9

994 111 2
                                    

"Kan saya dah cakap, doktor! Naseol memang tak mampu untuk bertahan kalau kita asyik bagi dia treatment tu."

"Doktor! Naseol bukan bahan eksperimen yang doktor boleh suka-suka buat ini itu! Naseol itu manusia, doktor! Manusia!"

"Kalau benda ini terus berlarutan tiada penghujung, Naseol bukan semakin membaik, malah bila-bila masa sahaja jantung dia boleh berhenti berdegup. "

Aku duduk diatas kerusi roda, ditolak oleh perawat dari belakang.

Aku menunduk, hanya mendengar sahaja perbualan manusia bodoh itu.

Mati?

Aku tak takut.

Aku sudah tahu yang aku tiada harapan untuk hidup setelah aku melangkahkan kaki kesini—tak, aku dicampak kesini.

Harapan untuk aku kekal hidup muncul ketika dia hadir dalam hidup aku, tetapi kini dia meninggalkan aku.

Aku sendiri lagi di tempat ini.

"Naseol?"

Suara yang tidak asing bagi diri aku menyapa telinga aku.

Aku mendongak.

Taeyong kini dihadapan, muka dia jelas menunjukkan yang dia terkejut dengan penampilan aku yang sekarang.

Dia berlari memeluk aku, dia menangis di bahu aku sehingga fabrik dibahagian tersebut basah kerana air mata dia.

Aku memeluknya kembali, aku mengusap lembut belakang dia.

"maaf, saya lambat Naseol! S-saya akan bawa awak keluar dari sini."

Air mata yang aku cuba tahan daripada tadi akhirnya tumpah membasahi pipi, aku mencapai tangan Taeyong dan membawa ia menyentuh pipi aku.

"Terima kasih, Taeyong!"

///

ꜱᴀɴᴇ | ʟᴇᴇ ᴛᴀᴇʏᴏɴɢ (ʀᴇᴠɪsɪᴏɴ) Where stories live. Discover now