Audition

8 2 0
                                    

"Wa wa waah waah, huuuuuuuu!~" bukan main si Kim Saerin melalak di dalam bilik kawalan. Sekali imbas, bilik kawalan kelihatan seperti disko.

Kim Saerin, 23 tahun, berkerja sebagai pengawal di kedai serbaneka, Seben Ileben.

Kalau nak diikutkan, Saerin tak teringin untuk berkerja sebagai pengawal keselematan.

Dia lebih suka melalak dan menari.

Tapi apa boleh buat? Eomma-nya tak suka dengan minat dia terhadap berkaraoke.

Sementara mencari kerja baru, Saerin menghabiskan masa sebagai pengawal keselamatan.

Alah, bukannya susah mana pun jadi pengawal. Cuma perlu tatap skrin yang memaparkan rakaman kamera litar tertutup.

Ada perompak?

Karate sahajalah~

-kring!-

Jam loceng menganggu nyanyiannya. Tepat pukul 12 malam, shifnya tamat dan pengawal lain bakal menggantikan tempatnya.

Tak lama kemudian, Encik Bon Tut Bin Kur Rhalp datang menghampiri dengan senjatanya. "Okey, saya dah sampai! Kamu boleh pergi." Encik Bon menunduk sedikit sebelum punggungnya menghangatkan kerusi.

Saerin melangkah menuruni tangga dan tiba di kawasan kedai serbaneka. Sekotak air kundur dan kerepek Encik Kentang di capai pada rak berdekatan. Mestilah atas rak, mana mugkin dalam lubang jamban.

Kakinya yang sudah lali main sepak-sepak melangkah ke kaunter. Barang-barang tadi diletakkan di atas meja kaunter.

Surat khabar yang tersusun pada rak di kaunter menarik perhatiannya.

"Weh, Peino punya komik masuk surat khabar... Sambungan episod lepas... Wajib beli!" Tangan cantik meletupnya mengambil senaskhah surat khabar dan membayar harga yang dituntut. Tak elok hutang-hutang, nanti kalau tak berkesempatan bayar semula bagaimana?

Mari ambil masa muhasabah diri.

Okey, sila sambung muhasabah diri atas sejadah.

R u m a h S a e r i n

Segugus kunci dikeluarkan dari kocek seluar kedai terpakai RM5.00. Kunci yang dicari dimasukkan kedalam tombol kunci.

-klak-

Kunci pintu terbuka, lalu Saerin memulas tombol dan kakinya melangkah masuk.

"Ai nyong haa sayur." Pintu ditutup kembali dan dikunci semula. Rakan serumahnya yang sedang duduk terkangkang sambil makan ubi kentang melambai malas, "Nyeong nyeong..."

"Mabuk ketum ke apa cerita kawan aku yang satu ini? Huh..." Dia mengambil tempat di sebelah sofa murah yang dibelinya ketika promosi hujung tahun lepas. Najib turunkan harga, dapatlah dia beli.

"EH LAH SAERIN KE YANG BALIK! INGATKAN YEOURI TADI! HAA!" Haolee tiba-tiba berdiri, tapi masih terkangkang macam siamang pertama kali tengok bintang makan ubi kentang sambil terlentang. Banyak benar ang.

Saerin mendiamkan diri sambil menikmati air kundur dan kerepek Encik Kentang.

"Nanti BigHit akan menganjurkan pertandingan uji bakat! Kau cubalah masuk. Untung-untung diterima, kaya kau nanti, boleh aku tumpang. Hehe.." Haolee ditolak perlahan oleh Saerin.

"Kau tak ingat ke fobia tak guna aku? Yang takut dengan orang ramai itu haa..." Ekspresi wajah Saerin berubah dalam sekelip mata.
Dia menjadi pengawal keselamatan hari ini, bukanlah seratus peratus salah ibunya yang tidak membernarkan. Dia sendiri ada fobia menghadap orang ramai.

"Lagi pun... Mak aku mesti tak akan benarkan." Kerepek kentang tadi disambung masuk ke dalam mulut empunya badan.

"Nanti BTS sendiri yang jadi ju--" Belum sempat Haolee menghabiskan kata-kata, Saerin sudah terpacak di atas meja kopi mereka.

"OKEY AKU MASUK." Haolee menghantuk kepalanya ke atas meja.

Ya, dia hantuk kuat nak mampus. Nak jadi biul agaknya.

"Fobia?" Haolee memandang wajah rakannya yang memang minta penampar Datin Kelam Diva.

"Kau tolonglah aku atasinya~" sekelip mata Saerin menjadi serai paling tomboi dalam galaksi. Bontotnya dilagakan dengan bontot Haolee dan mukanya digeselkan pada lengan Haolee macam kucing terlebih ikan.

Audition- End

Talent - KTH Where stories live. Discover now