2

1.6K 125 8
                                    

Hari ini hari ketujuh dia melangkahkan kaki ke tempat menyakitkan ini.

Aku dapat tahu yang nama dia, Lee Taeyong. Sesuai untuk lelaki manis seperti dia.

Nama tersebut berulang-ulang kali meniti bibir aku setelah aku mengetahui nama dia.

Lee Taeyong... Lee Taeyong... Lee Taeyong...

Biasanya dia akan berhenti di hadapan tingkap bilik aku sambil lambai dan senyum.

Dan setiap kali dia melakukannya, aku juga akan membalas dengan melakukan hal yang sama

Tapi hari ini, dia tampak lain dari biasanya. Pakaian dia berbeza daripada yang dia selalu pakai, dia mengenakan kot hitam sambil membawa bunga ros berwarna putih.

Perempuan yang aku tebak merupakan kakak dia tidak berhenti menangis sambil meratapi keranda berwarna coklat, dia hanya menunduk tak berkutik sedikit pun dari tempat dia berdiri.

Aku sedih melihat dia seperti itu.

Apabila aku berjalan menuju ke pintu, menghampiri dia, aku tidak sengaja mendengar perbualan orang lain yang juga memakai baju serba hitam.

"Mak dia sakit mental. Lama dah dekat sini, mungkin tak tahan... mak dia terjun dan meninggal di tempat kejadian"

Oh...

Jadi, selama ini dia kesini kerana mengunjungi ibunya?

Maaf. kalaulah aku dan dia bertemu ditempat lain, dimana aku dianggap waras dan normal.

Aku akan ada disisi dia sambil tenangkan dia dan beritahu dia bahawa "Semuanya baik-baik saja, jangan bersedih. Ibu awak pasti tak suka tengok awak begini. Lagipun dia tak minta semua ni terjadi."

///

This ff should be Mark Lee's ff but eventually while typing this shit I actually imagined that the guy was Lucas HAHAHAHAHA but then I chose Taeyong lmfao.

ꜱᴀɴᴇ | ʟᴇᴇ ᴛᴀᴇʏᴏɴɢ (ʀᴇᴠɪsɪᴏɴ) Where stories live. Discover now