Aku adalah seorang yang selalu hilang motivasi. As some of you remember, I often get depressed. Aku selalu rasa nak menulis, tapi aku selalu rasa down dan rasa diri tak guna sampai aku tak boleh nak menulis. Jadi, takkan la aku nak diam je? Macam mana aku cari idea dan cari feel supaya rasa nak menulis tu datang semula?
Salah satunya, aku suka tengok video-video pelik dekat Youtube. Sesekali aku akan langgan internet lewat malam bila aku sangat susah nak terlena. Yes, I had insomnia too. Since 2014. Salah seorang animator yang paling aku minat adalah David Firth. Video-video dia buat aku berfikir. Dia mampu buat sesuatu yang lain, di luar kotak pemikiran manusia biasa. Mungkin bagi sesetengah orang, video-video yang dia hasilkan hanya sekadar 'pelik'. Tapi bagi aku, ada sesuatu yang dia mahu sampaikan. Video dia buat otak aku berkembang, sort of.
Video di atas mungkin tak dapat diterima sesetengah otak biasa. Salah satu hasil karya David Firth. Kalau nak tengok, silakan. Jadi, apa yang kau rasa lepas tengok video di atas? Cer komen.
Oh, ada aku dengar, otak kita akan rewired lepas tengok video-video pelik atau ngeri. Harap kau tak mereng. Kalau nak yang lebih pelik, search je. Ni aku bagi yang less extreme. Kartun ni nama dia Salad Fingers.
YOU ARE READING
Apa yang kau rasa?
RandomAdakah terlalu banyak benda yang difikirkan dalam minda kau? Mungkin kau perlu jenguk di dalam. Jemput.