"I've found a love for me ~~~" tangan ku memegang sikat rambut sebagai mic sambil menyanyikan lagu favourite ku.
"Berhentilah menyanyi , bukan merdu pun !" sindir ibuku dari dapur .
"Ibu !!" Marahku . Walaupun ibu selalu menegur nyanyian ku tapi aku tahu suara aku bak penyanyi famous .Nama aku Riana .Aku ada ayah , ibu dan seorang abang. Seorang pelajar . Hmm .. okay bekas pelajar , aku tengah tunggu keputusan SPM . Aku bukan pelajar genius , tapi at the same time aku bukan pelajar yang b*d*h . Aku bukan orang baik ofcouse bukan orang jahat juga . Aku
cuma seorang gadis normal . Remember that NORMAL thing ."Riana , turunlah , ibu sudah sediakan sarapan ." panggil ibu ku .
"Kejap ,bu !!" Aku segera mengemas barang-barang ku sebelum turun ke bawah .
"Selamat pagi , bu . Mana abang dengan ayah ? Masih tidur lagi ?" Morning routine , turun bawah sarapan and cari diorang ..
"Masih tidur lagi kut , semalam diorang stay up late lawan dota . " Percaya atau tidak , setiap sabtu ayah dan abang akan lawan dota , dua-dua gila dota tetapi ayah still focus dalam kerja bila perlu dan sama macam abang focus pada study nya .
"Takpelah,bu . Kita sarapan sama-sama . " aku memberikan piring kepada ibu sementara ibu menuang milo ke dalam cawan untuk kami berdua . Selesai bersarapan , kami pun pergi menyiram pokok bunga . Rajin ."Selamat pagi semua !! Pagi yang sungguh indah , hmmm .. walaupun .." melihat jam " dah pukul 11 pagi " sapa abang kepada kami .
"Ibu ada letakkan makanan kat meja ,pergilah makan. Sebelum tu , pergi bangunkan ayah kamu " abang membalas dengan tabik dan terus ke bilik ayah .
Selepas beberapa minit , ayah dan abang pun turun . Mereka bersarapan bersama-sama sambil berborak pasal DOTA . Takpelah yang penting diorang bahagia . Lagipun , hari ni aku ada plan nak jalan-jalan dengan bff aku , kita orang dah plan sehari sebelum last paper spm . Selepas tolong ibu kemas dapur , aku meminta izin untuk bersiap sebelum ayah hantar ke rumah Iza , salah satu bff aku .Aku hanya memakai pakaian yang simple , just nak jalan-jalan je pun, bukan nak buat fancy dinner . Temu janji jam 7.00 malam , kitorang plan nak tengok wayang then jalan-jalan kat mall . Sampai je kat rumah Iza , kelihatan Aina dan Wawa sudah pun ada di sana . Cuma tinggal aku dan Nana .
Ding dong ~~~
"Assalamualaikum , Iza . "
"Waalaikumsalam , masuklah . Buat macam rumah , macam biasa . " kata Iza . Perghh , sebenarnya aku dengan Iza bff sejak kecil lagi , sebab tulah aku dah biasa keluar masuk rumah Iza . Ibu bapa kitorang pun bff . Iza ada dua abang, Fizi dan Fikri dan satu kakak , Ika . Abang dengan kakak Iza dah macam keluarga aku , lagipun keluarga aku pun anggap Iza macam keluarga sendiri . Bff yang lain iaitu Aina , Wawa , dan Nana kenal kitorang dari sekolah rendah lagi , semua ada karakter masing-masing . Aina seorang yang tegas dan kuat berpendirian , dia selalu jadi ketua dalam apa-apa group kitorang . Wawa seorang pendiam tetapi bila dengan kitorang dia taklah pendian sangat , pemalu dikatakan ,that's why kitorang sayang dia . Nana pula , hmmm .. ofcourse dia seorang suka berlawak , macam happy pill bagi kitorang . Iza pula seorang yang pandai , top 5 dalam semua kelas . Aku pula biasa-biasa je ." hai ,korang !!" Baru seminggu tak jumpa , macam dah bertahun-tahun lamanya .
"Wehh , mana Nana ni ? " rungut Aina . Aku hanya angkat turun bahu je . Typical Nana . Selalu je lambat .
"Takpelah , kita tunggu je . Mungkin Nana ada hal mustahak sebelum datang ke sini ? " jelas Wawa .
" ohya , kita tonton wayang apa ? Korang ada search tak ? Any cadangan ? " tanya ku .Ding dong ~~
"Weiii , aku dah sampai !! Bukalah pintu ~~~~ "
"Nana dah sampai lah !! Meh , aku buka pintu . " Iza pun berjalan ke arah pintu dan membuka pagar . "Sorryyyy lambat , hehehe ada hal tadi."
Jelas Nana .
"Jom bergerak !! " kami bersorak lalu meninggalkan rumah Iza . Iza dah ada lesen so dia yang bawa kereta . Semasa perjalanan , semua tak henti menyanyi termasuk Wawa , keadaan pada masa itu sangat menyeronokkan .
"Weh , laju lagi !! " sorak ku . Iza terus menekan pedal dengan kuat . Aku pula cuba bergurau dengan menghalang pandangan Iza yang sedang memandu.
Tiba -tiba , kereta Iza hilang kawalan .
"Ah !!!!!!!" Dummmm!!! Kemudian segalanya menjadi gelap .

ANDA SEDANG MEMBACA
THE FLOWER
Teen FictionTrauma dengan kemalangan yang berlaku , Riana hilang arah tuju . Pak Ciknya pula mengambil kesempatan atas diri membuat Riana ingin bunuh diri . Namun , pada satu malam , Riana bermimpi .Dia berjumpa dengan seorang makcik yang memberinya sekuntum bu...