Luahan yang ini agak panjang (satu perkataan lagi, akan cukup seribu). Lenguh aku menaipnya semula..haha. Dengan leher yang belum betul-betul baik (leher aku susah nak kalih beberapa hari ni). Tapi takpa, aku okey saja. Hehehe...
Okey, dah sedia? Jom kita baca. Jangan lupa kasi pandangan atau nasihat atau apa-apa saja!
Sebelum bermula, aku nak cakap satu je. Aku hanya mahu meluahkan. Aku hanya budak belasan tahun yang ada banyak masalah pada pemikiran. Kisahnya bermula daripada masa aku kecik. Aku bukannya jenis yang mak bapak main lepas je. Lagipun, taman aku majoriti penduduknya merupakan India. Jadi, masa kecilku dihabiskan di dalam rumah. Abang aku dan aku ada gap 10 tahun antara kami. Jadi, kami agak jarang bermain bersama...
Dengan keadaan yang begitu, otak aku mula bermain dengan imaginasi. Setiap hari, aku akan ambil dua batang hanger dan menjadikan mereka seperti senjata mengikut imaginasiku. Dan dinding di sekeliling bilikkuaku anggap bagai ada hidupan yang menghuni. Ya, mungkin sebab itu yang buatkan aku berminat menulis.
Namun, sesuatu berlaku. Aku menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Dan, bermula itulah imaginasi aku mula membentuk watak-watak yang berbeza. Bermula dengan Red, Lent dan akhir sekali, Black. Semuanya, hanya bermula sekadar untuk menunjukkan yang aku lebih istimewa. Dan, biar aku jujur dengan kau. Aku seorang yang pemalas dan sangat kerap melakukan kesilapan. Tapi, apa yang buat orang marah pada aku merupakan hakikat yang aku seorang yang pandai. Dan...malang bagi aku, masyarakat tak menerima kewujudan orang seperti aku. The gifted asshole. Aku sering menerima tohmahan daripada guru-guru, senior-senior dan ramai lagi. Oh, waktu aku masih sekolah rendah. Jadi, segala tohmahan yang diterima dan segala kesilapan yang telah dilakukan, it is too much for me. Too much.
Jadi aku mula memisahkan diri aku kepada dua. Iaitu aku dan aku yang jahat, Red. Waktu ni, aku mula mengalah nak buat baik dan menanam diri aku terus ke dalam lubang yang gelap dan hidup sebagai Red, seorang yang pemalas dan seorang yang tak pedulikan apa-apa. Kisahnya kemudian diteruskan lagi. Semakin umur aku meningkat, aku mula ada satu perasaan. Aku mula rasa nak bunuh orang. Aku mula rasa nak hukum orang yang marah aku yang maki aku.
Terima kasih, Tuhan (mungkin?), aku masih ingat mak bapak. Masih ada orang yang sayang aku. Jadi, aku mula mencipta suatu persona. Seorang yang kejam, yang akan bunuh kau kalau kau jumpa dia. Lent. Kemudian, aku letak semacam peraturan. Lent tak akan muncul sehinggalah masa mendesak. Satu per satu masalah yang kau anggap remeh berlaku pada aku. Semua tu buat aku rasa sangat tertekan. Aku tak nak kongsi masalah dengan kawan-kawan. Mereka takkan faham. Aku tak berani nak kongsi dengan mak bapak, takut hampa. Takut diorang hanya akan cakap, "aihh, kecik-kecik dah stress!"
Aku mempunyai hubungan yang rapat dengan kawanku. Kami gelak ketawa, makan, main. Aku rindu sekolah rendah. Tapi, aku rasa agak berbeza kadang kala. Aku akan tiba-tiba senyap dan tidak ada mood nak bercakap. Aku mula mencipta satu lagi persona. Persona akhir bernama Black. Aku mula rasa setiap kali aku dalam keadaan senyap, Black sedang mengambil alih. Aku meneruskan kehidupan sekolah rendah dengan persona-persona.
Sedar tak sedar, aku mula melangkah kaki ke sekolah menengah. First few months was though. Takde kawan, rasa alone, rasa menyesal kenapa pilih sekolah ni. Aku mula melupakan persona-persona tersebut. Cuba menjalani kehidupan sekolah menengah yang lebih tough. Dan, surprisingly aku berjaya. Hujung tahun itulah, persona-persona itu kembali. Tapi, dalam bentuk suara halus yang aku boleh berbual dengannya. Seperti kebanyakan orang, aku juga nak rasa apa itu cinta. Badan aku agak gemuk dan bagi aku perempuan lebih sukakan lelaki yang kurus dan kacak. Jangan kau buat muka dengan aku. Aku tahu ada gadis di luar sana yang tak pedulikan perkara-perkara seperti itu. Tapi, aku tak pasti apakah aku akan berjumpa dengan gadis seperti itu.
Namun, aku jumpa orang tu. Seorang awek specky berkulit kuning langsat bernama *****. Sebagai seorang bijak dan introvert, aku lebih tahu membaca bahasa tubuh dan kelakuan seseorang walaupun dalam usia yang muda. Aku nampak sign-sign tu pada dia. Tapi, kau perlu tahu otak aku dah terlalu rosak. Aku mendapat pendedahan kepada porn pada usia yang terlalu muda. Terima kasih kepada minat innocent aku terhadap membaca. Aku telah mengambil sebuah buku yang terkeluar dari kotak abangku dan membacanya. Pada masa itu, aku masih tak mengerti dengan perkataan 'lucah'. Aku tertangkap pada suatu hari, tapi mak bapak aku yang terlalu sibuk bekerja melupakannya begitu sahaja. Tapi, perkara ni tak berhenti di sini. Beberapa tahun kemudian, aku mengenal binatang bernama internet. Dan, aku mula search...
You know what, aku tak nak cerita pasal ni. Porn damaged your brain, porn make me think that women are nothing. Please, aku minta pada sesiapa yang masih suci daripada porn jangan sesekali tengok. Tengok apa jadi dekat aku, aku tak boleh berhenti, bukan aku tak cuba...
Okay, back to my love story....
Maaf melalut.
Aku sebenarnya ada perasaan dekat dia. Tapi, Red menanyakan aku sesuatu. Kalau aku bagitahu perasaan aku pada dia dan dia pun nyatakan perasaan terhadap aku, and then what? Ia tak berguna, ia hanya akan jadi cinta monyet. Jadi, aku mula melupakan dia. Aku mula menganggap yang perasaan yang aku ada tu tak benar. Itu cuma nafsu yang tertarik dengan wajahnya yang cantik dan badannya yang solid. Dan, hingga ketika aku menulis ini, aku masih keliru sama ada aku cinta atau itu hanya sekadar nafsu.
Hah, rasa lega dapat luahkan segala yang terbuku di hati. Baru-baru ini, aku sedar sesuatu yang agak penting. Aku...possibly a psychopath. Aku ada persamaan dengan ciri-ciri psychopath. Mungkin aku bertuah kerana ada keluarga yang masih peduli tentang aku. Aku bertuah ada kawan-kawanyang baik dan bukannya pembuli. Ya, aku bertuah. Cuma, ciri-ciri tu tetap ada.
Recently, ayah aku sering sakit dan dah masuk hospital dua kali tahun ni. Dan setiap kali dia sakit, aku tak rasa sedih... Aku rasa menyampah. Kenapa aku kena kisah? Kenapa aku yang kena jaga dia malam ni?
Aku tahu aku perlukan bantuan. Aku tahu aku perlu jumpa doktor. Kau tak payah cakap semua tu. Aku masih sekolah dan takkan beritahu mak, bapak, abang dan semua orang yang mengenali aku. Biarlah ini menjadi rahsia kau dan aku. Setelah aku mampu hidup berdikari, aku akan cari bantuan secepat mungkin.
Oh, kepada yang kata aku reka benda ni. Please, just shut up. You don't know what I've been through...
Aku tak malu pun, Leez...
YOU ARE READING
Apa yang kau rasa?
عشوائيAdakah terlalu banyak benda yang difikirkan dalam minda kau? Mungkin kau perlu jenguk di dalam. Jemput.