💞DPC 53

9.7K 281 2
                                    

" Sayang? Kenapa menangis?" Soal Zaim pelik. Dia yang baru sahaja masuk ke bilik terus meluru ke arah Aafiyah. Tersedu-sedu dengan handphone di tangan.

" Kesian baby ni abang. Sanggup pengasuh tu dera sampai meninggal. Kesian baby tu, kecil lagi. Allah, tergamak sungguh." Ucap Aafiyah dengan tersedu-sedu.

" Shuu.. Jangan menangis." Pujuk Zaim lembut. Dia meraih Aafiyah ke dalam pelukan. Dia tahu akan berita itu. Sebagai seorang ayah dia juga turut terasa dengan kejadian yang menimpa biarpun dia tidak mengenali pasangan tersebut.

" Fiya tak nak hantar pengasuh. Fiya takut."

" Siapa kata kita nak hantar pengasuh? Jangan risau ya sayang." Pujuk Zaim lagi. Dia tidak mahu Aafiyah terlampau tenggelam dengan emosi. Bahaya untuk wanita baru lepas bersalin. Itu pesan ibu dan mamanya.

" Dah. Sayang tak payah tengok handphone. Sayang just fokus berpantang sahaja okey. Jangan stresskan diri dengan benda-benda macam ini. Abang tak suka tengok." Pesan Zaim.

" Zara tidur dari tadi tak bangun lagi ke?" Sengaja Zaim mengubah topik.

" Ha'ah. Biarlah dia tidur."

" Sayang nak mandi? Abang tolong lapkan badan sayang nak?"

Aafiyah senyum dan mengangguk laju. Dia suka dimanja sebegitu. Dengan berhati-hati dia berjalan ke bilik air sambil di pimpin oleh Zaim.

Usai memandikan Aafiyah, Zaim membantu pula isterinya memakai baju. Dibuat semua itu dengan penuh berhati-hati dan perlahan. Takut Aafiyah terasa sakit. Baru sahaja mahu menyarungkan stoking di kaki isterinya, Aafiyah menegur.

" Fiya boleh buat sendiri. Bagi stoking tu dekat Fiya."

" Tak apa. Langsung tak susah pun. Tengok dah siap." Stoking tebal berwarna merah jambu itu sudah selamat tersarung di kaki isterinya.

Baginya apa yang dia buat setakat ini masih tidak dapat menandingi perit dan sakit isterinya untuk melahirkan zuriatnya. Sungguh melihat bekas jahitan diperut Aafiyah benar-benar membuat dia rasa sayu. Pengorbanan Aafiyah sangat besar sekali dan dia perlu hargainya tanpa keluh-kesah.

" Abang tak pergi kerja ke?"

" Abang cuti. Semua urusan yang penting abang buat dekat rumah saja. Abang nak spend time dengan isteri abang dulu."

" Really? How sweet of you."

" Tadi mama tengah reneh air akar kayu kat Fiya. Tapi sebelum tu Fiya kena makan dulu. Kejap abang pergi ambilkan."

Tidak sampai beberapa minit, Zaim muncul dengan dulang di tangan.

" Lunch in the bed. Special for my queen." Ucapnya.

Baru beberapa suap, rengekkan Zara membantutkan suapan yang seterusnya.

" Fiya makan. Biar abang yang tengokkan Zara okey." Kata Zaim. Zara yang berada dalam baby coat di angkat dan di letakkan ke atas katil. Zaim menepuk-nepuk Zara dengan perlahan sambil bibir basah dengan zikrullah.

" Terlena dah." Bisik Zaim sambil tersengih kepada Aafiyah.

" Sayang Ummi ni jealous ke dekat Ummi sebab Abi manjakan Ummi?" Puncak hidung Zara dicuit-cuit. Dia melabuhkan ciuman di pipi gebu itu. Ah! Dia suka bau Zara. Bau syurga!

" Mana boleh cemburu. Ummi kan permaisuri hati Abi. Zara punya pangkat rendah sikit dari Ummi."

" Ada pulak macam itu."

" Iyalah. Tak boleh tukar tempat, abang tak benarkan."

" Merepek aja abang ni." Aafiyah ketawa kecil tetapi dia rasa di hargai sangat mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya. Ketukan pintu dari luar mematikan senda gurau mereka.

Dia..Painkiller cintaku ©️Where stories live. Discover now