*Duh*
Aku tidak pernah sesakit ini
Menikmati hujan yang jatuh di kepala juga kedua bola mata
Sedari senja,
Aku memutar-mutar otak
Berfikir, bagaimana melepaskanmu dengan ikhlas
Tapi salah,
Ternyata lapang bukan sekadar difikirkan, namun sebaiknya dirasakan
Malam ini, hujan masih setia di pelukan petang
Seperti tau saja,
Ada hati yang sedang benar-benar terluka
Lalu,
Tanpa disuruh rela jatuh bersama patah-patah cerita
Juga rindu-rindu yang belum terselesaikan rama shintanya
Dari kejauhan,
Bersama dentum arloji di rumah tua
Boleh aku sekadar menghitung detik barang sebentar?
Menikmati seluruh getar resah kerana kerinduan
Sebelum detak jantungmu larut ditubuhku dan luluh karam
Ah
Untuk kau, rindu dan hujan malam ini
Aku kembali menggila kekasih
Sekali lagi,
Terima kasih
21.30
18-12-17
'''melati'''
🌿
