Okey, luahan yang kali ini bagi aku sangat menarik. Lebih kepada peringatan sebenarnya. Aku harap kita yang membaca ni dapat baca dengan tenang dan hadamkan.
Kalau tak boleh terima kenyataan, korang jangan meroyan pulak. Memang wujud golongan yang macam ini. Tenang. Tenang is good.
Jangan lupa kasi pendapat korang!
Aku seorang perempuan. Aku jaga solat, aku pakai tudung, aku selalu doakan ibu bapa aku di dalam solat. Apa lagi?
Aku menghormati guru, aku naib presiden PRS, aku tidak berbaring ketika azan, aku hafal surah Al-Mulk dan pada waktu form 3, aku jarang tinggal solat subuh berjemaah.
Cuma ada beberapa perkara yang aku lack.
Aku suka usha punggung dan buah dada perempuan lain. Kecuali, kalau kau tutup.
Siapa suruh kau tayang? Kau ingat, lelaki sahaja yang bernafsu melihat kau? Hei, aku juga sukakannya.
Kau datang dekat aku dan tudung kau singkat. Kau peluk aku pula tu. Kau ingat, aku tak stim?
Hei, perempuan-perempuan yang sedang membaca ini. Aku minta kau, tolonglah tutup aurat. Rosak pahala aku bersolat, apabila bawah aku berdenyut melihat kecantikkan kau. Gelak kau itu juga, mohonlah dikawal. Tidak tahukan engkau? Gelak ketawa wanita, merupakan muzik porn paling indah.
Kau jerit jerit di dalam kelas walau hatta seekor cicak kecil di hujung siling sana. Kau ingat, aku tidak berdebar?
Kau pakai makeup tebal, lipstick merah semerahnya, kau tidak rasa, aku punya imaginasi untuk menggomol bibir merahmu itu?
Maaf, jika kau marah. Tapi, tentu kau pernah dengar frasa 'pencuri tak akan masuk, kalau kau tak buka pintu'. Tapi jangan pula kau nak melalut, pencuri boleh kupil pintu atau, pecahkan mangga dan sebagainya. Cuba fahami konsep. Kasihan lah sikit pada aku.
Aku sudah cuba berubat. Aku kembalikan diri kepada Allah. Tetapi, kau yang wangi wangi bertudung singkat, berbaju ketat dan berseluar skinny tidak mahu mengubah diri, apa lagi aku perlu kata?
YOU ARE READING
Apa yang kau rasa?
RandomAdakah terlalu banyak benda yang difikirkan dalam minda kau? Mungkin kau perlu jenguk di dalam. Jemput.