AKU

22 0 0
                                    

Wajah diangkat ke langit, setitis demi setitis air hujan jatuh ke muka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Wajah diangkat ke langit, setitis demi setitis air hujan jatuh ke muka. Perlahan, wajahnya dibasahi air hujan, hoodie dikepala ditarik menutup separa mata. Perlahan, tanpa ada yang menyedari air matanya jatuh bercampur hujan.

"Sakitnya aku, hanya aku yang rasa. Tak siapa cuba fahami aku, senyum aku diterjemah bahagia, ketawa aku dinilai kejayaan sedang jauh didasar hati, aku hanyalah manusia yang ada jatuh bangunnya, yang perlukan huluran semangat dan memerlukan sokongan sahabat".

Kepala dijatuhkan. Esakannya mula kedengaran halus namun tenggelam dek bunyi hujan. Kaki diangkat berat melangkah pulang. Suara-suara manusia mula kedengaran.

"Dia kenapa? Jalan basah-basah dalam hujan..."

"Eiii, peliklah dia tu. Dah kenapa bertutup bagai, kalau tak nak basah jalan la kat tempat yang tak kena hujan."

"Macam lepas break je tu, Nampak lifeless je"

Suara-suara yang singgah yang hanya mampu menilai aku kenapa dan mengapa tetapi tidak pernah menghulur bantuan untuk menguatkan dan meneguhkan runtuhnya kekuatan diri aku. Suara manusia yang acah tau semua perkara, yang melihat pada matanya sahaja yang benar tetapi lupa menilai dengan ilmu yang akhirnya menghantar manusia yang dinilai ke suatu kesedihan.

Bukanlah kekuatan atau kesedihan aku kerana manusia tetapi berhentilah bersikap menilai atau 'judgemental' kerana sikap kamu, ya KAMU menambahkan kekeruhan dalam situasi aku!

'Ye, aku putus cinta. Aku tidak mampu lagi melihat indahnya dunia kerana manusia tidak pernah membuktikan kepada aku bahawa cinta itu ada. Ye, aku lifeless. Tiada tujuan lagi hidup aku kerana seolah-olah aku kecundang di setiap perjuangan yang cuba aku pertahankan.'

Earphone di poket dikeluarkan dan disumbat kasar ke telinga.

No, you don't know what it's like

When nothing feels all right

You don't know what it's like

To be like me

To be hurt

To feel lost

To be left out in the dark

To be kicked when you're down

To feel like you've been pushed around

To be on the edge of breaking down

And no one's there to save you

No you don't know what it's like

Welcome to my life

Langkah kaki makin perlahan, segala yang bermain di fikiran kian merantai. Adakah aku sebuah kesilapan? Adakah benar tiada tujuannya aku disini? Adakah benar setiap yang aku usahakan takdirnya adalah kegagalan? Adakah aku benar tiada nilainya disini?

CatatankuWhere stories live. Discover now