MARAH!

3 0 0
                                    

Aku bukanlah malaikat, aku manusia! Aku juga punya rasa. Kau pun pasti tahu kerna kau dan aku sama manusia! Apa yang kau rasa, aku juga rasa. Penat yang kau rasa, aku juga rasa. Jangan dihambur rasa marah kau pada manusia yang tidak salah. Jangan dilepas rasa sebal kau pada manusia yang tidak tahu. Hormat manusia lain, agar kau layak dihormati. 

AHHH, Kau tak tahu apa aku rasa. Kau bayangkan manusia yang kononnya tidak bersalah, kononnya tidak tahu, sentiasa tunduk diam. Kalau boleh nak disembah bumi, tak diangkat muka. Nak bagitahu pada dunia aku tidak tahu. nak dijelaskan pada semua ini bukan salah aku. Lepas apa yang berlaku, "kesiannya pada dia.." "aku tahu dia kuat...". Sudahlah, aku penat dengan perangai setan-setan bertopeng manusia. Dan untuk pengetahuan kau. TAK TAHU tak sama dengan MALAS AMBIL TAHU! 

YE! Aku setuju apa yang dia cuba sampaikan kerna aku juga tahu. Tapi aku tak mahu kebaikan itu mati disini. Aku tidak mahu kemaafan tidak lagi tertuai di hati. Aku tidak mahu tidak ada lagi manusia yang mahu menjadi manusia yang baik. Aku takut makin melimpah manusia yang sebenarnya setan di hati. 

Dan yang paling menakutkan aku, marahnya kamu akan mengubah aku. Kerna kamu .... adalah AKU!

 Wahai aku yang marah, bertahanlah.

Alz

13 Mac 2018

0839malam

CatatankuWhere stories live. Discover now