Mentor & Kontroversi

256 42 33
                                    

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ni, aku pulak yang nak meluahkan di sini.

As some of you already knew, aku adalah salah seorang Mentor yang dipilih oleh Wattsite dalam program terbaru diorang, iaitu Mentor Writer. Sejujurnya, aku rasa tak begitu yakin untuk bersetuju menjadi Mentor kerana aku sedar aku bukanlah sebagus mana. Tapi tak apalah, aku cuma berharap dengan aku bersetuju menjadi Mentor, aku dapat memberi sesuatu yang boleh dimanfaatkan.

Tapi semalam, ada sesuatu yang tak sedap sudah berlaku. Terjadinya kontroversi. Mulanya, salah faham ini tercetus apabila ada yang berpendapat bahawa salah seorang mentor 'ada apa-apa' dengan pihak WattSite. Aku panggil dia sebagai A ya. Mentor A menerima soalan yang berbaur tuduhan dari seorang lagi mentor (Mentor B), dengan soalan:

"Aku nak tanya jap. Syair bagai ni memang wattsite fikir sendiri atau kau yang cdgkan eh? Just asking."

Seperti yang kebanyakan dari korang tahu, aku bukanlah seorang yang hanya membela kawan dengan membabi buta. Aku baca, aku nilai dan aku hadamkan. Persoalan yang timbul dalam kepala aku adalah:

'Perlukah bertanya soalan itu dalam buku Mentor A?

Bukankah sepatutnya soalan itu ditanya kepada pihak penganjur iaitu wattsite?

Dan sekiranya Mentor B ingin terus bertanya dekat Mentor A, bukankah boleh mesej secara private?

Apakah tujuannya bertanya soalan sebegitu pada Mentor A? Adakah Mentor B sengaja mahu cari pasal?

Kalau Mentor B ditanya soalan yang berbaur tuduhan sebegitu, adakah dia suka atau dia juga marah?'

Aku lihat dari jawapan Mentor A, nampaknya dia sudah marah. Sudah timbul perkataan kasar. Mentor B pula bersikap agak kurang ajar dengan mula memanggil Mentor A dengan panggilan 'perempuan', selain cuba menggunakan sentimen agama, seolah-olah cuba memperlihatkan yang dia di pihak benar. Mentor A tidak suka Mentor B menggunakan panggilan 'aku kau' tapi Mentor B membalasnya dengan alasan yang juga melibatkan agama, iaitu kata ganti nama yang digunakan sewaktu berdoa juga adalah 'kau aku'. Untuk makluman, Mentor A berusia 20an dan Mentor B belasan tahun.

Selain itu, aku dapat lihat balasan dari Mentor B tidak memperlihatkan bahawa dia menjawab soalan, sebaliknya banyak berdolak-dalik.

Bagi aku, aku tak kisah kalau korang nak guna panggilan 'aku kau'. Aku lebih selesa begitu. Tapi kena fikir, bukanlah semua orang suka dengan panggilan yang sebegitu (hal ini aku selalu bincangkan). Kalau nak dikira kata ganti diri yang diguna sewaktu berdoa adalah 'kau aku', bagi korang semua, wajarkah jika kita juga menggunakan panggilan 'kau aku' dengan mak ayah, dengan datuk nenek, dengan pakcik makcik di luar sana? Apatah lagi jika menggunakan panggilan seperti 'perempuan' atau 'jantan'. Bayangkan, kita memanggil kakak kepada kawan kita dengan panggilan 'perempuan', adakah kakak kawan kita akan suka? Atau akan marah?

Aku pasti, mak ayah kita pastinya sudah membekalkan kita dengan adab dan akhlak. Sama ada kita bersekolah biasa ataupun sekolah agama, pastinya kita sudah belajar tentang apa yang dinamakan sebagai 'adab'.

Pertikaman lidah (?) ini berlanjutan sehingga dalam buku Mentor Writer. Aku juga turut memberi komen di sana. Juga dilihat bahawa tidak ada usaha untuk dia mencari maklumat yang benar, sebaliknya masih lagi berdolak-dalik. Seakan-akan sengaja menimbulkan kemarahan Mentor A. Akhirnya Mentor B menarik diri. (Komen tentang semua ini masih ada dalam buku Mentor Writer. Jika mahu, korang bacalah dan nilaikan sendiri.)

Aku akui, aku sendiri adalah seorang yang kasar. Tapi kasar dan kurang ajar tidaklah sama ertinya. Kasar dan kurang ajar adalah dua benda yang berbeza. Mentor B telah meminta maaf. Tapi ada sumber yang memberi tahu, Mentor B telah menulis sesuatu tentang pergaduhan itu dengan memerli dan memuat naik screenshot pergaduhan Mentor B dengan Mentor A. Jadi, adakah permohonan maaf itu ikhlas? Hanya Mentor B dan Allah saja yang dapat menentukan.

Dari sumber-sumber yang aku dapat, Mentor B mengatakan bahawa dia adalah pelajar Sains yang 'bermain dengan darah', bukan pelajar Sastera.

Bagi aku, sebagai seorang penulis, asas kepada penulisan itu sepatutnya ada dalam diri. Bukankah kita diajar tentang Bahasa Melayu sejak dari darjah 1 lagi? Seingat aku, waktu darjah 6 aku sudah disuruh untuk menghasilkan syair, pantun, sajak dan puisi-puisi lain. Jadi, alasan seperti 'aku bukan pelajar Sastera' tidak sepatutnya timbul, walaupun waktu form 4 kita berpindah ke kelas yang bukan Sastera.

Benda ni sebenarnya bergantung kepada usaha dan rasa mahu belajar. Mentee aku sendiri pun seorang tu masih muda dan seorang lagi pelajar Sains Tulen. Tapi kenapa mereka boleh tunjukkan effort dalam membuat syair dan puisi-puisi lain? Aku pasti yang penulis-penulis di wattpad ni pun bukan semuanya pelajar Sastera, bukan? Aku sendiri bukanlah pelajar Sastera, tapi pelajar Seni Lukis dan Seni Reka. Jadi apa alasannya? Pepatah Melayu ada menyebut, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Mohon hadamkan. Frasa dari aku, jika tidak pandai berenang, jangan salahkan air. Jika tidak pandai menjahit, jangan salahkan jarum dan kain. Perlukah menyalahkan orang lain atau memberikan seribu alasan kalau sebenarnya salah itu datang dari diri sendiri? Adakah itu yang dikatakan sebagai sifat yang matang?

Aku sebagai Mentor kepada dua orang Mentee yang aku anggap sebagai kawan, berharap kita semua dapat berfikir secara rasional. Aku meluahkan di sini bukanlah untuk mencari salah sesiapa, tetapi aku mahu kita semua berfikir. Masing-masing ada otak dan akal, bukan?

Aku percaya, program Mentor Writer ini diadakan untuk kita belajar, bukan untuk kita saling menyalahkan dan bergaduh.

Memang bagi sesetengah orang, program Mentor Writer ini seperti tidak membawa apa-apa. Aku sendiri sebagai Mentor tidak dapat apa-apa pun. Aku boleh menolak jika aku mahu. Tapi fikirlah apa yang ada di sebaliknya. Aku percaya, sedikit ilmu yang semua Mentor kongsikan, In Shaa Allah akan dapat menaikkan saham pahala. Jangan hanya fikirkan dunia, tetapi fikirlah saham untuk ke alam sana.

Sekian.

Apa yang kau rasa?Where stories live. Discover now