satu jam setengah untuk ke Hulu Langat akhirnya kami tiba di sebuah sekolah pondok yang Agak terpencil ke dalam hutan. Kawasan sekeliling hanya dipenuhi pohonan hijau yang menyamankan dan memang sesuai untuk menghilangkan rasa stress. Sejak di dalam kereta aku masih memikirkan apa yang abang ini cuba nak sampaikan kerana ayatnya tergantung ketika aku berbual dengannya malah selepas aku berbual dengannya itu dia membisukan diri sahaja. Aku malas nak buka cerita sebab aku tak ada idea nak berkata apa apa. Kami memasuki pintu pagar sekolah pondok tersebut dan kelihatan pelajar pelajar pondok sedang beriadah dan beristirehat tetapi itu bukanlah sasaran mata aku ini. Sasaran mata aku ialah sekumpulan lelaki yang berjubah serta memakai serban yang sedang mendengar tazkirah di pondok berhampiran padang tempat pelajar beriadah.aku berfikir sejenak, mungkin itu guru guru mereka yang sedang mendengar tazkirah. Kereta yang dipandu oleh abang itu meletakkan kenderaan di tempat letak kereta, tiba-tiba kelihatan seorang wanita berjubah serta mengenakan tudung labuh keluar dari salah sebuah rumah kayu yang dibina disitu. Dia berjalan menghala ke kereta kami dan kami pula segera keluar dari perut kereta, lantas dia mencium tangan abang itu. Mungkin itu suaminya jikalau tidak kenapa dia nak cium tangan abang itu, itulah perkara yang bermain di mindaku.
"Assalamualaikum abang" dia memberi salam kepada abang itu
"Waalaikumsalam sayang, ni abang ada beli barang sikit untuk budak-budak dekat sini. Sayang masakkan untuk mereka semua ye? " dia menjawab salam isterinya sambil membuka bonet kereta
Isterinya tersenyum dan ikut patuh dan tiba-tiba isterinya memandang aku, dia merenung mukaku dengan tajam dan akhirnya dahinya berkerut bagai ada sesuatu yang ingin dia tanyakan kepada suaminya.
"Ni siapa bang? "Kata isterinya sambil menunding jari ke arah aku
"Ohh dia ni abang jumpa waktu abang beli barang dekat metro kajang. Dia akan tinggal dekat sini buat sementara waktu, nanti abang cerita dekat sayang ye"suaminya membalas pertanyaan sambil menggosok kepala isterinya yang rendah daripadanya.
Isterinya tersenyum manis, bertuah betul akak ni dapat suami yang penyayang macam abang itu. Isterinya mengangkat beberapa bungkus barang yang berada di dalam bonet kereta dan membawanya ke dalam rumah mereka. Abang itu kemudiannya memanggil beberapa orang pelajar pondok yang sedang beriadah untuk membantu isterinya mengangkat barangan dapur itu. Sebenarnya ada sesuatu yang aku ingin tanya kepada abang itu, apa motif sebenar dia membawa aku ke sini dan aku masih tertanya tanya apakah namanya.
"Abang, saya sebenarnya ada beberapa soalan nak ajukan dekat abang" aku membuka mulut untuk bertanya
"Apa dia? "Jawabnya ringkas
"Apa nama abang eh? Saya lupa nak tanya pada abang dan lagi satu apakah motif abang bawa saya ke sini? "Aku bertanyakan dia dua soalan dan aku harap dia dapat menjawabnya
"Oh maaf sebab abang tak beritahu nama abang, nama abang ialah abang naim. Boleh panggil abang aim"dia menjawab soalan ku yang pertama
Aku menganggukkan kepala dan dia meneruskan menjawab soalan aku yang kedua.
"Menjawab soalan kamu yang kedua dan ini juga ada kaitan dengan soalan kamu sewaktu di dalam kereta. Kamu sedia? "Katanya lagi tapi jawapannya seakan-akan membuat aku tidak sabar ingin mendengarnya
Aku angguk lagi, kali ini mukanya kelihatan sedikit tegas
"Abang sebenarnya ialah pengasas Maahad Raudhatul Sakinah ini. Abang ialah pengetua di sini dan abang ialah pemilik asal Maahad ini, tujuan abang bawa kamu ke sini adalah untuk kamu tingkatkan amal ibadah kamu dan untuk berbakti kepada agama. Kamu tahu, ramai orang di luar sana yang hidupnya lebih derita dari kamu. Sebagai contoh diri abang sendiri, abang sebelum buka Maahad Raudhatul Sakinah ni abang ialah seorang ahli gengster. Percaya atau tidak itu terserah kepada kamu tetapi selepas abang di tangkap dan dihukum penjara abang sangat sangat menyesal dan abang bersyukur sebab Allah ringankan hukuman abang. Sampai bila abang keluar daripada penjara ramai ahli kongsi gelap cari abang sebab abang juga adalah pengedar dadah dan mereka nak bunuh abang kerana mereka tuduh abang yang rosakkan plan mereka sebelum abang ditangkap. Bukan itu sahaja dik, abang juga turut dibenci dan dihalau oleh orang ramai kerana mereka pandang abang lebih jijik dari masalah kamu. Selain itu isteri abang, kamu lihat dia sebagai seorang muslimah yang alim padahal kamu tahu tak sebelum ini dia ialah seorang pelacur dan dia dipaksa bersetubuh 24 jam sehari. Kamu bayangkan betapa malunya diri dia bila orang hina dia pelacur tak ada otak dan Alhamdulillah abang bertemu dengan dia ketika dia pengsan di tepi jalan akibat penat diperkosa setiap hari oleh berpuluh ribu orang lelaki tanpa kerelaannya. Alhamdulillah juga kerana abang berjumpa dengan seorang tuan guru, dialah yang membantu abang dalam mendekatkan diri kepada agama. Dia juga yang memberi abang duit untuk membantu abang mendirikan maahad ini dan dia juga yang menyatukan abang dengan isteri abang. Di waktu orang semua memandang abang hina masih ada lagi sanggup terima abang dan abang nak cakap orang orang yang belajar disini pun bukannya orang yang alim yang kamu sangkakan. Mereka juga mempunyai nasib yang lebih teruk dari kamu. Jadi disebabkan itulah abang kata pada kamu Fahmi, kenapa abang perlu nak jijik dengan masa silam kamu sedangkan ramai orang mempunyai masa silam yang lebih teruk berbanding kamu. Jadi abang bawa kamu ke sini supaya kamu mencari identiti kamu sendiri dan abang nak kamu mendekati Allah hingga bila kamu benar benar sedia untuk berhadapan dengan ibu bapa kamu semula. Buat sementara waktu ini anggaplah ini rumah kamu"
Kata katanya memang membuatkan aku benar benar tersentak. Aku sangat sangat terharu dengan apa yang dia sampaikan. Mungkin inilah pertolongan yang Allah berikan kepada aku, sesungguhnya aku masih mempunyai harapan untuk meneruskan hidup aku. Aku benar benar bersyukur dengan apa yang berlaku, sesungguhnya perancangan Allah itu amat rapi. Aku lantas memeluknya sambil mengucapkan terima kasih, manik putih mula membasahi pipi ku. Dia menepuk belakangku lalu menyuruh aku untuk pergi menukar pakaian. Ini ialah anugerah yang terindah Allah hadiahkan buat diriku.
YOU ARE READING
Berikan Aku Peluang Kedua
Action"Pelajar tak sedar diri! "itulah tajuk yang digunakan untuk penyeri muka hadapan akhbar terkemuka pada tahun 2014. Aku Fahmi berumur 17tahun dan pada tahun ini aku akan menduduki peperiksaan SPM. Tapi pada tahun ini jugalah aku baru sahaja tamat tem...