Saje letak tajuk macam tu. Nak suruh kau senyum. Senyum ni kadang boleh buat kau rasa tenang. Kalau tak banyak, sikit pun jadilah.
Okey. Sebenarnya aku buat buku maya ni sebab aku ada banyak benda yang difikirkan dalam otak ni. Dan aku pasti, mesti ada orang yang macam aku.
Mungkin kau ada masalah atau nak luahkan sesuatu. Tapi kau takut nak luahkan dekat orang yang kau kenal. Sebab kau takut kena judge, kena kutuk atau kawan kau tak membantu. Last last dia cakap, "aku pun tak tau nak cakap apa wei.." Tak ke kau lagi rasa tak syok? Lepas tu kau jadi down.
Atau kau ada cerita yang unik, yang mahu kau kongsikan dengan semua. Atau kau selalu memikirkan benda-benda pelik, benda-benda yang mungkin akan terjadi, benda-benda yang seram, yang kau obses. Atau apa-apa saja yang kau rasa nak kongsi, tapi tak tahu nak kongsi dengan siapa.
Kau boleh kongsikan di sini. Macam mana nak kongsi? Nah aku bagi cara :
1. Kau dm aku. Ceritakan semuanya.
Jangan risau, aku takkan dedahkan username kau. Aku akan taip semula apa yang kau ceritakan tu, dekat dalam ni. Lebih selamat kan?Itu saja. Senang je kan?
Dan aku harap, korang semua yang menjenguk buku maya ni, akan memberikan cadangan, pendapat atau nasihat selepas membaca apa yang ada dalam ni. Secara tak langsung, mungkin kau dapat membantu manusia lain yang perlukan nasihat apa semua tu. Ye dop?
Cuma satu je aku nak minta. Jangan mencarut dalam ni.
Senyum!
Haa..kan comel, kan handsome macam gitu...
YOU ARE READING
Apa yang kau rasa?
RandomAdakah terlalu banyak benda yang difikirkan dalam minda kau? Mungkin kau perlu jenguk di dalam. Jemput.