💞DPC 2

12.3K 460 21
                                    

Leka Zaim meneliti email yang diterima di komputer ribanya. Selang beberapa minit, matanya mula berpinar dek kerana terlalu lama fokus pada kerjanya. Direngangkan segala otot-otot yang mula terasa sengal sambil matanya melilau memerhatikan keadaan sekeliling . Ruang itu sunyi, masing-masing sudah berada dialam mimpi. Mungkin terlampau selesa kerana berada diruangan business class . Namun, matanya tertatap kepada perilaku seorang penumpang yang berada dihadapannya. Seakan lelaki itu kerapkali memegang dadanya. Seorang pramugari datang mungkin bertanyakan keadaan lelaki itu. Keadaan jadi sedikit cemas tatkala lelaki itu seakan-akan tidak sedarkan dirinya.

Kerana rasa ingin membantu, Zaim mula bergerak kearah lelaki itu. Beberapa orang pramugari cuba untuk membantu namun tidak berjaya.. Segera Zaim mengerutkan dahinya. Dia seakan mengenali lelaki itu.

"Uncle Khalid," gumamnya perlahan.

"Buat announcement, kita perlukan seorang doktor untuk rawatan lanjut " Kata salah seorang pramugari yang berada disitu.

"Berapa jam lagi kita nak landing ke Malaysia? Dah contact airport untuk sediakan ambulans?" soal Zaim tenang. Setelah mendapat jawapan dari soalannya Zaim terus membaringkan Tan Sri Khalid perlahan-lahan. Dengan segera dia memeriksa keadaan Tan Sri Khalid bersedia untuk melakukan pertolongan cemas keatas lelaki itu. Didongak kepalanya memandang tepat kearah pramugari lelaki yang berada disitu.

"Awak atau saya yang nak buat cpr ? Awak mesti dah dilatih kan?" ujinya. Lalu segera tempatnya diambil oleh pramugari lelaki yang bernama Kamal itu.

🐝🐝🐝

Aafiyah leka mendengar lagu yang berkumandang di earphonenya. Langsung dirinya tidak hiraukan pengumuman yang kedengaran sipi-sipi itu. Dibiarkan diri terus tenggelam dalam kenangan yang lalu. Namun terasa diri sedikit terganggu tatkala bahunya ditepuk perlahan. Segera mata dibuka dan dipandang seorang pramugari wanita itu dengan pelik.

" I'm sorry to disturb you, Miss. But we have an urgent case that need your care. If you don't mind could you please lends us a help, Dr Aafiyah?" katanya dengan penuh kelembutan.

Aafiyah hanya mengangguk biarpun dia masih terpinga-pinga tidak tahu apa yang terjadi.Terasa ada banyak mata yang sedang elok mengekori langkahnya.

'Aku ada buat salah ke?' desisnya dalam hati. Namun tatkala sampai keruangan business class itu,dirinya tidak mampu membendung perasaan teruja dan kagum dek kerana mewah dan cantiknya ruangan itu.

"Tan Sri tiba-tiba sakit dada dan kemudian pengsan. Salah seorang crew kami cuba membantu dengan membuat Cardiopulmonary Resuscitation (CPR). Saya harap Doktor dapat membantu kami serba sedikit," terangnya.

Setelah beberapa seketika membuat pertolongan cemas itu, kedengaran bunyi batuk perlahan. Segera Aafiyah mendudukkan lelaki yang bernama Tan Sri Khalid dalam posisi separa iaitu dengan menyandarkannya di kerusi. Dipastikan posisi itu memberi keselesaan kepada lelaki itu.

"Tan Sri.. Tan Sri, dengar kan suara saya?" soalnya lembut. Apabila mendapat respon dari Tan Sri Khalid, Aafiyah tersenyum.

"Awak tolong selongkar beg dia, saya yakin ada ubat kat situ. Tan Sri kena serangan jantung ni," arah Aafiyah kepada Zaim yang seakan termangu sendirian disitu. Seraya itu Aafiyah segera melonggarkan pakaian pada leher, dada dan pinggang Tan Sri Khalid, kemudian ditinggikan sedikit lutut itu dan diletakkan pelapik yang diminta kepada pramugari dibawahnya.

Tidak menunggu lama, Zaim menghulurkan sebuah plastik kepada Aafiyah. Segera dia mengambil satu tablet ubat tertera nama aspirin dan diberikan kepada Tan Sri Khalid. Botol mineral yang dipegang oleh pramugari disisinya dicapai laju untuk diberikan kepada Tan sri Khalid yang kelihatan lesu.

Dia..Painkiller cintaku ©️Where stories live. Discover now