💞DPC 14

9.3K 308 2
                                    

Aafiyah termenung sendirian. Ditinggalkan seorang diri dalam bilik yang serba mewah membuatkan dia bosan lalu dibawa tubuh ke luar balkoni. Mahu melihat keindahan Kota Paris.

Tersenyum dia sendirian mengenangkan Zaim yang begitu berat mahu meninggalkannya sebentar tadi. Sungguh beruntung dia rasakan, sejak kahwin dengan Zaim sedikit demi sedikit perangai suaminya sudah dihafal rapi. Zaim hanya menunjukkan sikapnya yang manja, penyayang, suka tersenyum, mengusik dan banyak lagi dengan orang yang dia sayang saja. Namun bila Zaim diluar, kontra sungguh perwatakannya. Dia tahu itu adalah satu cara Zaim untuk buat orang gerun dan hormat dengan dirinya.

Tersentak Aafiyah bila tiba-tiba sepasang tangan elok memeluknya erat dari belakang.

" Jauh Fiya mengelamun sampai abang kat sebelahpun Fiya tak sedar. Ingatkan apa sayang?" soal Zaim. Dari tadi dia memerhatikan Aafiyah yang seakan hanyut dengan dunianya sendiri.

" Abang, kenapa abang tak suka identiti abang sebagai datuk paduka dikenali orang? sedangkan Fiya rasa ramai orang akan mencanang pangkat untuk lebih dihormati dan dikenali." soal Aafiyah. Banyak jugak perihal lelaki itu yang dia mahu terokai. Dia akui Zaim bukanlah seperti orang lain yang sukakan kuasa dan pangkat. Buktinya identiti Zaim dilaman sosial media banyak yang dirahsiakan, gambar lelaki itu juga tidak terlalu banyak disiarkan. Hanya orang tertentu sahaja tahu akan status Zaim yang sebenar.

Zaim menarik Aafiyah masuk kedalam bilik. Tubuh Aafiyah ditarik duduk diatas ribanya.

" Abang mahukan privasi. Kalau mereka ganggu abang sahaja tak apa tapi abang tak suka bila mereka mula mengacau hidup keluarga dan kawan-kawan abang. Dan sekarang abang dah kahwin, abang tak nak isteri abang ni pun turut terganggu." diusap kepala Aafiyah dengan penuh kasih sayang.

" Abang cuba hide semua gambar Fiya untuk tatapan umum tapi dah nama pun reporter, entah dari mana diaorang dapat pun abang tak tahu." Aafiyah ketawa kecil. Kepala dilentokkan kedada suaminya.

" Banyak yang nak jatuhkan abang, sayang. Ada pangkat bukan mudah sebenarnya sebab kita ada banyak tanggungjawab lain untuk kita pikul. Abang tak minta dikurniakan pangkat sebegitu, puas abang minta pandangan dari papa dan orang-orang yang dekat dengan abang samada terima atau tidak tawaran tu. And, here i am."

" Siapa yang nak jatuhkan abang?" soal Aafiyah. Teringin nak tahu sebab dia nampak betapa Zaim cukup berhati-hati bila mereka berada diluar.

Zaim tersenyum. Dibiarkan soalan isterinya tidak berjawab. Tidak mahu Aafiyah berasa risau.

" Sayanggg..." meleret saja suara Zaim memanggil Aafiyah.

"Hmmm.." Aafiyah bermain-main dengan jari Zaim. Tahu apa yang dimahukan oleh suaminya.

" Just forget everything. Now, just think you and me." bisik Zaim. Kedengaran begitu sensual bagi Aafiyah.

" Then, what we should do? " soal Aafiyah dengan nada yang menggoda. Tubuh dialihkan menghadap suaminya. Leher Zaim dicium lembut.
Kerongkong Zaim bergerak-gerak. Rasa tergoda dengan Aafiyah yang selamba mencium lehernya. Tanpa menunggu lagi, terus bibir isterinya dipagut rakus. Diangkat tubuh Aafiyah menuju ke katil. Mahu berkasih sayang disana.

🐝🐝🐝

" Abah dengan mak sihat?" soal Dato' Hairul. Terkejut dia tadi bila isterinya menelefon dan memberitahu tentang kedatangan Haji Roslan dan Hajah Naimah.

" Sihat." pendek saja jawapan dari Haji Roslan membuatkan Dato' Hairul memandang isterinya. Hairan.

" Err. Tia tak datang sekali?" ujar Datin Zalina. Cuba untuk menceriakan suasana. Lain sekali dia rasakan tika ini.

Dia..Painkiller cintaku ©️Where stories live. Discover now