Ye! Aku memang suka meluah. Tapi sekadar menulis kerana aku tiada pendengar. Yang aku ada hanyalah mata-mata manusia yang suka meniti tulisan-tulisan manusia hina seperti aku. Ya, aku manusia yang sangat hina, kenapa?
Kerana kuatnya aku pada mata manusia dilihat lemah,
"Ah, benda kecil je, jangan jadi manja!"
Kerana kukuhnya aku dilabel rapuh,
"Benda cenggini pun nak koyak, kental lah sikit"
Kerana tiada satu yang aku buat dilihat bernilai,
"Put EFFORT! Kalau asyik macam ni, takde sape nak kawan kau, nak faham kau!"
Sampai ada masanya, aku fikir bersendiri tanpa manusia di sekeliling itu lebih baik! Aku tidak perlu mendengar suara-suara negatif lagi menyakitkan lagi. Tapi, aku juga sedar bersendiri bukanlah baik untuk aku kerana aku sendiri manusia yang negatif lagi menyakitkan diri aku sendiri.
Pernah suatu ketika, aku menjadi manusia yang sangat positif. Cuba tersenyum di saat ramai yang melemparkan aku kata-kata sinis. Aku dilabel manusia kuat. Di saat ada yang menangis, aku masih mampu berkata "aah, tak apa, aku mampu lakukannya".
Tapi, kini suara-suara lahanat yang sering berlegar di telinga hingga mengganggu tidurku meretakkan dan menghancurkan diri aku yang dulu. Kini, diam lebih baik dari terus senyum. Kini, menangis itu ubat kesedihan di hati. Aku penat untuk terus mengukir senyum hanya untuk menguatkan diri. Penat untuk terlihat manusia kuat di mata manusia. Kerana itu, kini aku dilihat hina! Dilihat lemah!
Dan aku terfikir, adakah aku bahagia dilihat sebegitu?
Dan pastinya aku tiada jawapan untuk itu! Mungkin, belum aku jumpa jawapannya.
Aku,
Alz
8 Febuari 2018
818pm
YOU ARE READING
Catatanku
Short StoryIni hanyalah catatan ringkas kehidupanku dan kehidupan manusia lain yang aku lihat dan ingin aku kongsikan. Andai ada yang membaca moga kamu beroleh manfaat andai tiada yang sudi menjengah, cukuplah ini sebagai satu usaha aku untuk berkongsi. Salam...