Ini kisah ringkas aku. Takde motif pun menulis cuma nak meluah apa yang aku rasa. Yang dah sesak di dada. Aku pasang senyum palsu setiap masa. Saat orang yang aku nak jaga ketawa, aku menangis dalam diam. Sampai ketika aku rasa sangat penat! Aku rasa tak tertahan. Bukan aku harapkan balasan manusia. Aku tahu, aku tak boleh nak paksa manusia untuk bersikap seperti apa yang aku inginkan. Aku tahu. Cumanya aku tak boleh nak menafikan rasa sedih aku.
Hurm, mungkin inilah cara aku nak belajar dan diajar. Yang aku sebenarnya secebis dari potongan kecil kehidupan sesetengah manusia sedang aku menganggap mereka episod besar dan penting dalam hidup aku. Mungkin rasa yang ada dihati aku tak sepenting mereka.
Penat untuk terus senyum dan memaksa hati gembira, aku memilih untuk diam. Tapi, apa yang aku fikirkan? Tak ada apa yang mengubah apa pun. kau diamlah selama mana pun. Yang tak penting tetap tak penting!
Tapi takpelah, inilah kehidupan bukan? Saat kau fikir kau punya segalanya, kau sebenarnya tak ada apa-apa. Huh, aku sampai ke tahap inipun kerana manusia bukan? Aku memilih untuk tidak lagi menjadi aku. Tapi, yang dihukum bersalah juga aku.
Kau tahu, aku saat ini nak sangat punya teman bercerita, teman yang boleh melihat betapa penatnya aku. Aku nak tempat mengadu! Aku rasa cukup sedih dan sunyi! Aku tahu, aku tahu ini sekejap je, semua akan berlalu tapi aku sakit dengan apa aku rasa! Aku tak bahagia!
Aku sedih! Cukup sedih!
Alz
24 Mac 2018
1036malam
YOU ARE READING
Catatanku
Short StoryIni hanyalah catatan ringkas kehidupanku dan kehidupan manusia lain yang aku lihat dan ingin aku kongsikan. Andai ada yang membaca moga kamu beroleh manfaat andai tiada yang sudi menjengah, cukuplah ini sebagai satu usaha aku untuk berkongsi. Salam...