Waktu untuk semua orang riadah pun sudah bermula, ramai yang pergi ke kantin untuk makan dan pergi salin pakaian nak pergi bersukan tapi aku cuma ambil sedikit sahaja makanan di kantin dan duduk di pondok berdekatan sungai. Aku mengelamun tentang hal itu, kenapa aku langsung tak terfikir tentang aku punya impian selama ini. Kenapa aku terlalu bebal kerana tak fikir langsung tentang masa depan, mungkin sebab itu aku buat benda terkutuk itu pada guru aku.
Sedang aku mengelamun memikirkan hal itu tiba tiba datang seorang pelajar yang sama sama belajar disitu.
"assalamualaikum"dia memberi salam sambil bersalaman
"Waalaikumsalam"aku menerima jabat tangan darinyaOrangnya lebih tua dari aku, lebih kurang 19 tahun macam itu, rendah rendah begitu. Dia mengambil tempat disebelah aku sambil menghela nafas panjang
"pelajar baru kan? Lama mengelamun"dia membuka bicara sambil memandang mukaku
Aku mengangguk tetapi mataku masih lagi tepat memandang anak sungai yang mengalir tenang. Dia seakan tidak putus asa walaupun hanya sekecil itu sahaja jawapan yang aku berikan, tak biasa dengan mereka lagi.
"Nama siapa? "dia mengajukan soalan lagi
"Fahmi"aku berkata ringkas sambil menundukkan kepala dengan kaki yang sedang berayun kedepan dan kebelakang
"ohh, nama aku Razman. Nak panggil Raz boleh nak panggil Man pun boleh"Dia pula memperkenalkan diri dengan matanya tepat memandang mukaku. Senyuman juga tak lekang dari bibirnya
Aku hanya mampu mengangguk sahaja, aku tak mampu nak jawab apa apa. Dengan kepala aku tengah serabut dia puka datang dekat aku nak kenal kenal. Dia seolah olah faham situasi aku.
"kau ada masalah ke? "dia bertanyakan soalan kepada aku dengan mula memandang kehadapan
"Errmn, tak ada lah"aku cuba untuk selindungkan masalah aku.
"kau janganlah cuba berdalih, kau cakaplah kalau kau ada masalah. Lagipun, kita ni dah macam keluarga yang besar. Kita semua yang ada dekat sini semua sama, dan aku tahu kau ada kisah silam yang buruk macam mana aku dan yang lain lain. Kalau nak ceritakan masalah cerita jelah"
Dengan kata katanya itu, seakan akan membuka hati aku untuk bercerita.tapi aku takut, andaikata dia sengaja nak ambil berat pasal aku untuk sebarkan pada orang lain itu dah akan mencemarkan maruah aku sendiri. Hati aku merintih, dari aku terus berdiam ada baiknya aku lepaskan. Sekurang kurangnya hati aku tenang.
"Ye aku ada masalah, aku terkenang pasal Ustaz Nawawi cakap tentang impian. Aku malu dengan diri aku, sebab selama ini aku langsung tak pernah ada impian sampai akhirnya aku rogol cikgu aku sendiri. Dengan usia aku yang baru je nak menempuh dunia baru, aku dah rosakkan hidup aku. Aku rasa malu dengan diri aku, aku menyesal" aku meluahkan segala isi hati aku dan mengambil sekecil batu lalu membalingnya ke dalam sungai
Dia mendengar dengan teliti lalu tersenyum. Dia memandang kearah aku seperti ingin berkata sesuatu.
"sebenarnya kau tak perlu pun untuk rasa malu sebegitu" dia juga mengambil batu dan membalingnya ke dalam sungai.
Aku memandang dia dan buat muka berkerut. Kenapa dia bercakap macam tu, aku sendiri tak faham. Tiba tiba dia gelak, seakan akan lucu bila dia bercakap sebegitu
"mesti kau rasa pelik kan? Tapi inilah realiti. Kau tak kurang pun macam orang lain, masing masing sama je termasuk aku yang baru masuk kesini. Kalau nak banding masalah kau dengan masalah aku lagi besar, memang setiap hari Ustaz Nawawi akan mengajukan soalan tentang impian.Waktu mula mula aku disini pun aku sama je macam kau" Dia menghembuskan nafas yang panjang dan memulakan semula kata katanya yang tergendala
"tapi, tak bermaksud kau tak ada impian bermaksud kau tak bagus. Kau boleh bangkit, dengan bina hidup yang baru. Walaupun apa sahaja rintangan yang perlu kau hadapi tetapi bukannya dengan ujian yang Allah beri adalah tiket untuk kau putus asa. Aku dahulu pun tak ada impian, siapa siapa pun disini impian tak ada. Sebab? Sebab masing masing disini buat masalah sama macam kau dan aku cuba berbeza situasi. Tak mengapa, impian mampu kau bina, jika dengan impian itu yang akan memandu kau kearah kejayaan kau fikir fikirlah. Manusia mungkin susah beri peluang kedua tapi allah akan beri kau peluang kedua malah lebih dari itu" kata katanya terhenti disitu dan dia terus baring kepenatan
Aku meneliti setiap tutur katanya, hati aku bagai ditikam buluh berkali kali. Apa dia ucapkan adalah benar,tak bermaksud aku tiada impian hidup aku tidak bagus tetapi jika impian itu yang memandu aku kearah kejayaan itu lebih baik.
"terima kasih atas kata kata kau, buat aku rasa lagi bersemangat untuk bangkit. Terima kasih lagi ye Raz" aku berpaling muka kearahnya dan cuba mengukir senyuman
"hah ye sama sama,dah lah rehat rehat. Nanti nak masuk kelas tadarus kau tak larat,tersenguk senguk nanti" dia menutup mukanya dengan kain serban dan melambai lambai suruh tidur sebelum kelas tadarus bermula.
Aku terhenti, apa dia?TADARUS???
YOU ARE READING
Berikan Aku Peluang Kedua
Action"Pelajar tak sedar diri! "itulah tajuk yang digunakan untuk penyeri muka hadapan akhbar terkemuka pada tahun 2014. Aku Fahmi berumur 17tahun dan pada tahun ini aku akan menduduki peperiksaan SPM. Tapi pada tahun ini jugalah aku baru sahaja tamat tem...